Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Kisah Apa??

Monday, May 17, 2010

Salam..

Syukur ya ALLAH atas segala rahmat, limpah kurnia dan rezeki yang telah kau berikan.. Satu lagi impian aku tercapai.. Alhamdulillah.. Jenuh korek tabung jugak la nak penuhi impian aku tu.. Tapi tak pa,yang penting puas hati!! Hehe.. Kalau dah namanya manusia, mesti tak pernah cukup dengan apa yang dah ada.. Oleh itu, aku perlu menabung semula untuk dapatkan yang di bawah ni.. Sasaran untuk bulan depan.. Cekikdaud!


Mau baju ini!!! Haha.. Xde ke sape-sape nak tolong belikan?

Dapat yang lebih kurang pun okey la.. ;p



Mau ini jugak~jaket pink!!! Oh,banyak la nak kumpul duit kalau gini..


Peep toe wedge kegilaan ku.. ahaks!



 

Kawan-kawan sekalian, jom menabung! Berjimat-cermat amalan mulia..



 

Perlu ke intro panjang-panjang??


 

Ni kisah 16 Mei 2010 aku..


 

Ada dating dengan Ecah.. Meronda-ronda di Alamanda, mau cari baju kawen.. Bukan aku @ Ecah yang bakal bergelar pengantin, tapi member kami salah sorang geng Charlie ~ Ekin.. Ecah ada tugas berat pada hari bersejarah Ekin nanti.. Apakah?? Haha…


 

Plan asalnye seperti berikut:

Mula-mula p Shah Alam cari baju.. Kemudian balik umah aku bersorak sokong Taufik Hidayat vs Lin Dan dalam perlawanan merebut Piala Thomas.. Lepas tu, nak memeriahkan jom heboh..


 

Disebabkan Piala Thomas start kul2, maka perancangan awal dah di ubah..


 

Yang terjadi adalah seperti berikut:

Mula-mula p Alamanda, cari tiket wayang (aktiviti yang lansung tak dak dalam perancangan), kemudian p cari baju untuk Ecah.. Layan cite Nightmare on Elm Street sampai terjerit-jerit.. Kelam kabut balik umah.. Bajet leh sampai umah sebelum kul2 la konon.. Tapi terlambat jugak.. Habih Piala Thomas, masing-masing dah penat bersorak+mengantok.. Jom Heboh? Cancel!


 

Itulah yang dikatakan kita hanya mampu merancang.. Tuhan jua yang menentukan..


 
 

Eh, hampir terlupa! Harap-harap masih belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada:


 

Cikgu tadika ku – cikgu Yan & cikgu Fadhilah

Cikgu-cikgu SKMD

Cikgu tuisyen yang denda aku masa kelas pertama

Guru-guru SAINA

Lecturer & Tutor di KMPP

Pensyarah UMT

Kakak ipar ku - Pn.Norhanani & Pn. Adibah

Abang ku – Saaidi (walaupun masih belom mengajar..hehe) & Halim (mantan guru)

&

Rakan-rakan ku yang bergelar pendidik


 

Guru Pembina Negara Bangsa.. Jasa mu di kenang!


 

dari aku yang malas pergi sekolah



 

Sedikit renungan untuk semua..


 

"Lelaki tak datang bergolek

Perempuan tak datang melayang.."

(Ustaz Hasrizal – Penulis buku Aku Terima Nikahnya)



Apa kisah yang aku nak kongsi sebenarnya ni??

I Never Knew I Needed

Monday, May 10, 2010

Salam..


Hari ini merupakan hari malas sedunia.. Tak dak semangat langsung nak datang kerja.. Sengaja bangun lambat, siap pun lambat-lambat je, jalan dengan tenang sambil menghirup angin pagi.. Kalau punch card merah pun tak pa.. Sekali sekala apa salahnya.. Tapi malangnya, aku punch card pukul 7.20 pagi.. Hmmmm,awal jugak jadinya..


Awal-awal pagi jadi macam orang bengong.. Hanya mampu tengok je kerja yang aku kena buat.. Tapi dalam kepala otak dok pikiaq benda lain.. Apa sudah jadi dengan kamu ni Ani???!! Jangan tanya aku, aku tak tau!!


Tiba-tiba aku teringat satu lagu ~ I Never Knew I Needed by Neyo.. Lagu lama tapi aku baru nak ngefan.. Lirik dia pulak... Oh, aku sukaaaaaa bangat!

For the way you changed my plans
For being perfect distraction
For the way you took the idea that I have
Of everything that I wanted to have
And made me see there was something missing

For the ending of my first begin
And for the rare and unexpected friend
For the way you’re something I never choose
But at the same time something I don’t wanna loose
And never wanna be without ever again

You’re the best thing I never knew I needed
So when you were here I had no idea
You’re the best thing I never knew I needed
So now it’s clear I need you here always

My accidental happily
The way you smile and comfort me
I must admit you were not a part of my book
But now if you open it up and take a look
You’re the beginning and the end of every chapter

You’re the best thing I never knew I needed
So when you were here I had no idea
You’re the best thing I never knew I needed
So now it’s clear I need you here always

Who’d knew that I’d be here
So unexpectedly
Undeniably happy
Said with you right here, right here next to me
Girl you’re the…

You’re the best thing I never knew I needed
So when you were here I had no idea
You’re the best thing I never knew I needed
So now it’s clear I need you here always
Baby baby
Now is clear I need you here always





Bila aku mula nak nangis, tu merupakan satu petanda..... Tapi, entahlah..

