Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

CINTA yg b'SALAH @ SILAP org yg b'CINTA??

Friday, January 29, 2010

Saya dah tak nak sedih-sedih.Sebab hari cuti dah nak menjelma. Masa yang sesoi untuk saya beristirehat. Niat asal nak merayau-rayau mencari ketenangan sendirian. Tapi ada yang sudi menemani. Saya sukeee... Hehe..

Bila dah suka, mood jiwang saya tiba-tiba muncul balik. Time dok selak-selak paper terjumpa plak satu artikel ni. Jadi saya nak share laaa. Nak setuju atau tak, terpulang laaaa kat hampa sume.


"kesilapan lazim apabila cinta kuasai diri"



Waktu tengah bahagia bercinta, waktu hati penuh dengan bunga - bunga cinta, segalanya rasa indah belaka..

Mata sengaja dibutakan, telinga pun dipekakkan, apa orang nak kata dibiarkan...

Di fikiran hanya ada diri sendiri dan si dia yang semakin bertakhta di hati...

Melayan perasaan yang terbuai hingga tak sedar ada perkara yang terabai...

Ada kesilapan tercipta saat dia jatuh cinta...!!






PERHATIAN! PERHATIAN!
AYAT DI BAWAH NI ADALAH AYAT SKEMA DARI ARTIKEL TERSEBUT

::m'ciptakan hubungan tanpa m'jalin persahabatan dengannya::

mungkin anda memang jatuh cinta secara m'dalam padanya, tapi jangan lupa luangkan sedikit waktu untuk mengetahui atau memerhatikan apa yang diingini si dia.. luangkan waktu untuk m'pelajari keperibadiannya, bukan hanya fizikal semata - mata..

::tak jujur kepada diri sendiri::

orang yang sedang jatuh cinta sering b'tolak ansur b'lebihan kepada pasangan.. mereka b'pura - pura seolah - olah sikap pasangan bukan gangguan besar pada diri mereka atau mereka berharap supaya masalah itu selesai seiring dengan waktu..

::tak 'memerhatikan' diri anda selama menjalinkan hubungan::

ramai orang yang lupa 'memerhatikan' dirinya sendiri selama menjalin hubungan.. kebanyakan orang yang mabuk cinta ingin selalu b'dua - duaan dengan kekasihnya.. akibatnya, orang di sekitar mereka berasa diabaikan sehingga lambat - laun tanpa mereka sedari teman pun menjauh.. tentu ia m'akibatkan sesuatu yang kurang baik kerana jika anda sudah jemu dengan pasangan, tiada seorang pun teman yang ingin b'sama anda..

::m'gantungkan kebahagian diri pada pasangan::

jika selama ini anda b'fikir kebahagiaan anda b'gantung pada pasangan, ia memang salah!! anda boleh jatuh cinta pada sesiapa saja namun tak bererti dia mampu membuat anda bahagia.. kebahagiaan anda bergantung pada diri sendiri, justeru jangan tumpukan seluruh perhatian pada seorang insan saja...
[macam suke plak ayat nih..hehe..]

::cinta memerlukan waktu::

cinta lazimnya perlukan waktu yang baik untuk mengenal mahupun untuk terus mekar.. memulakan hubungan terlalu pantas mungkin menyebabkan hubungan berakhir dengan sesuatu yang kurang baik kerana belum mengenal perwatakan si dia dengan baik...

begitu juga sebaliknya jika terlalu terburu - buru mengambil keputusan untuk meninggalkan pasangan hanya kerana masalah kecil.. justeru, sebaiknya berikan waktu mencukupi bagi diri anda untuk mengenal pasangan..

::usah serah kesucian diri kerana ia tak menyelesaikan semua masalah::

menyerah diri tak menjamin pasangan akan setia atau tak meninggalkan anda.. ubah pemikiran anda supaya tak menyerah diri atau tubuh semata - mata membuktikan cinta padanya.. dia mungkin hanya inginkan anda untuk kepuasan dirinya samata - mata.. jangan terbuai dengan kata - kata manis kerana sekali terjebak, bermakna anda akan kesal selamanya..!!


Last sekali, nah amek..!!! Saya suka gambar ni. Tak tau pasai apa..




huhu~


tak sabar nak tunggu hari esok tiba...

Andai Dapat Ku Undur Putaran Dunia

Saat berduka lara, saya mesti terkenang memori indah bersama teman-teman seperjuangan di UMT dulu.







KAMI : IKIN, MUL, LEEN, LYA, AJA, ECAH, RISTINA N SAYA

"prinsip KAMI ---> gelak je walau apa pn yg jadi.."


