Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Perjalanan Balik Raya Yang Penuh Syahdu

Wednesday, October 31, 2012

Maaf. Tajuk tak indah.

Alkisahnya tahun ni aku agak sibuk pada bulan Oktober. Makanya tiadalah terfikir membeli tiket raya awal-awal. Dan keputusan nak balik raya pun dibuat pada saat-saat terakhir. Bak kata mak aku, nak terberak baru nak korek lubang. Tu hidup zaman dulu kot, berak dalam lubang.

Memang la aku nak terberak, tapi itu bukan kisah entri kali ini. Apa yang aku nak kongsikan adalah pengalaman aku insan yang lambat buat keputusan dan terpaksalah tanggung akibatnya. Padan muka! Tahun ni hari raya korban jatuh pada Jumaat 26hb Oktober. Aku insan yang lambat bertindak hanya cari tiket pada Isnin 21hb Oktober. Hasilnya, dapatlah tiket pada 26hb Oktober pukul 12.00 tengah malam. Yup, malam raya aku di Pudu Sentral @ UTC Kuala Lumpur (nama bukan main).

Bila last minute begitu haruslah naik bas tambahan ala-ala bas kilang gitu kan. Pada tiket printed jam 12.00 malam. Tapi tunggu punya tunggu dekat pukul 2 pagi baru bas sampai. Indahnya penantian. Berbunga la sket hati ku ini bila ada bas kan. Lambat pun tak kisah la kan. Janji sampai kampung kan. Tapi, yang indah itu hanyalah sementara.

Bas hanya mampu bergerak sampai ke tol duta dan terpaksa patah balik sebab ada kerosakan enjin. Bayangkan keluar rumah pukul 9 malam, pukul 4 pagi masih di Pudu! Hari bersiar-siar di Kuala Lumpur agaknya. Mujurlah incik kaunter tiket tu bagi balik duit memandangkan bas memang tak boleh nak bergerak. Syukur! Kalau tak, dah patah riuk incik tu aku rasa.

Sementara menunggu pagi cerah, singgah sebentar di KFC menjamu perut. Syahdunya dengar takbir raya. Usaha mencari tiket diteruskan. Akhirnya ada bas ke Butterworth pada jam 8 pagi. Beli la jugak walaupun harganya sangat la melampau. Tau berapa? Sekeping tiket berharga untuk dua keping! @#%^$((&^%$# (menyumpah dalam bahasa Jerman!)

Kesimpulannya, merancanglah dengan bijak. If you fail to plan, you plan to fail.


p/s : Tunggu entri seterusnya. Pasai kisah raya plak. Lagi syahdu!

Kerinduan Seorang Ayah

Thursday, October 25, 2012

Kerinduan yang tak dapat nak diluah dengan kata-kata tapi terungkap dengan titisan air mata. Dan aku menjadi saksi. Pedih. Terasa bagai hati disiat-siat. Bersembur darahnya. Dilumur pulak garam pada luka berdarah itu. Begitulah sakitnya hatiku.

Dalam melawan kesakitan, aku tak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu merenung ke matanya dengan harapan suara hati aku yang berbisik 'sabarlah, semua ini pasti ada hikmah' sampai ke pendengarannya. Tanpa sedar pipi aku turut basah. Tangisan kekecewaan mengisi ruang. Sepertinya kecewa itu tak mudah berakhir. 


"Kasihnya ibu membawa ke syurga,
Kasihnya ayah sepanjang masa"


p/s : Aku lebih rela berpisah kerana kematian. Al-fatihah buat arwah ayah, Saad bin Man.

Disumpah Perokok

Tuesday, October 23, 2012

Usai mengisi perut dengan nasi lemak berlauk rendang daging bersama milo kosong, berangkatlah kami pulang ke sarang tempat kerja. Tapi nasib kurang baik, mesin pengangkat (lif) tetiba rosak. Maka dengan berat hatinya menapaklah kami menaiki tangga memasuki 'laluan maut'.

Bukan aku tak tega bukan pula aku tak cinta nak menapak guna tangga. Setakat dua tingkat apalah sangat. Masalahnya laluan tangga itu ibarat laluan maut! Laluan tangga itu dijadikan port baik punya untuk berasap. Kononnya ada larangan merokok di premis kerajaan. Kononnya la kan. Menyampah aku!

Kebetulan pulak masa melewati tangga ke aras 5, ada hamba Allah yang sedang enak berasap di tingkat 4. Serious sh*t aku tak tahan bau asapnya. Baru lepas makan plak tu, memang la aku rasa nak terkeluar balik nasik lemak tadi. 

"Kak Gee, laju laju. Sesak nafas dah saya ni"

Kejauhan kedengaran ada yang membalas,

"Tunggu la dah bersuami nanti, dapat yang perokok tegar baru tau!"

Baru aku cakap sket, dah kena sumpah camtu. Kalau ditegur, entah apa plak la yang aku kena.

p/s : Nak mati, sila mati sorang-sorang. Jangan libatkan orang lain!

