Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Serupa Zombijaya

Tuesday, January 29, 2013

Bagi yang mengikuti drama korea Full House yang popular sekitar tahun 2004 dulu, mesti ingat lagi macam mana watak heroin Han Ji Eun mengharungi hidup sendiri di China setelah di tipu rakan baik sendiri. Dalam dia bersusah payah nak berkomunikasi dan tak berduit, dia bertemu dua jejaka sekali gus. Itu cerita dia. Ini pulak cerita aku.

Perjalanan panjang mengharungi kesesakan lebuhraya utara selatan tak dihiraukan. Yang kalut di fikiran adalah aku mesti sampai sebelum pukul 12.00 tengah malam. Seperti Cinderella tapi versi 2013. Setiap kali terjaga, jam dijeling. Kemudian, sambung tidur dengan harapan bila terjaga nanti aku sudah sampai di KL. 

Apa diharap padi seberang, ntah kan jadi ntah kan tidak. Apa diharap sampai awal, akhirnya sampai lepas tengah malam jugak. Aku kerisauan. Kenapa?

Alkisahnya cinderella kehilangan rupa cantik selepas tengah malam, aku pulak ketinggalan LRT! Itulah satu caranya untuk pulang ke Putrajaya. Tapi teksi kan ada?

Ya, benar. Berderet teksi menunggu. Tapi apakan daya aku wanita yang lemah. Lemah bila kekurangan cash dalam beg duit. Tambahan pulak tengah malam, lagi la aku tak fikir balik naik teksi adalah jalan yang terbaik.  Cari nahas namanya tu. Mencegah lebih baik kan?

Keadaan KL melepasi waktu tengah malam sangat menakutkan. Serupa berada di Zombijaya. Manusia bersepah tersadai terbaring di kaki lima. Tak sangka negara aku camni. Kalau betul KL diserang zombie, camni la kot gayanya. Itu yang terdetik di hati. Keadaan begitu perlu aku hindarkan segera. Kaki terus melangkah mencari tempat selamat untuk bermalam sementara menanti waktu LRT beroperasi.

Bersambung...

p/s : Ketakutan di negara sendiri. Seram.

Nota di Sudoku

Thursday, January 24, 2013

Malam-malam camni tetiba aku rajin nak up entri sambil 'dengaq' setia hujung nyawa. Try buat kisah pendek (kispen) sket. Hihi.

***

Syaitan apa yang hasut Iqa petang itu, atau letih sangat sampai ketiduran petang. Dekat Maghrib baru terjaga. Telefon bimbit di sebelah dicapai. Terbuntang bijik mata saat melihat digit 7.15 tertera. Gila! Ni yang aku tak suka tidoq petang ni. Dengan mamai masih bersisa, Iqa bingkas bangun mencapai tuala dan bergegas ke bilik mandi. 

Selesai mandi dan menghadap Illahi, aktiviti malam bermula. Tak lain tak bukan berkomunikasi di alam maya. Sejak dua menjak ni tu la aktiviti Iqa, menanti kabar berita dari seseorang yang jauh di mata. Tiada lagi call atau sms, yang ada hanya email atau pun pesanan ringkas di twitter. Inbox email diperiksa.

Syafiq has sent you a direct message on Twitter!

Pesanan dibaca. Senyum.

***

Melilau Iqa menyelongkar kawasan timbunan buku-buku. Tujuannya satu. Buku Sudoku mesti ditemukan. Argh, mana pulak buku ni sembunyi. Iqa terus mencari dengan seribu satu pertanyaan sambil ditemani debaran hebat di dada.

Akhirnya, buku hijau kuning serta beberapa watak kanak-kanak di muka hadapan kini berada di tangan. Debaran semakin rancak bernada. Buku disingkap. Sebaris ayat dibaca.

P/s : Muka surat 57 untuk mu sayang.

Senyum.

***

untuk kesayangan ku Haziqah,

ketahuilah oleh mu sesungguhnya kasih syg & cinta ku pada mu tak kan pernah b'kurang walau kita berjauhan
walau sejauhan mana pun kaki melangkah, di hati ku tetap ada kamu
satu pinta ku, tunggu kepulangan ku
aku akan kembali untuk buat kamu lebih bahagia
LOVE YOU!

Senyum.


p/s : Sengaja dipendekkan. Kalau tak, tak la namanya kispen kan?

Tangis

Sunday, January 20, 2013

Teresak-esak di bahu sambil sembunyikan wajah muram. Tak perlu kata-kata memujuk, cukup sekadar di peluk. Lantas dahi dikucup. Lama. Kemudian dibibir terungkap tiga kata keramat. Bagaikan hikmat, seraya tangisan berganti senyuman. Tamat.

p/s : Bagi yang tak berlaki, peluk ja apa yang ada.

Sisi Buruk Aku Versi Budak

Tuesday, January 15, 2013

Curi masa sket.

Aku ni sebenarnya memang suka budak-budak. Comey tak comey semua aku suka. Tapi jadi masalah jugak kesukaan aku ni. Masalah akan muncul bila budak-budak pun suka aku jugak. Bila budak-budak suka aku, budak-budak ni akan bebaik dengan aku. Kemudian, bermulalah episod huru-hara dalam hidup aku.

Huru-hara bila mana semua harta aku dia buat macam harta dia. Semua dia selongkar semua dia nak try. Yang tu aku pantang! Bila aku tegur tak dengar, mula la aku nak mengamuk dan mengganas. Angin aku ok, aku biar sajalah. Kena angin tak berapa nak baik, jaga-jaga kau budak. Aku makan sorang-sorang!

Selalunya aku banyak hangin la. Huhu. Maklumlah kurang penyabar orangnya. Kalau kena marah saja tu kira nasib baik la. Mana yang malang sket memang rasa la penampar aku. Tu la masalah dia. Aku suka budak, tapi bila budak buat perangai aku nak marah.

Hampa rasa apa yang patut aku buat dengan masalah aku ni?


p/s : Jangan ingat kau ja ada masalah, haiwan pun apa kurangnya. LOL

Secoet Ucapan

Wednesday, January 9, 2013

Lamanya tak berentri. Dari tahun lepas kau!

Sebenarnya di penghujung 2012 telah berlaku kekalutan yang sangat kalut. Dan kekalutan itu telah menyebabkan aku jadi tak bernafsu nak beronline lama-lama. Kemunculan aku di twitter pun ada la kot 1 hari 1 tweet. Haaa, begitulah konsepnya. Apatah lagi nak mengarang ayat-ayat mengarut di blog cabok ku ini.

Penghujung 2012 juga tak terasa seperti hujung tahun. Walaupun dah 9 hari di tahun 2013 pun aku masih rasa seperti di tahun 2012. Apa yang istimewa sangat 2012 pun aku tak pasti. Yang berlaku biarkan ia berlaku, yang berlalu biarkan ia berlalu.

Sebagai entri mukadimah di tahun baru 2013, seperti manusia normal lain aku ucapkan selamat tahun baru 2013!

p/s : Nanti aku karang panjang sket.