Bayangkan esok harinya ada exam subjek yang paling mantap kesusahannya, KAMI bleh relax je. Buku kat tangan, tapi dok bincang pasai benda lain. Gelak-gelak, sudah semestinya.

Di saat ada salah sorang antara KAMI sedang berduka lara berdepan dengan masalah (kes cinta la selalunya), KAMI akan duduk dalam bulatan & start berdiskusi.. Mul mula la dengan 'situasi' dia yang macam-macam tu. Si A la si B la.. Dia baru sebut 'situasi' je KAMI sume dah bantai gelak.

Saya dengan Ristina selalu bergabung idea merapu. Buat ayat jiwang poyo! Hati tengah berbunga - bunga time tu, macam-macam ayat la terucap dek mulut. Rasa nak 'terbang' je sume orang.

Hah! Menyentuh bab 'terbang' ni, Ecah la yang paling terok kena usik. Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habih KAMI menyakat Ecah. Pantang sebut sesuatu yang ada kaitan dengan Indonesia, pasti berderai gelak ketawa. Then, upacara menyakat pun bermula. Seronok!! Argghhhhhh, rindunya suasana tu..!!!!



Andai saya dapat kembali pada masa tu, saya nak sangat!! Tapi, sudah semestinya tak boleh. Hanya kenangan manis yang menemani saya.

Kawan-kawan, saya rindu kamu! Rinduuuuu rinduuuu serinduuuu rinduuuu nyaaaaaa~~


[Eh, baru saya perasan. Saya dah tukar kata ganti nama diri pertama 'aku' kepada 'saya' Perubahan!]

Si Kecil Bergelar Anak

Thursday, January 28, 2010

Di suatu petang yang huru hara memikirkan pasai statistik yang tak setel-setel lagi, tiba-tiba saya dapat berita sensasi. Tak tau nak klasifikasikan berita tu sebagai berita gumbira atau berita sedih. Abang Long (seseorang yang pernah saya sayang dulu) sendiri yang smpaikan berita tu. Melalui mesej.

abg long: hye awk, saye dh dapat baby!

Waktu tu saya tiba-tiba jadi tak tentu arah. Menggigil seluruh badan. Tapi saya tetap balas mesej abg long. I'm hepi for him but at the same time, saya rasa macam nak nangis. Suka dalam duka ;'(

saye : baby boy or girl? tahniah2!!

abg long: baby boy.. tq..

saye : mesti cumil kan? saye tumpang gumbira.. hehe..

abg long: ye la.. masih kje kt KL ke?

saye : yup! masih keja.. hm, nk tgk gmbar baby bleh x?

abg long: ok, nnt saye mms awk..

Sampai situ je kami berbalas mesej. Riak wajah saya langsung tak menggambarkan perasaan saya waktu tu. Gumbira, suka, sedih, sume ada!

Teringat kawan-kawan saya ~ Ecah, Leen, Aja, Mul, Ekin, Lya n lain-lain. Saya musti share berita ni dengan diorang. Musti!! Tanya pendapat diorang. Then, sume bagi nasihat supaya saya bergumbira dengan berita tersebut dan redha dengan apa yang dah terjadi.

Antara kata-kata semangat dari kawan-kawan saya :

Ecah berkata:

"oit sowy.ak sronok tdo lak td..weh ja apsal lak kne tnye ak?ingt ak ahli nujum ke hape aaa??..ko kne suke sbb 1 nyawa lahir scare sah ke dunie..duke krn bukan ko yg mlhrkannye berbapakkn die..pehhh ayat ak"

Ecah bebel lagi:

"bak kate lagu.."yg patah tumbuh, yg hilang berganti".."

Ecah sambung bebelan die:

"xpe hunny..ditakdirkn benih ko bukan untuk melahirkan zuriatnye..tp kite xthu pe yg akan berlaku di mse hadapan kn..aku pn xberani nk ckp byk..redha n insyaallah ko dpt hadapi..redha!!!!"

Yus b'kata:

"hahaha... aku saje je pancing...kalo aku happy jela... da tentu dier bkn utk ko... dier da dpt baby tu tandenye dier bahagia... ape yg ko harapkn lg?"

Yus b'kata lagi:

"haha... happy for him la... that da best thing of being lover..."

Terharu saya dengar ayat power kawan-kawan saya tu. Touching!! Perasaan saya kembali normal dengan gurauan dari rakan-rakan yang sangat best.


Kembali kepada tajuk post ni..

