Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Hanie di Alam Fantasi

Monday, April 30, 2012


Kasut yang buat aku termimpi-mimpi

Terasa seperti Cinderella plak bila kasut ini tersarung di kaki. Jika dipadankan dengan gaun pinky white pasti lebih terasa aura kayak seorang puteri. Dengan lemah gemalai menuruni tangga penuh sopan mengatur langkah.


Cantik kan? Nampak sopan gitu
(sumber : http://www.veerle.net/why-choose-a-vintage-wedding-dress.html )


Lambang kesucian. Tapi ini jugak bunga kematian.

Di tangan kanan kelihatan sejambak bunga carla lily putih pelengkap hiasan tangan. Tangan kiri mengangkat sedikit labuhan kain. Langkah berjaga-jaga perlu diambilkira. Jangan sampai tersadung di tangga. Uhuks, malu plak nanti.

Opss! Terlebih sudah. Itu semua hanya imaginasi yang tak mungkin menjadi realiti. Tapi seriously kasut itu sangat cantik. Sesuai la kan kalau nak pakai time nikah. Ahaks, berangan tak sudah aku ni. *ketuk kepala sendiri*


p/s : Andai kata terjadi dalam masa terdekat memang aku pakai kasut itu :)


Dilema Cinta Seorang Lelaki

Tuesday, April 24, 2012

Apa yang aku nak kongsi ni berdasarkan pengalaman insan-insan sekitar aku. Mungkin ada jugak yang penah berdepan dengan situasi camni. Bolehlah share pendapat hampa.

Situasi 1:

Mencintai si gadis dengan sepenuh hati. Tapi keluarga si gadis tak merestui. Akhirnya dengan paksa rela berkahwin dengan gadis pilihan keluarga. Kini bahagia bersama anak dan isteri.

Situasi 2:

Mencintai si gadis dengan sepenuh hati. Tapi keluarga sendiri tidak merestui kerana sudah ada calon pilihan untuknya.  Sanggup bertegang urat dengan keluarga sendiri demi mempertahankan cinta. Adakah akan bahagia??

***

Point dia kat sini aku nak tekankan tak semetinya kita akan happily ever after dengan pakwe/makwe. Bercinta bagai nak rak tapi dah tak berjodoh maka tak dapat jugak hidup bersama. Sebab kita akan kawen dengan jodoh bukan dengan cinta . Ok, setel bab tu.

Yang jadi kemusykilan aku sekarang ni pasai situasi yang kedua tu. Berdosakah seorang anak lelaki yang tak menurut kata ibubapanya itu? Kira sebagai derhaka tak? So Khabi Kushi Khabie Gham kan.

Jika aku berada di tempat kekasih hati si lelaki tu, aku akan turut berasa bersalah. Disebabkan aku hubungan dia dengan keluarga jadi renggang. Adakah aku juga berdosa? Ya, Allah…

p/s : Tak perlu lagi bersusah payah nak mengambil hati mak mentua. Sobs!

Harimau di Hotel

Thursday, April 19, 2012

Sambungan entri Terserempak Harimau di Kuching. Sejak dua menjak ni aku rajin buat entri bersambung kan?

Alkisahnya pasukan Harimau Malaya menginap di hotel yang sama dengan kami, Merdeka Palace Hotel. Dan yang lebih menarik function room depa depan function room kami. Boleh kata peluang nak terserempak tu sangat tinggi. Time makan lagi syok. Sebelah menyebelah lagi tau. Siap main jeling-jeling dengan si Fakhri yang sedikit pelik itu :P






Sudah cukup sudah la pasai harimau ni. Aku nak story tempat-tempat yang aku pi plak. Tapi dalam next entri la ye. Motif? Nak banyakkan entri. Muahaha!

p/s : Boring kan??

Terserempak Harimau di Kuching

Friday, April 13, 2012

Ini kisah Mac yang lalu. Baru teringat nak coretkan di sini. Kami warga BPK ke Kuching atas urusan kerja. Tapi macam biasalah kan. Sambil menyelam sambil minum ayaq. Tapi kena beringat jangan sampai lemas sudah.

