Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Hijau Kampung Ku

Friday, January 28, 2011

Lagi 2 jam aku nak berangkat pulang ke kampong halaman. Start cuti esok sampai 6hb. Orang lain yang sambut raya, aku yang pulun cuti panjang. Biaq laaaaa! Nikmat tau tak boleh balik kampong. Dok kampong haram tak ingat dah pasal keja. Kot ada masalah hati pun tak dak la rasa syahdu sangat.

Bangun pagi terjah dapur dulu. Bukan semata-mata nak cari sarapan, tapi buat sarapan okey. Bukan jugak nak tunjuk rajin tapi tu la hakikatnya. Aku suka masak walaupun kadang-kadang cokodok habih hangit aku kerjakan. Pun begitu habih jugak dimakan.

Kemdian, pi kedai cari ikan sayur untuk lunch. Merempit dengan anak sedara aku, Bibie. Dia yang bawak moto. Aku dok belakang relax amek angin. Hehe. Part membeli paling best. Sampai paling awal, balik paling last. Tiap-tiap kali mesti camtu. Punya la lembab pilih ikan sayur.

Dah nak masuk tengah hari, kalut masak pulak. Aku selalu masak yang simple je. Kalau aku terajin lebih, ayam percik pun boleh terhidang. [Fakta : baru sekali ayam percik terhidang!]

Nampak sangat tak rajin. Huhu. Nak tengok aku rajin, tunggu raya. Macam-macam ada.

Wes, dah pukul 9!! Perlu bersiap segera. Beg pun tak kemas lagi ni. Nanti sampai kampong aku cuba update. Dok kat kawasan pendalaman, paham-paham je la.



Hijau kampong ku. I likeeeeee!!


 

p/s : Doakan keselamatan aku.


 

Macam-macam Satu


[sumber]

"This year we will experience 4 unusual dates -1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, and 11/11/11.  Now figure this out .Take the last 2 digits of the year you were born plus the age you will be this year and it will equal 111. Crazy!!"

Email from Kak Adzwa. Nice! :)


 

Unusual date pilihan aku adalah sebelas sebelas sebelas. Tapi macam bakal tak tercapai je pun. Menci ah!


 


 

p/s : semangat mau cuti sudah mareyyyyy!!

Bukan Kecewa Ditinggalkan, Aku Kecewa Tiada Kejujuran

Thursday, January 27, 2011

Awal pagi masuk ofis, dapat pujian. Orang puji warna baju je pun.

"Cantik warna ungu"

Aku senyum je. Beberapa jam lepas tu, aku dapat sakit. Jari tersepit kat pintu. Luka berdarah sket. Tapi luka berdarah yang nampak jelas dengan mata tak dak la dasyat sangat sakitnya kalau nak dibandingkan dengan sakit yang tak nampak dalam hati.

Dia punya pedih tu macam luka berdarah dilumur dengan garam. Mungkin lebih pedih dari tu. Sapa yang tak pernah rasa, boleh cuba aksi ini di rumah. Risiko, sila tanggung sendiri.

Apabila kepercayaan yang diberi dibalas dengan ketidakjujuran, maka bergeloralah sedikit perhubungan. Prinsip aku mudah,

AKU PERCAYA KAU. KAU NAK PERCAYA AKU KE TAK, TERPULANGLAH.

Tapi, tolong jujur. Jangan berpura-pura, jangan hipokrit, jangan tipu aku dan jangan berahsia!!

p/s : Tolong tinggalkan aku dengan memori indah. Selamat pergi dan semoga selamat kembali. Kembalilah dengan hati yang ikhlas untuk menunaikan janji. Sayang selalu. Chow!

Kalau Ana Belom Mati, Habih Hantu Sapa Yang Dok Kacau Johan?


Saat aku mula menulis jam pukul 11.30. Sket lagi nak masuk tengah malam. Tangan pulak gatai nak menulis cite seram.

Hihihihihihi (bunyi mengilai)

Orang kata kalau dengar kuat, 'benda' tu dok jauh. Tapi kalau dengar sayup-sayup, dekat la tu. Waaaa, aku dah seram sejuk. Tak pa, abaikan. Teruskan menulis.

Petang tadi lepas habih keja, aku dengan Haslina bersemangat ke panggung wayang untuk menonton cite seram arahan anak lelaki Yusof Haslam. Hampeh punya cite. Buat aku terbayang-bayang aksi lagak ngeri beliau, yakni membawa mayat berjalan-jalan dalam hutan. Part tu paling melekat dalam memori aku. Sebab part ada hantu yang lain aku tutup mata. Hahaha!

Persoalan aku kat tajuk entri ni terungkai la sudah. Rupa-rupanya hantu tu adalah hantu. Hantu sapa? Pi la tengok sendiri. Aku dah tak mampu nak menulis lagi. Ngeri weh! Nak pi toilet pun takot, apa kes? Uisyh, dah pukul doblas. Aku tido dulu. Selamat malam manusia. Nak rasmi comforter baru. Penat usung tadi. Sama penat Johan usung mayat Ana kot. Uwaaaaaaaa, tak habih lagi ka!


p/s : Jauhi perkara berbaur KHURAFAT!

