Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Dulu Aku Nakal

Friday, December 17, 2010




Wahhhh, incik Ben buat segmen lagi! Mengimbau kenangan zaman sekolah. Tanpa ragu-ragu aku mau join. Hehe. Ok, mari dengar ini cerita.

Mak ayah aku masukkan aku ke Sekolah Kebangsaan Megat Dewa. Aku sekolah kat situ dari tahun 1993 sampai 1998. Masa sekolah rendah aku jadi budak baik. Cuma malas je sket nak pi sekolah. Ok, tipu. Aku malas banyak. Hahaha! Dalam malas-malas pun, aku dapat gak 5A UPSR. Hehe. Dapat la masuk Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SMSPS). Best woh dok asrama. Aku sekolah situ dari 1999 sampai 2003. Dan kenakalan aku pun bermula….

Dah nama pun sekolah asrama. Nak tak nak kena la ceburi segala macam persatuan dan badan uniform. Puteri Islam jadi pilihan aku. Sebab? Uniform paling simple antara uniform yang lain. Jimat kos. Hehe. Jangan harap la aku nak dapat pegang jawatan. Lagu Puteri Islam pun tak hafal. Isyk3! Tapi aku dilantik sebagai bendahari persatuan Sains. Tu je kot jawatan aku. Nak jadi pengawas, sah-sah bukan calon pilihan. Bukan budak pandai katakan. Err..jawatan dalam dorm banyak laaa.. huhu.

Aku paling suka Matematik dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Tapi tingkatan 3 paling mencabar belajar Math. Haram tak paham apa! Tak berkat kot. Selalu ejek cikgu. Sorry cikgu Naemah! Hehe. Walaupun aku suka math, cikgu yang menjadi kesayangan aku adalah cikgu sains. Cikgu Rozaidi yang garang tapi aku tak takot pun. Fizik pun aku suka gak. Malangnya Biologi aku tak suka sangat. Otak bengap!

Bila ditanya apa cita-cita kamu? Aku dengan pantas menjawab, saya mau jadi cikgu! Cikgu la sangat, padahal nak belajar malas. =.=! Kawan-kawan seangkatan sibok belajar, aku sibok berangan Tomok (artis kegilaan aku) dalam kelas. Rindunya kawan-kawan sekolah. Tambah-tambah budak dorm CO2/B Saina. Depa la kawan baik aku.

Banyak sangat kenangan sekolah yang aku tak leh lupa. Paling aku ingat adalah peristiwa dalam kelas bahasa Melayu.

Cikgu BM: ada sapa-sapa nak baca syair ni?
Semua diam sunyi sepi.
Cikgu BM: ok, Rohani. Cuba kamu baca syair.
Aku: saya? Ehem.. Ehem..
Dengan susah payah aku alunkan syair dengan suara ala-ala Siti Nurhaliza aku. Tak dan habih,tiba-tiba…
Cikgu BM: saya suruh kamu baca je, bukan deklamasi.

Tak pasai aku kena gelak dengan budak kelas. Malu gila kot. Tapi macam biasa la, aku buat macho je. Serius aku tak leh lupa peristiwa tu! Banyak lagi peristiwa kena gelak dek budak kelas sebenarnya. Apa boleh buat masa yang berlalu tak mungkin kembali.

Andai saja masa boleh diundurkan dan kembali ke zaman persekolahan, pastilah aku mau jadi pelajar yang lebih rajin dan berdisiplin. Tak mau dah buat perangai nakal-nakal. Aku ingat lagi, dulu….

Aku la pelajar yang selalu tak ikut peraturan. Kad nama dengan pin tudung payah betoi nak pakai. Agak-agak nampak pengawas baru kalut nak cucuk pin. Time outing aku suka-suka hati pi balik kampong. Atau istilah lain 'fly'. Orang lain balik hari Sabtu, aku lajak sampai Ahad. Apa boleh buat, Sekolah Mak Saya Pak Saya (SMSPS). Bab ponteng kelas tak masuk lagi tu. Gunakan kebolehan berlakon yang aku ada. Warden pun tertipu. Hehe. Kalau tak, sia-sia je la berlakon teater. Wakakaka! Tu la antara kenakalan aku sepanjang persekolahan. Nakal ke?

 


6 komen:

Rozuan Ismail said...

salam perkenalan..saya rozuan..jom singgah blog saya..

Lulu caldina said...

Sekarang nakal lagi tak?
good luck

AROL DSHW said...

nakal lah jugak. hehe. ish, kurang asam betul cikgu tue! saje jek nak malukan pelajar. hahaha. :D

Syafiq Rosli said...

hehe..nice memories

esya ann said...

salam kenal....nk follow sini

Lulu caldina said...

jom join GA..

http://lulu-pages.blogspot.com/2010/12/blog-teman-udah-setahun-ga.html