Penafian

Friday, October 19, 2012

Menafikan sesuatu perkara yang terbukti benar itu ibarat menegakkan benang yang basah. Susah atau mudah? 

Begitulah juga halnya dalam menafikan perasaan sendiri. Aku bagi contoh mudah. Kau makan cabai melaka (cili hijau) segenggam kemudian kau cakap tak pedas sket pun. Kau belakon la macam mana pun bagi orang percaya cabai tu tak pedas. Tapi hakikat sebenar, kau sendiri yang tahu betapa seksanya menahan pedas bengang sampai berasap-asap telinga.


p/s : Dah penat berlakon.

Kisah Seram Sket : Dah Siap Ka Dah Tau?

Thursday, October 18, 2012

Ada satu kisah seram aku pernah terbaca di majalah yang aku dah tak ingat apa namanya suatu masa dulu.  Yang buat aku kembali teringat kisah itu tadi apabila selesai sidai baju laju saja mulut aku berbicara 'ok, dah siap!'. Kemudian tanpa sedar terus terlintas di hati aku sebaris ayat yang berbunyi 'dah siap ka dah tau'. Serentak dengan itu jugak la terasa seram sejuk dan meremang bulu roma. Kebetulan aku tinggal sendirian di rumah memandangkan rakan-rakan serumah yang lain masih di pejabat walaupun sudah hampir maghrib ketika itu.

Kisahnya bermula begini...

Rutin harian pelajar asrama pada sesi sebelah malamnya akan prep di kelas bagi pelajar lelaki dan di dewan makan bagi pelajar perempuan. Untuk tujuan keselamatan agaknya. Maklum la jarak asrama perempuan ke kelas agak jauh berbanding asrama lelaki.

Selesai solat berjemaah di surau, masing-masing membawa haluan. Ada pelajar yang terus ke kelas dan ada yang balik ke asrama dulu. Amran kebiasaannya akan terus ke kelas bersama rakan baiknya, Roslan. Tapi malam itu dia terpaksa kembali ke asrama untuk mengambil buku rujukan Matematik yang tertinggal.

"Lan, hang pi kelas dulu la. Aku nak balik dorm sat. Aku tertinggal buku la. Jumpa hang kat kelas no"

"Ok, jumpa kat kelas"

Bergegas Amran kembali ke dorm. Takut lambat plak ke prep nanti. Lagi haru kalau terserempak dengan warden asrama yang garang itu. Tambahan plak malam tu angin dingin sepoi-sepoi bahasa selepas hujan terasa sedikit meremangkan bulu roma. Rintik hujan yang masih bersisa kedengaran agak mendebarkan tiap kali menitik di bumbung laluan susur gajah. Berjalan kaki sendirian di waktu begitu memang la menyeramkan. Kepala otak pun mula la terimbau segala macam kisah seram yang pernah didengar. Bayang-bayang pokok pun dah terbayang macam lembaga misteri. Demi mahu segera sampai ke kelas, langkah kaki diatur dengan sepantas mungkin.

Kelihatan Roslan begitu fokus menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru siang tadi. Asyik tunduk saja menghadap buku tulis. Amran yang baru sampai ke kelas merasakan suasana yang sedikit aneh pada malam itu. Tiada rakan yang lain melainkan dia dan Roslan. Roslan plak dari tadi hanya senyum saja tiap kali Amran memulakan perbualan. Seakan tidak berminat untuk berbual panjang.

Akhirnya, Amran pun turut sama mendiamkan diri dan memberi tumpuan pada tugasan yang belum siap. Sesekali dia menjeling ke luar. Ada satu ketika, terasa bagai nak luruh jantung bila kelihatan seperti kelibat Roslan di blok bertentangan dengan blok kelasnya. Akibat terlalu terkejut dengan apa yang dia nampak tadi, pen yang dipegang terlepas dari tangan dan terjatuh di bawah meja. Dia mula terasa tak sedap hati. Dengan penuh berhati-hati dalam debaran, Amran kembali mengutip pen yang terjatuh.

Untuk mengesahkan andaian yang bermain di fikirannya ketika itu, dia menoleh ke arah Roslan. Alangkah terkejutnya dia bukan kepalang. Roslan yang berada dengan dia sekarang adalah Roslan yang tidak berkaki! Amran terlebih dahulu menasihati diri sendiri supaya bertenang dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Dia tanpa membuang masa terus berkemas untuk pulang ke bilik.

"Ok, dah siap! Aku balik dulu"

"Dah siap ka dah tau? Hehehehe..."

Hilaian panjang dari 'Roslan' membuatkan Amran membuka langkah seribu.

p/s : Macam tu la lebih kurang kisahnya. Banyak dah unsur aku tokok tambah ni. Tapi tak seram pun kan? Aku memang tak reti buat karangan kisah seram. Chill-lah!