Cerpen di Peram : Perasaan atau Perasan?? (Part I)

Monday, January 24, 2011


Pagi Isnin tiba lagi. Setelah dua hari bercuti, rasa malas hendak ke kuliah memang sudah sebati dengan Hani. Dan dia yakin, pelajar lain turut merasakan hal yang sama. Dalam keadaan separa sedar dengan tuala pink kesayangannya disangkut ke bahu, baldi yang berisi alatan mandi dicapai lalu terus menuju bilik mandi. Seperti selalu, sudah ramai yang sedang menunggu giliran masing-masing.

"Mak ai, ramainya manusia. Ni yang aku malas nak bangun awal-awal ni. Nak kena tunggu turn pulak. Baik aku sambung tido dulu," bebel Hani sambil melangkah menuju ke biliknya.

"Cepatnya kau mandi Hani. Mandi kerbau ke langsung tak mandi ni?" rakan sebiliknya, Lia yang sememangnya terkenal dengan mulut bising telah memecah keheningan pagi di bilik A12 dengan soalan yang seakan-akan memerli.

"Aku dah mandi la, semalam. Hehehehe. Ramai sangat la manusia kat bilik air tu. Malas aku nak tunggu kat situ. Biar la dorang mandi dulu. Lewat sikit masuk kelas pun takpe kan. Macam tak biasa pulak."

"Kau tu memang. Asyik lewat je. Mentang-mentang la dah ada orang sediakan tempat untuk kau."

"Alahai, ada orang jelous la pulak. Tu la kau, lain kali buat macam aku ni. Gunakan kesempatan yang ada."

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi Hani masuk kelas agak lewat sejak minggu lepas. Sebelum ini pun memang selalu lewat, tapi sejak minggu yang lepas semakin melampau-lampau lewatnya. Shafiq yang menjadi mangsa Hani telah diarahkan untuk menyediakan tempat duduk baginya kerana bilik kuliah tersebut sangat sempit. Tempat pilihan Hani mestilah kat belakang sekali. So, siapa cepat dapat la tempat duduk. Siapa yang lewat tu, pandai-pandai la menyelit. Tak pun, kena duduk kat depan betul-betul mengadap skrin. Sikit inci lagi dah boleh cium skrin putih tu.

"Wei Fiq, ada awek cun la. Kau tak mau try ke?"

"Ni Shafiq Iqbal la. Baru buka mulut je perempuan dah jatuh hati tau! Tu aku belum keluarkan ayat-ayat cinta aku lagi."

"Blah la kau. Tak pernah pulak aku jatuh hati kat kau walaupun kau selalu je ternganga kat depan aku."

"Kau tu perempuan yang tak macam perempuan. Sebab tu la kau tak pernah rasa macam tu kat aku. Perangai mengalahkan lelaki. Kasar nak mampus!"

"Sengal! Mulut kau tu ada insurans tak, sedap je mengata aku ek. Silap haribulan, senget mulut kau tu kena lempang dengan aku."

"Betul apa aku cakap. Cuba la jadi ayu sikit. Kau tengok Shira tu, sopan je orangnya. Sejuk mata aku memandang."

"Tak kan nak pandang je kot. Bila lagi nak aplikasikan koleksi ayat-ayat cinta kau tu. Kalau si Shira tu layan kau, aku sanggup belanja kau selama sebulan. Kalau dia tak layan, kau kena ikut apa je yang aku suruh. Ada berani?"

Shafiq memang pantang dicabar. Tanpa berfikir panjang terus je dia terima cabaran Hani. Penuh gaya Shafiq berjalan mendapatkan Shira yang berada tidak jauh dengan tempat mereka berehat. Dalam hati Hani gelak besar. 'Siap la kau Fiq. Jadi kuli batak aku la pasni. Mampus Shira tu nak layan kau. Dia tu isteri orang la bodoh!' Hani tersengih sendirian. Tepat jangkaan Hani. Shafiq hampa kerana cubaan mengayat Shira tidak berhasil. Shafiq baru tersedar dia dalam cubaan mengurat isteri orang. 'Kenapa la aku tak ingat Shira tu dah kahwin. Laju je terima cabaran si Han tu. Kan diri sendiri jugak yang kena. Terkena aku! Tak pe, ada lori ada bas sikit hari lagi aku balas.' Shafiq memarahi diri sendiri sambil menepuk dahinya.

"Hahahahaha…. Dah bersedia nak terima arahan dari aku?"

"Kau memang sengaja nak kenakan aku kan? Buat malu muka hensem aku ni je la."

"Padan muka! Yang kau terima cabaran aku tu sapa suruh. Ok, tugas pertama kau adalah sediakan tempat duduk aku kat MK selama dua minggu. Deal? Kau setuju atau tak, kau mesti ikut jugak arahan aku ni. Kalau tak, aku hebahkan insiden tadi kat seluruh kolej." Sempat lagi mengugut. Padahal Hani tahu, Shafiq akan sentiasa mengikut apa saja kehendaknya.