Baby ~ si kecil yang bergelar anak kepada orang kesayangan saya suatu masa dulu. Sangat teringin nak peluk cium. Tapi hajat tu pasti takkan tercapai.

Baby ~ semoga hidup mu penuh suka. Jadilah anak yang berguna. Sayangi kedua ibu bapa mu. Bila kamu sudah dewasa, jadilah seorang lelaki yang hebat...!! Jangan pernah melukakan hati wanita seperti mana yang pernah dilakukan oleh ayah mu ketika mudanya.


Si kecil bergelar anak, saya sayang kamu!! Kerana kamu anak kesayangan seseorang yang pernah saya sayang *meroyan*

Oh,Statistik Yg Mistik~!!

Wednesday, January 27, 2010

Ya ampunnn...!!!

Dah lama benar rasanya (hampir 2 tahun dah) buku statistik tak diselak. Tup tup hari ni saya mendapat tugasan yang memerlukan kemahiran statistik yang saya belajar dolu2. Adusss~!! Terpaksa la saya study balik sume nampak gayanya. Dengan kepala yang sedang pening ketika ini, bukanlah masa yang sesoi untuk memikirkan sesuatu yang saya kurang berkenan.

Tolong! Tolong! Sapa boleh tolong?? Tak lain tak bukan diri sendiri yang perlu berusaha. Uhuss~ musti study sungguh-sungguh. Nanti keja saya tak sempat siap. Tak pasai-pasai gue dimarahin. No no no..!!! Saya tak mau kena marah. Perkara yang saya nak elakkan daripada terjadi. Statistik sungguh mistik bagi saya. Tulonggggg!!!

Tapi ALLAH tu maha pengasih lagi maha penyayang. DIA berikan saya sket petunjuk. ALHAMDULILLAH, syukur~~

Benci Giless

Monday, January 25, 2010

aku benci...
benci bila kesunyian munculkan diri...
benci bila kesepian tak pernah lari...
benci bila diri dibenci...
benci bila diri dicaci...

hmm...
bila agaknya benci akan bertukar suka...??
suka berganti sayang...??
sayang menjadi cinta...??

tapi tak ingin cinta menghilang...
hilang dan terus sepi...
sepi kembali menjadi benci...

sesungguhnya...
aku benci kerana membenci...
tak sanggup lagi terus membenci...
cukup sudah aku membenci...
biar benci ku terhenti di sini...

p/s: Aku dah benci nak sambung. Nanti panjang berjela. Lagi benci nak baca. Huhu~

Jiwang Ku Tersekat

Monday, January 18, 2010

Argghhhhh...!!!

Tiba-tiba idea tersangkut lak nak sambung SEMOGA ABADI ku itu. Dah penat memerah otak, tapi belum dapat hasil yang sempurna. Tapi aku akan berusaha sampai berjaya. Yeah!!

Aku perlu berehat seketika. Mencari ketenangan sebelum sekali lagi bermula. Sebelum tu, amek la ayat jiwang di bawah. Terjumpa tanpa sengaja!




L.O.V.E~~
if u have it, u don't need anything else...
and if u don't have it,
it doesn't matter much what else u have...

Semoga Abadi

Wednesday, January 13, 2010

"Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir daku sedari
Sekian lama kunanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya kujalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Kupersembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu

Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang kumiliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan kubawa sampai akhir nanti..."


Mencintai tak semestinya memiliki. Haflin mengakui hakikat itu kerana dia sendiri pernah mengalaminya. Walaupun pedih, terpaksa ditelan jua. Mungkin semua ini ada hikmah disebaliknya. Andai itu takdir yang telah tertulis untuknya, Haflin redha!

Mengharap kasih suci dibalas setia,
Namun hanya kesedihan dan kecewa menemani diri..
Harapan ku moga kau bahagia,
Semoga abadi kasih ini di hati..


p/s: tunggu sambungannye..hehe..(^_^)v

Pagi - pagi Ku Yg Sengal

Adoi, benci sungguh!! Dah dua hari aku g keja tanpa kak Ayu, aku kena berdiri dalam bas. Siap awal pun masih kena berdiri. Ada lagi manusia yang lebih awal dari aku rupanya. Atau aku yang terlewat..?? Sangat tak best nek bas berdiri. Dah la jalan jem, apa lagi driver bas tu pun syok la main brek. Yang duduk, sedap la. Yang berdiri ni, lenguh kaki pasang kuda-kuda. Kalau tak, mau tertiarap kat situ.