Catatan 12 Oktober 2012

Tuesday, October 16, 2012

12 Oktober 2012, Jumaat

Alhamdulillah. Syukur aku masih berpeluang menghirup oksigen yang diberi percuma pada hari 26 tahun aku hidup di dunia. Mak aku pernah maklumkan bahawa aku ni dulu lahir lambat dari tarikh sepatutnya. Mungkin dah tahu betapa beratnya ujian hidup di dunia ni yang bakal aku tempuhi. Tapi sehebat mana pun ujian dan dugaan diberi, semua itu masih di bawah kemampuan kita. Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya.

Pagi tadi menonton bingkisan kisah di MHI buat aku terfikir. Kita rasa kita dah teruk diuji tapi jangan lupa ada lagi insan lain yang lebih hebat ujiaannya. Anak kecil berusia 10 dan 16 tahun kehilangan ayah pada 2010 dan dua tahun kemudian ibu mereka turut pergi buat selamanya. Bayangkan kesusahan hidup yang bakal dilalui oleh dua beradik ini yang bergelar yatim piatu di usia yang muda. Si adik yang berusia 10 tahun itu turut menghidap penyakit radang jantung. Di usia begitu, emak ayah sangat mereka perlukan di sisi sebagai motivasi diri dan pembakar semangat. Ya Allah, tabahkanlah hati anak-anak kecil ini!

Kadang-kadang anak kecil ni lebih bersemangat untuk teruskan hidup berbanding kita yang dewasa. Cepat sangat mengalah dan berputus asa. Semoga aku terus tabah dan cekal dalam menghadapi segala macam rintangan dan dugaan yang sedang atau bakal aku hadapi nanti. Serta dikurniakan akal fikiran yang matang dalam membuat segala keputusan. Ini doaku.

p/s : Biar kurang harta, tapi jangan miskin budi bahasa!

Kisah Sang Pembolehubah

Thursday, October 11, 2012

Sekarang ni aku sedang berbengkel bersama guru-guru Sains di Melaka. Objektif mengikut perancangannnya adalah nak hasilkan Modul Kemahiran Proses Sains (KPS). 

Antara kemahiran yang aku cukup suka dari zaman belajar dulu sudah semestinya mengawal pembolehubah. Atas permintaan Naim, aku hasilkan entri ni. Nak terangkan persis seperti cikgu memang la aku tak mampu. Aku bukan cikgu pun.

Lazimnya, ada tiga jenis pembolehubah yang terlibat dalam bidang ilmu Sains ni. Pembolehubah dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan.

Pembolehubah dimanipulasi atau dulu semasa zaman PPSMI disebut sebagai what to change. Aku nak terang maksud dari segi istilah, malas nak karang ayat buku. Secara kasarnya pembolehubah ni bermaksud apa benda yang kita nak ubah dalam sesuatu penyiasatan tu. 

Pembolehubah bergerak balas plak adalah apa benda yang berubah jika pembolehubah manipulasi berubah. Ni kira ayat paling mudah la. 

Pembolehubah dimalarkan adalah apa benda yang tetap sepanjang tempoh penyiasatan tersebut. Tujuan dia adalah untuk mendapatkan hasil penyiasatan yang valid dan bermakna.

Contohnya, aktiviti nak menyiasat perubahan suhu cecair dengan masa. Hipotesis yang dibuat adalah semakin bertambah masa, semakin bertambah suhu cecair. Makanya pembolehubah yang dimanipulasi adalah masa dan yang bergerak balas plak sudah tentu suhu. Untuk dapatkan hasil akhir yang valid, cecair yang sama digunakan. Nah, itulah yang dimalarkan!

Dalam realiti kehidupan plak, mana satu pembolehubah yang mewakili kita? Adakah kita insan yang mudah dimanipulasi atau dengan rela hati membiarkan diri dimanipulasi untuk kepentingan pihak lain? Adakah pula kita ini insan yang berubah mengikut faktor lain yang turut berubah seperti pembolehubah bergerak balas? Ataupun kita ini insan yang tetap dan tak berubah dalam setiap situasi untuk menjadikan hidup pihak lain bermakna?

Sama-sama la kita renungkan.

Kemudian aku terfikir apa kisahnya plak masalah dengan kita. Hipotesis aku, semakin rumit masalah semakin kita menjadi tabah. Hipotesis anda?

p/s : Hipotesis ~ satu penyataan yang menghubungkan dua pembolehubah dan boleh diuji. Boleh jadi benar atau sebaliknya.

Running Man & Aku

Friday, October 5, 2012

Dia : Dah habih tengok ka semua 111 episod tu?

Aku : Dah tengok semua dah.

Dia : Tak download episod baru?

Aku : Tak.

Dia : Habih tu camna nak lalui malam-malam awak?

Aku : ...

Cis, ayat makan dalam siot!

Aku : Takpa, ada City Hunter tak habih tengok lagi.




'awak takda, sy ok lagi. tp tanpa running man di malam hari, maka bosanlah sy sendirian' - HS via twitter