"Woi Hani, berangan! Sengih sorang-sorang pulak dia. Pi mandi la. Nak ponteng kelas ke? Kesian Fiq dah susah-susah sediakan tempat duduk kau tu. Aku gerak dulu. Jumpa kat kelas nanti. Bangun tau, jangan sambung tidur pulak," suara halilintar Lia menyedarkan Hani dari lamunannya. Bila masa dia tersengih pun dia tak sedar.

"Mana ada berangan. Pandai-pandai je kau Lia. Kau gerak la dulu, mesti cik abg kau tengah tunggu tu. Jumpa nanti ye. Bye!"

Hani meraba-raba mencari telefon bimbitnya. Satu mesej diterima tertera di skrin telefonnya. Hani sudah boleh mengagak siapa yang menghantar mesej pagi-pagi buta kepadanya. Siapa lagi kalau bukan si Shafiq tu.

'Han,ko ktne? Ak dh sedia kn tmpt ko ni'

Sekali lagi, Hani tersenyum sendiri.

*******************************

"Adoi, ni yang aku lemah ni. Banyak pulak tugasan nak kena buat," Hani membebel tidak puas hati dengan Prof.Ahmad, pensyarah kesayangan ramai. Tapi tidak baginya. Setiap minggu paling kurang satu tugasan mesti disiapkan.

"Kau ni kenapa malas sangat? Buat je la apa yg prof suruh tu. Untuk kebaikan kau jugak," seperti biasa Shafiq akan menjadi penasihat tak bergaji kepada Hani. Dan seperti biasa jugak Hani buat–buat tak dengar apa yang dinasihatkan oleh sahabat baiknya itu. Tangannya sengaja ditekapkan ke telinga sambil mulut terkumat kamit mengajuk cakap Shafiq.

"Dah habis bersyarah Prof. Shafiq Iqbal? Sudah–sudah lah tu, dalam kelas tadi pun dah naik berbulu telinga aku dengar ceramah prof. Sekarang kau pulak nak bagi tazkirah? Simpan je la tazkirah kau tu. Aku tak nak dengar," Hani cukup bosan bila Shafiq jadi sangat serius menasihatinya. Dia akan cari jalan supaya Shafiq tak meneruskan memberi nasihat yang langsung tak membantunya.

Bagaikan ada mentol menyala kat atas kepalanya. Hani tiba–tiba teringat perjanjian antara dia dengan Shafiq yang kalah dengan cabarannya tempoh hari. Hani tersengih–sengih menampakkan gigi siungnya. Sengihan yang membawa maksud tersirat. Shafiq faham benar maksud sengihan tersebut.

"Sengih–sengih. Macam kerang busuk! Nak aku buat apa pulak kali ni? Buat assignment kau?" Shafiq berbasa–basi. Dia sudah boleh mengagak.

"Perghhh…hebat la kau! Aku belum cakap pun kau dah tau. Hehehe. Boleh ek? Kau kan dah janji nak jadi orang suruhan aku," sengihan Hani berlarutan. Shafiq mencebik. Serentak itu jugak bibir Hani ditampar lembut. Hani mengaduh sambil mengusap bibirnya.

Shafiq memerhatikan kelakuan Hani. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. 'Comelnya bibir budak banyak cakap ni' Shafiq berbicara di dalam hati. Dia menumpukan sepenuh perhatian pada bibir Hani yang dirasakannya sangat comel. Baru sekarang dia perasan hakikat tersebut. Kalau ikut hati, nak je bibir kecil yang banyak bercakap tu diciumnya. 

'Astaghfirullahhal'azim..' Shafiq beristighfar dalam hati.. 'Apa benda yang aku mengarut ni. Kalau Han tau, mesti teruk aku kena belasah..' Tanpa sedar, Shafiq menggeleng–gelengkan kepalanya.

"Kau tak nak tolong aku, Fiq? Sampai hati. Kau je tempat aku bergantung harap. Kalau kau pun tak sudi nak tolong aku, kat sapa lagi aku nak mintak belas kasihan Fiq?" ayat–ayat sedih poyo macam tu lah yang buatkan Shafiq lemah.

"Eleh, nak buat drama pulak. Ingat ni drama pilih kasih ke hape. Ada ke aku cakap aku tak nak tolong kau? Tak de pun kan?"

"Memang aku sayang kau lebihlah. Sentiasa membantu di kala aku kesusahan. Macam wonderpets! Agak–agak kau watak yang mana satu?"gurauan yang memang tak asing lagi daripada mulut Hani.