Kembali Setelah Menyepi

Sunday, May 9, 2010

Salam..

Test.. Test… 1,2,3…

Mula-mula aku nak jerit dulu… Yeayyyyyyyyyy..!!!!!!! Seronot bukan main lagi.. Nak jerit lagi sekali.. Yeeehaaaaaaaa…!!!!!!

Inilah akibatnya bila dah lama menyepi.. Bila berpeluang kembali mulalah nak melompat-lompat, terkinja-kinja macam ninja.. Aku melompat, aku terkinja sebab aku gumbira... Gumbira bila boleh berblog,berfacebook seperti biasa… Tak mau intro panjang-panjang, kesimpulannya aku gumbira.. Syukur!

Hampir sebulan jugak aku tak update kisah aku kat sini.. Jadi bersedialah untuk membaca entri untuk edisi KEMBALI SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI..

Mula-mula, sesi imbas kembali…

Last sekali aku merapu adalah pasai kisah KPLI.. Untuk pengetahuan semua, aku tak dapat interview pun.. Huhu.. Tak dak rezeki nak jadi cikgu.. Tak pa, try lagi tahun depan.. Itu nasihat aku kepada diri sendiri.. Tapi tak dak la rasa kecewa sangat sebab semua geng-geng PRE kat BPK pun tak dapat jugekk.. Memang patut pun aku tak dapat sebab aku JAWAB EXAM TANPA TENGOK SOALAN.. Kalau terpilih jugak, jangan salah kan aku kalau aku kagum dengan diri sendiri..

Ok, sudah sikit-sikit pasai tu.. Seterusnya, masih segmen imbas kembali…

Kalau masih ingat aku ada tulis pasal buku yang aku kalut dok cari tu.. Alhamdulillah, aku dah dapat!!!
Penantian aku selama beberapa bulan akhirnya berakhir.. Jumpa jugak buku AKU TERIMA NIKAHNYA itu.. Aku gumbira sampai nak nangis bila terpandang seraut buku berkulit biru dan hijau yang ada love shape didepannya.. Siap terjerit-jerit lagi dalam MPH tu.. Buat malu je kat pakcik guard yang tak pi solat jumaat tu! Kesian pakcik tu tau.. Tak dapat pi solat sebab kekurangan pekerja pompuan yang nak gantikan shif dia.. Aku curi-curi dengar masa dia buat luahan hati kat kawan dia (kot).. Hehe..




Sampai dua edisi aku hangkut.. Punya la tamak.. Ikut hati nak je beli ketiga-tiga jilid..



Nampak je buku tu, terus nak beli semua.. Yang aku tau ada dua jilid je.. Tup tup ada pulak yang terbaru.. Maka berlakulah sedikit bual bicara antara Aku dan Tamak..

Tamak: Ani, beli je semua! Nanti tak yah kalut-kalut cari dah..
Aku: Hm, betoi jugak.. Kalau habih stok, jenuh aku nak tunggu berbulan-bulan pulak..
Tamak: Bagus-bagus! Hehehe…


Tiba-tiba ada watak lain yang muncul..

Kak Aida: Isyk, jangan tamak sangat.. Beli la satu dulu.. Bulan depan beli lagi..
Aku: Tapi…. Takut habih laaa.. Ok2, saya beli dua je.. Hehe…
Tamak: Cis! =’(




Nanti aku dah habih baca, aku kongsi dengan korang isi kandungan buku ni.. Tapi kalau nak impak yang lebih maksima, apa kata baca sendiri.. =)


Ada lagi nak story nih.. Kalau anda rasa meluat dengan penulisan yang sedikit macam rojak ni, sila berhenti membaca.. Rojak?? Alahai, nape la ungkit benda makan pulak.. Dah la tengah lapaq nih! Ok, sambung kisah sikit lagi.. Pasni nak menerjah dapur pulak.. Hehe…

Sekarang aku nak perkenalkan ahli baru dalam bilik aku ~ Cik Ziyu!! Pertemuan aku dengan cik ni sedikit tragis.. Macam-macam halangan.. Aku tak mau imbas kembali insiden yang berlaku.. Boleh Parkinson jadinya!

Tanpa membuang masa, aku persembahkan Cik Ziyu si TV!!!



Inilah dia.. Peneman ku di kala bosan… Terima kasih banyak-banyak Kak Aida sekeluarga..


Sampai sini saja la nampaknya.. Perut kata pi, dapur kata mai.. Yeah, aku chow dulu.. Adios!