Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Blog Oh Blog!!

Friday, December 3, 2010


Salam u olls!

Incik BEN buat segmen lagi. Segmen kali ni tak la berani mati sangat. Berani la aku nak join sekaki. Hihi. Ok, intro sket-sket sudah. Jom terus mara ke perkara berbangkit! =)



 
Usia anda berblog :

Start berblog tahun 2008 kat Friendster, tapi dah lingkup. Haha. Tak obses sangat time tu. Blog Miss Pikon yang sekarang ni dah setahun lebih. Kiranya dah setahun lebih la berblog dengan gigih. Gigih la sangat!


Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog

My fren ~ Sha. Selalu baca blog dia. Macam menarik je. Tapi belum berkeinginan nak buat blog sendiri. Sebenarnya aku ni suka mengarut kat facebook memandangkan aku kurang dapat berbicara dengan lantang kat rumah. Nak di jadikan kisah, tetiba ada problem sket dengan fb. Time tu terus terpacul dek mulut "aku nak buat blog balik la". Kesimpulannya, sapa yang mempengaruhi aku nih?


Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog

Best siot! Macam-macam ada.


Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog

Rakan-rakan bloggers seMalaysia. Otai ka tak otai ka semuanya otai-otai belaka bagi aku :)


Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT

Blog ni macam diari la jugak. Segala macam aktiviti, pendapat, mengumpat semua ada. Dulu orang catat guna pen tulis dalam buku. Sekarang orang keletak keletuk keyboard pc/laptop nah siap satu entri blog. Kalau tak paham gak jangan salahkan ibu mengandung. :P


Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?
Bagi aku la kan, blog dan kehidupan ni saling mempengaruhi. Hasil pembacaan info berguna dari blog, boleh menambahkan pengetahuan am kita. Info yang kita dapat tu, tak kan nak simpan buat pekasam sensorang. Share la. Haa, kan dah ada banyak benda nak berceghita selain gosip-gosip? Hehe. Mana-mana teguran atau ketidakpuashatian yang tercurah dalam blog tu kadang-kadang kena gak kat batang hidung sendiri. Dari situ, mula lah insafi diri. Mula lah berusaha untuk perbaik mana yang kurang dan kekalkan mana yang elok. Secara tak langsung blog jadi medium muhasabah diri.

Segala yang berlaku dalam kehidupan (aktiviti kita), kita mau abadikan supaya tak luput dek ingatan. Maka blog lah tempatnya. Apa saja yang berkisar tentang kehidupan tak kisah la isu semasa, pendapat, luahan perasaan, maklumat berguna atau apa saja yang kita mau kongsi kan maka blog la tempatnya untuk mencurah segala.

Ini jelas menunjukkan bahawa blog mampu mempengaruhi kehidupan harian dan begitu juga sebaliknya. Sekian saja hujah saya! Ada bantahan? Hahaha! Panjang pulak aku membebel.

 

p/s: Ayat skema tak hingat! Nak tau anda skema ka dak? Join la segmen ni. Klik kat tajuk segmen di atas.

2 komen:

KimiCnoL said...

blog memang best ;)
ADA AWARD NTOK AWAK
"1.Coolest Blogger Award??"

Un Phat Lee said...

dulu gua ingat blog tu adalah friendster.ehe