Berikut adalah turutan perjalanan ke sana:

23 Mac 2012




Kami bertiga menyebokkan diri ikut meeting pra-sekolah

Berangkat ke Kuching. Mula-mula tu memang dah excited. Sebab first time kot aku ada geng belia remaja bila pi meeting. Tapi yang lebih membuat aku teruja bila tengah menunggu nak boarding, ternampak dua tiga jejaka berpakaian sukan lengkap siap ada logo FAM. Oh, dalam hati dah fikir adakah ini sebahagian dari pasukan Harimau Malaya? Hm, mungkin tak kot hati kecil menidakkan.

Tapi masuk ja dalam flight, nampaklah Datuk Raja Gopal di seat depan. Sempat lagi beliau melemparkan senyuman. Nampak merendah diri ja orangnya. Kehadiran Datuk di situ buat tanggapan aku tadi hampir betoi. Sedang berenak-enak di tempat duduk masing-masing kemudian masuklah jejaka-jejaka berpakaian sukan tadi. Oh, man! Memang betol pun mereka dari pasukan Harimau Malaya. Sorang demi sorang yang masuk tapi sorang pun aku tak kenal. Muahaha! Sampai la yang terakhir. It’s the twin footballer celebrity, Aidil Zafuan and Zaquan Adha!

Aku dengan Aju dah ternganga sebentar *Intermission*

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam sikit pun aku tak berpeluang nak melelapkan mata. Bergosip saja aku dengan Aju. Hehe. Tiba time makan, melahap sungguh-sungguh. Lapaq wes dari pagi setitik ayaq pun tak masuk.

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sekali lagi kami teruja. Selain pasangan kembar itu, ada jugak Fakhri Saarani dan Shafik Rahim! Tu ja yang aku kenal pun. Saat yang ada tidak kami lepaskan untuk bergambar. Aku sempat gedik bergambar dengan Zaquan ja. Ingatkan sampai situ saja pertemuan kami. Rupanya pasukan Harimau Malaya menginap di hotel yang sama kami menginap. Sesuatu yang tak di sangka seringkali mendatangi kita. Boleh la cuci mata 2 – 3 hari ni. Hehe. Next entri aku sambung cerita suasana di hotel plak. Chill!


Sebab gambar kat ipad itulah buat aku boleh cam dia ni adalah Zaquan.


p/s : “Pernah tak pi KLIA?” < ---- soklan yang menjengkelkan!

Nur Aimy Ismalaily, the Third Musketeer

Tuesday, April 10, 2012

Lanjutan dari entri Two Musketeers

Aku ada janji nak update April kan pasai kelahiran geng the musketeer yang ketiga ni. Hadif dan Wafee dapat kawan pompuan.






Nur Aimy Ismalaily, itulah nama yang diberi. Ismalaily tu dari abahnya sendiri dan nama Nur Aimy tu diberi oleh mak sedara yang baik hati. Ehem..ehem..It’s me yaw!

First time aku berpeluang menamakan anak sedara ku sendiri. Terima kasih kat mak baby ni sebab bagi kepercayaan kat aku. Hehe. Lawak jugak kak ku ini. Baru tiga orang anak dah tak boleh pikiaq nak bagi nama apa.

Kesimpulannya, aku dapat tiga anak sedara tahun ni. Oh, another one coming soon. Ngeh~

p/s : Tiap kali nak raya, aku mesti pening kepala.

Eh, aku di lamar ka? (Ending)

Monday, April 9, 2012

Sambungan dari kisah INI dan INI...

Dari kejauhan Hanie dapat melihat Izam yang sedang menunggu di bawah. Tersenyum-senyum dia. Cuba melangkah dengan hati-hati sambil menahan gejolak di dalam dada.

*Gejolak habaq hang! Ayat tak mau kalah. Huhu*

Hanie semakin menghampiri Izam. Selangkah, dua langkah, dan kini Hanie berada betul-betul di depan Izam.