Dalam seminggu ni, lawak tulah jugak yang diulang–ulang. Shafiq hanya tersengih mendengar gurauan tersebut. Namun kepala otaknya ligat memikirkan sesuatu. Bukan lawak poyo Hani yang menjadi perhatian, sebaliknya khayalan tak senonohnya sebentar tadi. Selama tiga tahun berkawan baik dengan Hani, tak pernah sekali pun dia perhatikan betul–betul raut wajah sahabat baiknya itu. Tapi hari ini baru dia sedar yang dia terlepas pandang ciptaan yang indah di depan mata. Sungguhpun Hani taklah secantik artis Korea yang menjadi pujaan hatinya, tapi raut wajah yang sentiasa ceria itu ada tarikan tersendiri. Shafiq tertarik pada bibir kecil milik Hani. Comel. Lama Shafiq merenung wajah Hani. Hani mula rasa pelik dengan kelakuan Shafiq. Tapi idea nakalnya sentiasa bertindak pantas. Tanpa melengahkan masa, Hani terus menyergah Shafiq yang kelihatan seperti tersesat dalam alam khayalannya sendiri.

"Woi!" kuat sergahan Hani mematikan lamunan Shafiq sebentar tadi. Tanpa sengaja Shafiq tersebut 'comel'.

"Apa dia Fiq?" Hani menyoal penuh rasa ingin tahu. Rasa–rasanya dia dengar apa yang disebut Shafiq, tapi sengaja nak menduga sahabatnya itu. Dia sengaja buat–buat tak dengar.

'Alamak! Terkantoi pulak. Relaks Shafiq, relaks. Buat macam biasa je. Cool bro! Harap–harap Han tak perasan apa yang aku sebut tadi' Shafiq cuba menenangkan diri sendiri bila tersedar yang dia sudah terlepas cakap. Mukanya diraup beberapa kali untuk menutup rasa gugupnya yang sangat ketara. Shafiq kalut mencari jawapan yang dirasakan logik bagi soalan Hani. Hani hanya mampu menahan gelaknya daripada berderai melihat gelagat Shafiq yang tak keruan.

"Aku kata jom. Kau tak mau balik ke. Dah pukul berapa ni. Petang ni aku nak main bola pulak. Jom la," Shafiq menjawab ala kadar. Dalam hati, dia menyumpah diri sendiri kerana keterlanjurannya tadi. Demi menghalang khayalan tadi berulang lagi, Shafiq lekas–lekas mengajak Hani pulang ke asrama. Mereka menapak dari kolej ke asrama yang berjarak kira–kira 500meter. Sepanjang perjalanan, masing–masing mendiamkan diri.


 

****** bersambung ******


 

p/s: Kalau rajin aku sambung. Kalau tak, aku peram sampai jadi pekasam.

Nurul Iman, Kau Pergi Jua

Tuesday, January 18, 2011


Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Bila masa kita akan kembali jangan dipersoal. Andai sudah tiba waktunya nanti, tidak Allah lambat atau cepatkan walau seminit. Kita semua akan pergi. Pergi yang tak mungkin kembali. Kerana mati itu pasti.

Untuk pengetahuan semua, anak sedara aku Nurul Iman telah kembali kepada pemilik nyawanya pada petang semalam (17 Januari 2011) dan selamat dikebumikan selepas isyak. Terima kasih rakan-rakan yang turut bersimpati. Terima kasih rakan-rakan yang sudi buat aku tersenyum lagi. Terima kasih!

Bila teringat wajah comel Iman bertocang, aku tersenyum sendiri. Bila terkenang pandangan redup Iman, tetiba terasa sayu di hati.

Semoga Iman tenang di sana. Bakal penghuni syurga Insyallah.
Al-Fatihah.


 

p/s : Ada yang pernah cakap, "tak habih-habih dengan anak sedara dia". Kalau nak tau, anak sedara tu dah sama taraf dengan anak bagi aku tau! Kalau tak tau, tunggu ada anak sendiri.

Nurul Iman, Bertahan Sayang!

Monday, January 17, 2011


Aku pernah cite pasal Nurul Iman dalam entri ini. Awal pagi sabtu aku dikejutkan dengan berita dia masuk hospital. Dan hampir dibedah! Tapi kak aku tak setuju. Berdebar dalam dada hanya Allah yang tau. Tak lama kemudian, aku dapat berita dia dah tenat. Tanpa pikiaq panjang, aku terus bergegas pulang bersama abang-abang aku.

Sebak tengok keadaan Iman. Selain bagi antibiotik, doktor pun dah habih cara. Kawan-kawan, tolong doakan adik Iman panjang umur. Selebihnya kami sekeluarga hanya berserah. Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk dia.
(T_T)




p/s : Jodoh, pertemuan, ajal & maut semua ditangan Allah.

Cinta Satu Malam vs Cinta Banyak Malam, Mana Lebih Indah?

Friday, January 14, 2011


Emosi aku sudah stabil. Terima kasih kepada semua!

Entri hari ni masih pasal aku. Aku tak tulis dah pasal 'kau' kalau 'kau' tak berkenan. Aku nak tulis pasal 'dia' plak pasni. Mesti 'dia' suka bak kata Ben Ashaari. Sapa 'dia'? Tafsir la sendiri ikut kamus hidup korang.

Pagi tadi ada taklimat pasal Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Motif taklimat tu untuk menjelaskan mana-mana bahagian yang masih samar bayangan.

