Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

MengAUMMM di Bukit Jalil

Friday, November 25, 2011

Aku malas nak cerita banyak. Nak tayang gambaq ja.


Muka seronok bertambah teruja sebab kali pertama pi bersorak tengok bola di stadium dan tiket LRT 70sen saja satu hala.



Muka tak puas hati sudah kelihatan angkara tuan pegang tiket lambat sampai. Terlepas opening yang di tunggu-tunggu :(



Ya, itu dia harimau muda sedang beraksi. Yang aku nampak hanya Nazmi, Nazmi & Nazmi.



Nazmi, Mahali & Irfan. Sorang lagi aku tak kenai. Incik yang pegang bendera tu nyaris-nyaris kena botol yang dibaling oleh sorang mamat poyo yang tak puas hati Malaysia tak menang. Chill la bro!



Nazmi buat tarian apa la tu. Tapi cute jugak. Muehehehe. Tu ja gambaq yang nak tayang. Oh, ada sket lagi!



"Apsal makcik ni seronok sangat. Bersungguh sengihnya. Musykil aku. Padahal Malaysia tak menang pun" berkata Rayyan di dalam hati sambil buat muka pelik memandang aku.



Ok Rayyan, makcik buat muka sedih. Malaysia tak berjaya. Sobs!


Tamat permainan, kami tak terus balik. Ronda tengok apa yang ada. Sambaq jersey sorang selai. Nice jugak.

p/s : Tak dapat pi stadium tengok Malaysia vs Bahrain, jadi aku pakai jersey pi kelas tanda sokongan padu dari aku. AUMMMMMMM!! Pastu semua orang tengok pelik =.='

Memori Memo Emo

Friday, November 18, 2011



Satu ketika dulu aku ada coretkan pesanan ringkas atau aku istilahkan ianya memo seperti tajuk lagu Yuna ini untuk yang tersayang. Aku persembahkan dalam bentuk tulisan tangan walaupun buruk yang penting lahir dari hati yang tulus ikhlas. Kata-kata itu aku coretkan atas kertas yang pada asalnya aku berniat mahu melipat-lipat menjadi lucky star. Tapi akhirnya aku gulung begitu saja sebab dah lupa step nak melipat. Kemudian gulungan kertas tersebut aku sumbatkan dalam botol kaca. Dengan semangat aku menulis memo dan isikan dalam botol tersebut, dengan harapan yang tersayang itu dapat membaca sekeping memo sehari sebelum tido. Indah betol harapan aku.


Macam ni la yang aku cuba usahakan dulu


Tapi sayang itu semua tak kesampaian. Belum sempat penuh botol ku isi, belum sempat botol bertukar tangan, ada berita lebih 'indah' yang aku terima. Maka, ke tongsampah saja memo romantik itu semua bersama kenangan yang tercipta. Yang tinggal hanya botol kaca. Kehkehkeh!

Kaedah lain yang aku guna untuk luahkan rasa hati guna memo jugak. Guna kertas lipat-lipat bagi jadi bentuk Love. Kemudian selit la kata-kata yang nak diluahkan itu. Hehe. Camna nak buat? Nah, sila terjah sini ---> Video lipat kertas

Boleh jugak try buat camni untuk mak ayah ka, adik-beradik ka, kawan-kawan pun okey. Tak semestinya kekasih. Ye dak?

p/s : Cinta usia remaja aku memang macam tu la. Semua nak gigih!

BerOMBAK RINDUku

Sunday, November 6, 2011




Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat kamu kala duka ku
Namun hanya kamu yg mampu membuka
Pintu hatinya utk cinta ku

Malam kau bawalah rindu untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta aku

Hujan bawa airmata ku yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hati ku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku





p/s : Nak kena tengok ni. Rasa macam penah baca novel, tapi dah tak ingat camna kisahnya. Huhu.

Aidil Adha Sendiri

Salam Aidil Adha semua. Buat kedua kalinya aku sambut raya korban di perantauan. Kali pertama masa di Terengganu dulu. Masih ok ketika itu sebab ada rakan yang menemani. Awal pagi siap masak rendang bagai. Kemudian keluar melepak sekitar bandar Kuala Terengganu.

Tapi kali ini, agak sadis kerna daku sendirian. Plan asal memang aku nak balik beraya di kampung. Memikirkan masa yang sangat singkat akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak pulang kali ini.

Mak aku pun dah janji nak buat ketupat time aku balik 17hb nanti. Terima kasih mak. Agak sedih jugak la dengaq mak cakap

“Takdak sapa la raya kali ni. Mak pi masjid pintu rumah kena kunci la”

“Mak buat ketupat rendang ja. Kuih pun ada la sket-sket. Mak tak masak apa dah”


Sayu jugak hati. Sebab selalunya aku la yang bertindak sebagai tukang masak dan menguruskan hal ehwal dapur. Takpa mak, nanti saya balik ye.

Pagi ni bangun awal pagi terus terjah dapur. Sediakan juadah untuk santapan perut yang tak terisi sejak tengahari semalam. Mana taknya, balik kelas terus membuta sampai malam. Bila malam tak rajin dah nak masuk dapur dengan kepeningan yang sangat teruk. Maka terus sambung tido sedar-sedar dah pagi raya. Selamat hari raya!




Juadah ringkas di pagi raya.



p/s : Korbankan masa balik kampung untuk belajar. Markah test hari tu sangat teruk. Sila insaf!