“Aik, tak beli apa pun” semakin pelik jadinya.

“Jom pi 7e sat. Nak beli something la” Izam mengajak tanpa menjawab.

‘Dia ni kan, memang nak kena sekeh dua tiga kali. Tadi pi Midvalley bukan nak beli siap-siap. Grrrrr!’ Bebelan tu cukup terdetik di hati saja. Tak berani nak dihamburkan.

Berjalanlah mereka beriringan menuju kedai yang ada di situ selain deretan kaunter tiket yang tak putus-putus menerima kunjungan pelanggan. Sampai di kedai serba-serbi ada tu, terbelek-belek la dua insan bercinta tersebut mencari barang yang hendak di beli. Satu ke satu rak di jelajah. Hanie mengikut saja. Hm, mengikut sambil membebel. Tabiat biasa la tu tiap kali bertemu. Ada ja benda nak dibebelkan. Mujur la Izam jenis penyabar orangnya. Usai membeli, mereka kembali ke meja. Kesian Syaz kena tinggal sorang-sorang.

“Sori beb. Ko marah pakcik ni. Dia yang membeli lama sangat”

“Tak de bendalah. It’s ok. Chill! Chill!”

Berderai lagi gelak tawa dua sahabat itu. Tanpa buang masa perbincangan assignment dan sesi menelaah yang terbantut tadi diteruskan. Sedang rancak berbincang, berborak dan bergosip untuk mengurangkan tekanan tiba-tiba Hanie tersentap. Kaget seketika. Bisu seribu bahasa.

“Syaz, tunggu jap ek. Saudara Izam meh ikut saya sat” Hanie mula nak bersaya-awak. Petanda ada sesuatu yang tak kena. Hanie membawa Izam ke satu ruang yang sket menjauh dari kawasan yang bising tadi. Tak sabar nak membebel.

“Awak buat apa ni? Sampai hati awak kan” drama sudah bermula. Air mata mula bertakung di kolam mata. Cuba ditahan supaya empangan air mata tak pecah menyirami pipi.

‘Setitik air mata awak jatuh, saya balik!’

Kata-kata berupa ugutan itu sungguh berkesan pada Hanie. Sampai tak berani dah nak menangis depan Izam.

“Laaa, mana ada buat apa pun. Tak suka ka?” Izam sedikit keliru tapi dia faham benar maksud Hanie tu.

“Ni apa ni?” Hanie bertanya sambil menunjukkan cincin belah rotan yang tersarung di jari manisnya.

“Tu cincin tanda saya melamar awak” selamba Izam menjawab.

“Cincin melamar? Eh, saya dilamar ka ni? Awak jangan main-main!”
Hanie cuba nak berdrama lagi.

“Sayang ku, saya serius ok!” suara tegas mula kedengaran.

“Tapi, saya tak suka awak buat camni tau”

“Kenapa?”

“Awak sepatutnya melutut depan saya sambil bagi cincin ni dan cakap sudikah awak menjadi isteri saya. Pastu bila saya dah setuju baru la awak sarungkan ke jari. Tu baru betul” penuh semangat menyatakan ketidakpuasan hati.

“Ok la tu. Buat apa saya nak susah-susah tanya. Sebab saya dah tau awak akan say yes punya la. Baik saya terus sarungkan je. Hehe” Izam terus mempertahankan tindakannya tadi.

“Eiiii…geramnya! Tak romantik langsung..” Hanie terus berlalu pergi dengan perasaan sedikit tak puas hati.

Sebenarnya Izam pergi ke Midvalley sensorang tu semata-mata nak cari cincin. Sengal kan? Pandai-pandai nak beli sendiri. Nak buat kejutan katanya. Last-last cincin tu agak kecik saiznya. Tapi itu ok lagi. Yang buat Hanie hangat dia main sarung ke jari camtu ja. Masa bila? Haaaa, tengah sedap Hanie dok bincang dengan Syaz time tu la dia tarik tangan Hanie dan terus sarungkan cincin. Tersentap sekejap si Hanie. Kalau ikut hati, mau jugak ditampar-tampar si Izam tu.