Aku setuju dengan analogi beliau.
  1. Kalau tak pandai menari joget, jangan salahkan lantai tak rata plak. Kalau pelaksanaan tak seperti yang dirancang, jangan salahkan pihak lain. Kaji kesalahan diri sendiri dulu sebelum nak hentam pihak lain.
  2. Bukan lagu yang jadi ukuran, tapi penyanyi. Tadi beliau bagi contoh lagu P.Ramlee. Bayangkan lagu sedap, tapi yang menyanyi pitching lintang-pukang. Apa jadi?
Analogi aku plak:
Sama kes jugak dengan lagu tak sedap. Kalau dapat kat penyanyi bersuara merdu macam Afgan pakwe aku tu, boleh layan jugak weh. Tak caya, dengar contoh lagu kat bawah ni.



A.Cinta Satu Malam Versi Asal




B.Cinta Satu Malam Versi Afgan

 

Soklan : Mana lagi menghiburkan?
Jawapan : Simpan je jawapan korang dalam hati kalau jawab A. ngeh~

Kesimpulannya kat sini beliau nak bagitau, keberkesanan KSSR tu bergantung kepada banyak pihak. Tapi tanggungjawab untuk memastikan objektif KSSR tercapai, lebih bergantung kepada pelaksana kurikulum di sekolah. Sapa yang melaksanakan kurikulum? Tak lain tak bukan itulah dia insan bergelar GURU. Jadi cikgu cikgi sekalian, selamat berKSSR ye. Selamat mendidik anak bangsa!

Aku mengarot : Dulu nama kementerian pendidikan. Tak dapat pendidikan sempurna, jadi la anak-anak kurang didikan. Sekarang dah jadi kementerian pelajaran. Ramai plak anak-anak yang kurang ajaQ (sebut dengan gaya Rita Rudaini dalam cite mami jarum)!!



p/s: sorry la kalau tajuk macam tak dak kaitan sangat. hahaha! 

Follower Blog Review Oleh Jejaka Terhangat

Thursday, January 13, 2011

Assalamualaikum

Pada asalnya memang dah nak ucap Selamat Tinggal Blog. Tapi bila pikiaq balik, apa kejadahnya nak tersentap hati sampai begitu sekali. Lantak pi kat dia la. Aku cuba tak menulis banyak pasal orang lain. Atau masih menulis pasal orang lain tapi orang lain yang tak kan cari pasal dengan aku. Kalau semua kisah aku je, bosan jugak kan. Tak pun, lebih rajin join contest ke GA ke segmen ke pape je la selain dari dok cerita hal sendiri. Misi bermula sekarang. Yeahhhh!!


 

Maka dengan ini, aku nak join segmen anjuran Jejaka Terhangat @ JT.


"Follower Blog Review Oleh Jejaka Terhangat"

[KLIK UNTUK KE BLOG JT]

Apa yang best kat blog Jejaka Terhangat ialah :

  1. Mestilah entri beliau. Lawak sempoi ada, tips berguna pun banyak & part yang buat aku lebih tertarik adalah nasihat/teguran beliau. Penuh berhemah gitu. Hangat berapi hanya pada nama tapi bukan pada kata-kata. Cewahh!
  2. Tuan tanah yang mesra rakyat blogger (ada ka istilah ni?) Tak caya? Jadi la follower dia.

Sekian, terima kasih.


 

p/s : Sejuk buat aku mengantuk.


 

Selamat Tinggal Blog


Peringatan : mungkin akan muncul bahasa kurang enak seperti cacian, makian, sumpah-seranahan dan macam-macam an yang lain dalam entri kali ni. Kalau tak suka, jangan baca!!

 

Jam dah pukul 1 pagi tapi aku tak leh tidoq. Tambah pulak dengan gangguan makhluk asing. Entah mai dari planet mana. Terus hilang mengantuk. Sah esok bangun lambat. Lewat jugak masuk keja. Lantak la.

Tak sangka pulak aku ada yang terasa dengan karutan kat blog mengarut aku ni. Sesoi sangat dengan kata-kata "Aku tulis apa saja yang aku suka. Kalau tak suka, tak apa. Kalau terasa, amek la". Tapi aku dah tukaq kata-kata tu. Semoga tak dak lagi manusia atau alien yang terasa hati.
Lepas ni aku akan lebih berhati-hati. Tak terfikir akibat di kemudian hari. Ok, sorry! Sorry! Sorry! Nak aku nyanyi lagu Super Junior kah?? Lupa aku, alien tak layan lagu. Apatah lagi lagu korea. Heh!

 

"Aku bukannya sasterawan negara,
Aku hanya manusia biasa,
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa.."

 
Tak terluah jugak rasa jiwa. Nak luah dengan orang, payah! Bila luah kat blog, kena kat diri sendiri plak. Mungkin patut guna cara old school, luah dalam diary. Sendiri tulis, sendiri baca, sendiri terasa!


 

p/s : Aku berjaya tak maki orang. Aku tak berjaya maki orang. Tak dak orang kena maki dengan aku. Last sekali rasa nak maki diri sendiri. Terima kasih kalau ada yang baca sampai habih.