Dah turun bas, kena plak menapak ke ofis ku yang berada di hujung nun jauh di sana. Nak jalan melenggang kangkung macam cik Limah janda, memang tak dapat la. Mesti jalan laju-laju macam penduduk Jepun tuh. Baru semangat! (cewah~semangat la sgt!) Takot punch kad merah, tu yang sebetolnya. Huhu~

Manusia dengan sikap pentingkan diri sendiri memang tak dpt dipisahkan lagi. Tau la nak kejar parking pun, tapi bagi la sket laluan kepada si penjalan kaki yang serba kekurangan ni. Pueh menunggu nak leh lintas jalan. Tak da plak yang nak berhenti bagi laluan (walaupun memang melintas kat tempat sepatotnya). Manusia. Manusia. SENGAL!!!!

Adakah pagi-pagi ku akan begini selalu..??? Oh tidak!! Sungguh aku benci. Tapi apa nak buat, dah nasib diri. Terima je la. SABAR!



***hanya orang yang naik bas je yang memahami..

Puisi Poyo

Tuesday, January 12, 2010

sayang ku...
sungguh aku rindu kamu...
saat dikau tiada disisiku..
menanti daku penuh setia..
mengharap kasih yang tak kunjung tiba...

sayang ku...
sungguh aku sayang kamu...
walau hadirku tak dipeduli...
namun mahu ku tetap satu...
hanya diri mu hingga akhir nanti...

sayang ku...
sungguh aku cinta kamu...
cinta ku kasih usah kau ragu...
namun ku juga tahu...
bukan aku yang kau mahu...

sayang ku...
perasaan ku ini bukan sekadar puisi...
rindu ku ini tiada pernah terhenti...
sayang ku tetap subur di dalam hati...
cinta ku hanya untuk mu,pasti..!!

sayang ku...
andai takdir kita tak bersatu...
kenang daku selalu dalam doa mu..
aku cuma ingin kau tahu...
betapa indahnya mengenalimu...


hahaha...sangat poyo..!!!

Jom Nyanyi~~!!

Marilah kita nyanyi bersama-sama untuk menghibur hati duka lara =)




Wonder Girls - Nobody

you know I still love you baby
and it will never change (saranghae~)

I want nobody nobody but you
I want nobody nobody but you
how can I be with another
I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody
why are you trying to
to make me leave ya
I know what you’re thinking
baby why aren’t you listening
how can I just
just love someone else and
forget you completely
when I know you still love me

telling me you’re not good enough
my life with you is just too tough
you know it’s not right so
just stop and come back boy
how can this be
when we were meant to be

I want nobody nobody but you
I want nobody nobody but you
how can I be with another
I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody
I want nobody nobody but you
I want nobody nobody but you
how can I be with another
I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody

why can’t we just
just be like this
cause it’s you that I need
and nothing else until the end
who else can ever make me feel the way I
I feel when I’m with you
no one will ever do

telling me you’re not good enough
my life with you is just too tough
you know me enough so
you know what I need boy
right next to you is where I need to be

I want nobody nobody but you
I want nobody nobody but you
how can I be with another
I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody
I want nobody nobody but you
I want nobody nobody but you
how can I be with another
I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody
I don’t want no body, body
I don’t want no body, body

honey you know it’s you that I want
it’s you that I need
why can’t you see~

I want nobody nobody but you
I want nobody nobody but you
how can I be with another
I don’t want any other
I want nobody nobody nobody nobody (2x)

back to the days when we were so young and wild and free
nothing else matters other than you and me
so tell me why can’t it be
please let me live my life my way
why do you push me away
I don’t want nobody nobody nobody nobody but you


yeahh!!

Hepi New Year..!!!!

Masih belum terlambat kot untuk aku wish "hepi new year"!! Tahun 2009 meninggalkan banyak kenangan bagi aku. Ada yang manis, tak kurang jugak yang pahit untuk di kenang. Tapi aku rasa lebih banyak pahit berbanding manis :p

Jadi kedatangan tahun 2010 ni aku harapkan sesuatu yang lebih baik. Tahun baru->azam baru->Ani yang baru!! Yeah!! =)

Azam tahun ni : ingin menjadi manusia yang lebih baik dari segi mental, emosi, jasmani n rohani (ni jugak la azam aku tiap-tiap tahun)

Selama 11 hari di bulan Januari di tahun 2010 ni, ada banyak perubahan positif yang dah berlaku dalam hdup aku. Seperti aku lebih menyayangi diri sendiri =)

I luv myself..!!! Peace..!!(^_^)v