Hm, pasai aksi melutut tu rasa-rasa berlaku tak? Mungkin satu hari nanti. Doakan Hanie dan Izam bersatu ya kawan-kawan :)

-TAMAT-

p/s : Memang kisah benar, tapi ada jugak tokok tambahnya. Chill!

Berbunga-bunga Hati Ini Bila Dapat Bunga

Sunday, April 8, 2012

Tajuk tak dak kejutan langsung. Ya, aku akui aku memang tak reti bab-bab nak tarik perhatian orang baca entri aku. Whatever!

Aku cuma nak kongsi kegembiraan aku pada hari ini. Buat pertama kalinya dalam hidup aku dapat sejambak bunga. Aku selalu berangan akan datang sorang jejaka yang akan menghulurkan aku sejambak bunga seperti watak hero dalam filem atau drama. Satu ketika dulu, sumpah aku tak percaya akan ada babak camtu dalam realiti kehidupan sebenar. Tapi, tanggapan aku salah. Terima kasih kepada yang berkenaan.



“Tiga kuntum itu mewakili abang, sayang dan cinta kita. I love u!”



p/s : Jangan biar hadirmu sekejap kembang bunga. Dan jangan biar kelayuan bunga itu mempengaruhi mekarnya cinta kita *ayatmacamgampang*

Eh, aku di lamar ka? Part II

Monday, April 2, 2012

Sambungan dari kisah INI

Tiba-tiba Izam bersuara menghentikan perbincangan dua sahabat itu.

“I nak pi Midvalley sat ye”

‘Jadah apa nak pi Midvalley tak nak ajak aku. Nak pi sorang-sorang plak tu. Lain macam ja ni. Ada skandal lain dok tunggu kat sana ka apa’ suara curiga Hanie mula berbisik. Menghasut.

“Eh, serius ka u ni nak pi sorang-sorang? ” ayat pancing baik punya.

“Serius la. Nak pi jalan-jalan sat. I pi sat ja. Bosan la dok sini u tak nak sembang dengan I pun”

‘Cis, aku jugak yang kena’

“Ok la kalau camtu. Jalan baik-baik ya sayang” Hanie sempat berpesan sebelum kelibat Izam hilang di pandangan.

Hari Sabtu dan Ahad biasanya memang penuh dengan manusia yang berhajat nak pulang ke kampung. Destinasi yang di tuju pastilah negeri selatan Malaysia.

Perbincangan assignment diteruskan. Tapi Hanie dah hilang focus. Depan mata bersepah kertas-kertas berconteng, dalam kepala otak dok memikirkan si pakcik dia tadi, yang mata asyik jeling jam. Dah sejam berlalu tapi Izam belum muncul lagi. Hanie semakin resah.

“Beb, korang camna?” Syaz mula nak mengorek rahsia buat sekian kalinya.

“Macam tu la. Aku kadang-kadang dah malas nak fikir lebih-lebih. Time aku beriya nak berbincang, dia macam tak berminat. Time aku dah hilang minat baru nak ajak berbincang. Memang tak la. Penat tahu?!”

Macam-macam lagi la Hanie membebel. Syaz sungguh memahami sebab dia pun hadapi situasi yang sama. Lebih mudah nak buat sesi luahan hati. Selalunya sesi camtu akan berakhir dengan gelak ketawa. Gelak ketawa penuh makna.


Hanie & Syaz


Selang beberapa ketika, telefon Hanie berdering. Tertera perkataan Mr. Janggut di skrin. Hanie tetiba jadi excited.

“Sayang, I dah balik. Meh turun bawah jap” Izam terus bersuara. Bawah tu maksudnya di aras 3 berdekatan dengan pintu masuk TBS.

“Ok, tunggu sat”

Tanpa berkemas Hanie terus meninggalkan Syaz di meja dengan nota yang bersepah. Langkah di atur satu persatu. Namun degup jantung yang berdegup kencang ternyata tak dapat di kawal. Entah kenapa.

p/s : Bersambung lagi la.