Isu Novel Interlok ~ ‘Hanya perlu dijelaskan, bukan dibuang’

Wednesday, January 12, 2011

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Konteks penggunaan perkataan 'paria' dalam novel Interlok boleh dijelaskan dengan tepat kepada pelajar Tingkatan Lima yang bakal menggunakannya sebagai komponen teks sastera mulai tahun ini.

Sasterawan Negara, Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan berkata, malah istilah tersebut tidak perlu diubah atau digantikan dengan perkataan lain cuma diterangkan melalui nota kaki di bawah halaman novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.

''Memang menjadi tugas guru untuk menerangkan kepada pelajar penggunaan perkataan ini yang dianggap sensitif supaya generasi muda dapat memahaminya mengikut konteks asal.

''Ini kerana latar sosial masyarakat India melalui kasta tersebut sememangnya wujud mengikut sejarah peradaban India,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai polemik Interlok yang diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula tahun ini.

Penggunaan novel itu mendapat bantahan kerana dikatakan bersikap perkauman sehingga mendorong ia dibakar oleh kira-kira 100 kaum India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), kelmarin.

Beliau yang juga dikenali Anwar Ridhwan menjelaskan, tidak ada sebarang cacat cela pada novel itu sehingga boleh menimbulkan kemarahan sebilangan masyarakat India negara ini kecuali ia dipolitikkan bagi tujuan tertentu.

''Novel tersebut merakam peristiwa sejarah di ambang kemerdekaan ketika Malaysia didatangi buruh-buruh asing bagi tujuan ekonomi kolonial dan penulis menceritakan peristiwa itu berdasarkan bukti sosiobudaya pada masa itu.

''Mereka harus faham sebuah teks yang mentafsir sejarah masyarakat India sebagaimana yang turut diceritakan dalam sebuah karya India, Mulk Raj Anand, berjudul 'Untouchable','' katanya.

Sehubungan itu, Anwar Ridhwan menyokong agar penggunaan novel tersebut diteruskan sekali gus amat kecewa dengan sikap tidak intelektual perbuatan membakar novel itu.

''Ia sebenarnya boleh diselesaikan melalui perundingan antara dua pihak bukan dengan cara berdemonstrasi di jalanan,'' katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, istilah paria dalam novel itu boleh dianggap relevan pada zaman yang dibicarakan dan ia perlu diambil iktibar oleh masyarakat ketika ini.

''Sebarang pertentangan pendapat perlu dibincang terlebih dahulu dan memahami keseluruhan novel tersebut bukan sekadar memetik beberapa perenggan dan dipolitikkan walaupun novel itu bersifat pendidikan.

''Biar kerajaan memutuskan langkah terbaik kerana novel itu hak mutlak penulis dan semua pihak harus menghormatinya,'' katanya.

- Utusan Malaysia



 



 

p/s : Baca, tahu & diam, tak perlu kata apa-apa.

Semalam Ku Bermimpi


Di tengah malam. Merenung jauh aku ke dada langit malam. Mengira bintang yang hadir menemani malam sepi ku. Mengintai kelibat sang bulan yang terlindung awan. Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa bertiup menampar pipi. Ah, indahnya terasa! Terlihat si dia muncul entah dari mana. Tiba-tiba alunan muzik kedengaran.




Aku:
Malam Ku Bermimpi
Hai Dengan Satu Bintang
Berkata-kataku Di Jendela
Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang
Asmara Bergelora Meresap Ke Dada

Dia:

Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga
Baunya Harum Menarik Hati
Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara
Meresap Mendalam Menusup Di Jiwa

Aku:

Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

Aku & Dia:

Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda

Dia:

Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

Aku & Dia:

Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda




Alunan muzik terhenti. Bintang-bintang semakin menghilang. Angin seakan mau mengamuk. Si dia lenyap bersama dentuman guruh dilangit. Serentak aku tersentap. Oh, aku mimpi rupanya. Tapi tetap indah.


p/s: hati tersenyum lagi =)

Ana Raffali, Zahiril Adzim & Aku

Tuesday, January 11, 2011


Apa kaitan insan bertiga ni? Cinta tiga segi kah? Hahaha. Memang tak laaa. Saja nak menyebokkan diri dengan bahang AJL. Dulu kisah penjaga gol. Aku menyebokkan diri gak. Sekarang kisah Ana Raffali, nak la nyebok jugak. Pasal kemenangan dia tu tak perlu la nak pertikai. Dah rezeki dia nak menang. Kalau kita kecoh-kecoh pun tak dak guna. Menang tetap menang. Kita? Pi la sambung buat hal masing-masing.

Aku mula tau pasal lagu ni dari Zahiril Adzim. Aku suka lagu tu pun sebab ada Zahiril Adzim. Blogger jugak ni. Gi terjah >> ZAHIRIL ADZIM

Sejak tu pulun la aku google cari lirik lagu tu. Lirik dia memang best. Siap copy paste letak kat status fb lagi. Gila fanatic! Walaupun aku kurang paham bahasa berseni tahap tinggi sebegitu.

Kesimpulannya, aku tau lagu Ana Raffali dari Zahiril Adzim. Itu kaitannya Ana Raffali, Zahiril Adzim & Aku. Tu je pun. Huhu.


Hm, malas nak senaraikan pemerhatian aku pasal AJL. Eh, korang tau tak klon akak Ziana Zain muncul jugak malam tu? Tapi kesian dia tak masuk tv . ngeh!


Kisah lanjut baca SINI

Aku terhidrat. Mau H2O!

Monday, January 10, 2011


Fuh! Nasib baik sempat. Kalau terlambat sket, merah lagi la punch kad aku hari ni. Dah la bangun lambat. Gara-gara nak tau Tolong Ingatkan Aku jadi juara lagu, pulun tunggu sampai habih. Dah sampai ofis tetiba lif pulak out of service. Tak pasal je aku termaki di awal pagi. Penat kot. Turun bas kena berjalan. Nak masuk ofis kena menapak panjat tangga lagi. Semput!

Sepanjang perjalanan pepagi aku selalu perhati sekeliling. Yang indah ada. Yang menyampah pun ada. Yang indah tu bila nampak si suami menghantar si isteri ke tempat keja. Siap bersalaman, ciuman tak dilupakan. So sweet! Hm,mula la aku berangan. Hahaha.

Yang tak indah di pandang mata adalah SAMPAH dan ROKOK. Merata-rata ada sampah. Yang sedihnya perangai macam orang tak bertamadun. Buang sampah kat celah pokok. Haihhh, ada lagi manusia camtu. Aku ingat aku je buat perangai cenggitu. Eh eh, zaman sekolah rendah je ok. Zaman kanak-kanak hingusan dulu. Sekarang tak lagi.

Rokok lagi sakit hati. Pepagi dah bakar duit. Dengan bangga sekali dok hembus asap rokok. Bagus la tu. Merokok kan membahayakan kesihatan. Kalau sakit, kementerian kesihatan dekat je. Heh!


 


p/s: Nak ayaq!! Nak ayaq!!

MEREKA KATA

Thursday, January 6, 2011




Segmen anjuran Ben Ashaari lagi. Aku nak join gak. Tak kira!

Kata-kata aluan:


Assalamualaikum. Salam sejahtera. Pertama sekali aku nak ucapkan selamat datang kepada kamu semua yang sudi menjenguk blog biasa-biasa saja ini. Tuan blog ni pun so so jugak. Tapi dengan kehadiran kamu, aku rasa blog ni boleh jadi istimewa dengan tetiba. Terima kasih semua!! Tuan blog pun jenis tak kesah kalau ada blogger yang nak kutuk blog ni. Kasi yang kaw punya kutukan pun no hal. Aku ok je. Cuma biarlah kutukan membina. Dah puas kutuk tu, jangan lupa bagi tunjuk ajar. Aku ni bukan pandai sangat pun pasal blog. Harap-harap aku dan kamu semua boleh jalin hubungan baik dan saling menyapot sesama sendiri ya. Terima kasih sekali lagi.

p/s: senyum! =)

Vibrate di hati. Auww!

Wednesday, January 5, 2011


*terasa gegaran di dalam beg*

Si aku: Hello.
Si dia: Hello. Nape tak reply mesej?
Si aku: Sorry. Tak perasan. Phone ada dalam beg. Silent plak tu. Vibrate tak kuat sangat. Tapi kalau call kuat la sket vibratenye. Hehe.
Si dia: Owh, kalau nak jumpa vibrate kuat la pulak ye.
Si aku: Hah? Vibrate apa pulak?
Si dia: Vibrate di hati.
Si aku: Hahahaha!!

 

Aku tak tipu. Tiap kali nak jumpa mesti berdebar lain macam. Pasai apa ha? Sekarang pun tengah bergetar di hati. Jari jemari jugak. Si dia sedang menuju ke Putrajaya. Yeehaaa~~

 

p/s 1 : Kalau ada yang sudi menjawab "pasai apa ha?" tu, silakan. Aku hargai. TQ!
p/s 2: Kalau rasa meluat dengan entri ni, sila karang kutukan anda di ruang komen. TQ jugak!

Orang Kata Jangan Bergelak Sakan, Nanti Kau di Landa Kedukaan


Jam dah tunjuk pukul 12. Tengah malam. Bergegas nak mengejar ERL konon-konon. Padahal aku dah agak last tren pukul 12 dari KL Sentral. Sampai je kaunter, dah tutup. Nice! Macam mana aku nak balik rumah ni. Hah, mesti Ecah tak jauh lagi ni. Terus sms dia. Seperti yang ku jangka terjadi. Bateri phone kong. Nice lagi! Time tu mula la gelabah bewak (biawak). Tapi buat cool. Cari public phone. Alamak, nombor phone plak tak ingat. Yang paling tragis nombor pakwe sendiri pun tak hafal. Memang rasa nak hentuk kepala kat dinding la time tu. Gelabah tak dapat selesaikan masalah. Aku perlu berfikir dengan tenang. Tarik nafas. Lepas. Aku tekad. Apa nak jadi, jadi la. Tu je pilihan yang ada.

Kan orang dah kata, jangan banyak gelak. Nanti mesti ada benda sedih jadi. Orang tu termasuk la aku sekali. Aku memang dah perasan aku banyak gelak semalam. Terlebih gelak sampai nak muntah. Tak tipu punya cerita ni tau. Penghujung cerita, aku selamat sampai rumah selepas terpaksa berhabih 60 RINGGIT untuk perjalanan dari KL Sentral ke Putrajaya. Padahal kalau naik ERL kena bayar RM9.50 je okey. Kira la sendiri berapa kali aku boleh ulang-alik KL Sentral-Putrajaya. Manyak lugi woooo. Padan muka aku! Gelak sakan lagi lain kali.

 

Anon : Tapi ketawa tu kan penawar duka. Camne tu?
Aku : Erk? Tetiba konpius dengan kata-kata sendiri. Kata korang camne plak?

 

p/s: Permulaan cerita aku tak mau habaq. Macam la ada yang nak tau kan? Huhu.

Blog Ni Buat Aku Geram

Tuesday, January 4, 2011


Selamat pagi semua!!


Hari kedua di tempat kerja di tahun 2011. Ada kerja nak buat. Tak pa tangguh dulu. Nak update blog sat. ngeh~ Dah lama aku tahan dari sebarkan benda ni. Tapi hari ni aku dah tak mampu lagi. Gerammmmm!! Apa yang buat aku geram? Nah, aku tayang sket. 




Tak rasa nak cubit-cubit ke??
[[SUMBER]]
Nak lebih geram pi terjah sendiri kat blog MARDIHA.


 
p/: kalau korang tak rasa geram macam aku, tak tau nak kata apa laaaa.. teringin jugak nak ada anak kembaq.. hihi~


 

Cukup-cukup Laaa Bercuti, Sekarang Masa Pi Sekolah!

Monday, January 3, 2011


Hari pertama kerja di tahun baru. Aku tau dah mesti banyak relax je hari ni. Sebab ramai orang cuti. Hantaq anak masuk sekolah. Aku pun ada anak masuk sekolah. Dua orang lagi tau. Anak menakan aku la tapi. Macammana la agaknya kelaku budak-budak ni ye bila kena kejut pi sekolah. Almaklum la dah lama sangat cuti.

Mesti malas nak bangun. Pastu buat lambat-lambat pi mandi. Wajib melalak punya la. Start melalak dari mandi sampai la sampai sekolah.

Eh, tu macam perangai aku je. Silap! Silap! Anak menakan aku tak dak perangai macam aku. Bangun sendiri je takyah kejut pun. Tak banyak cikadak macam aku. Nak mandi nak kena ada ayaq panas. Kalau tak, tak mau mandi. Tak mau pi sekolah. Punya buruk perangai. Tapi aku tak ingat peristiwa hari pertama aku masuk sekolah. Rasanya aku tak melalak kot. Hari pertama je la. Huhu.


Ni haa budak-budak nak masuk sekolah. Yang hujung kiri tu ye. Dua-dua budak baik. Baik macam mak menakan depa. Aummmm!!



Addin Hilmi


Natasya Maisara




p/s : baik-baik sayang. aku ada untuk mu. ngeh~

Resepi Enak Sehingga Menjilat Jari

Sunday, January 2, 2011


Nak update semalam. Tapi malas membelenggu diri. Sedar-sedar dah masuk tahun baru. Selamat tahun baru 2011!! Semoga tahun ni lebih bermakna buat kita semua. Jadikan 2011 lebih baik dari tahun sebelumnya.

Kalau la ada yang terbaca entri lepas, aku ada sebut nak tayang hasil main masak-masak dengan kesayangan aku. Tapi maaflah. Tak sempat nak snap gambaq, dah belasah makan dulu. Hehe. Menyelerakan sangat asam pedas ayam masakan Leen tu. Tapi tak mengapa, aku akan titipkan resepi buat tatapan kamu semua. Rajin-rajin boleh la try. Sedap wa cakap lu!!

Resipi Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan:
Ayam dikerat kecik-kecik
Cili kering (direbus & dikisar)
Bawang merah*
Bawang putih*
Kunyit hidup*
Halia*
Sedikit belacan*
Asam jawa
Garam
Daun kesom
Tomato

Cara-cara:
Bahan-bahan yang bertanda (*) ditumbuk lumat. Kemudian campur dengan cili kisar tadi. Tumiskan. Masukkan air asam jawa bila cili dah garing dan pecah minyak. Kemudian masukkan ayam dan daun kesom. Tambahkan bahan perisa. Akhir sekali masukkan tomato. Kalau rasa agak pekat boleh la tambah sket air. Tunggu hingga mendidih. Siap untuk dimakan.

Eh, senang la pulak. Hehe. Selamat mencuba! Ada lagi satu resepi aku nak share. Tunggu next entri ya. Chow!

p/s: Banyak mana bahan nak guna, agak-agak la sendiri mengikut selera anda. Peace yaw!!