Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Kisah Seram Sket : Dah Siap Ka Dah Tau?

Thursday, October 18, 2012

Ada satu kisah seram aku pernah terbaca di majalah yang aku dah tak ingat apa namanya suatu masa dulu.  Yang buat aku kembali teringat kisah itu tadi apabila selesai sidai baju laju saja mulut aku berbicara 'ok, dah siap!'. Kemudian tanpa sedar terus terlintas di hati aku sebaris ayat yang berbunyi 'dah siap ka dah tau'. Serentak dengan itu jugak la terasa seram sejuk dan meremang bulu roma. Kebetulan aku tinggal sendirian di rumah memandangkan rakan-rakan serumah yang lain masih di pejabat walaupun sudah hampir maghrib ketika itu.

Kisahnya bermula begini...

Rutin harian pelajar asrama pada sesi sebelah malamnya akan prep di kelas bagi pelajar lelaki dan di dewan makan bagi pelajar perempuan. Untuk tujuan keselamatan agaknya. Maklum la jarak asrama perempuan ke kelas agak jauh berbanding asrama lelaki.

Selesai solat berjemaah di surau, masing-masing membawa haluan. Ada pelajar yang terus ke kelas dan ada yang balik ke asrama dulu. Amran kebiasaannya akan terus ke kelas bersama rakan baiknya, Roslan. Tapi malam itu dia terpaksa kembali ke asrama untuk mengambil buku rujukan Matematik yang tertinggal.

"Lan, hang pi kelas dulu la. Aku nak balik dorm sat. Aku tertinggal buku la. Jumpa hang kat kelas no"

"Ok, jumpa kat kelas"

Bergegas Amran kembali ke dorm. Takut lambat plak ke prep nanti. Lagi haru kalau terserempak dengan warden asrama yang garang itu. Tambahan plak malam tu angin dingin sepoi-sepoi bahasa selepas hujan terasa sedikit meremangkan bulu roma. Rintik hujan yang masih bersisa kedengaran agak mendebarkan tiap kali menitik di bumbung laluan susur gajah. Berjalan kaki sendirian di waktu begitu memang la menyeramkan. Kepala otak pun mula la terimbau segala macam kisah seram yang pernah didengar. Bayang-bayang pokok pun dah terbayang macam lembaga misteri. Demi mahu segera sampai ke kelas, langkah kaki diatur dengan sepantas mungkin.

Kelihatan Roslan begitu fokus menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru siang tadi. Asyik tunduk saja menghadap buku tulis. Amran yang baru sampai ke kelas merasakan suasana yang sedikit aneh pada malam itu. Tiada rakan yang lain melainkan dia dan Roslan. Roslan plak dari tadi hanya senyum saja tiap kali Amran memulakan perbualan. Seakan tidak berminat untuk berbual panjang.

Akhirnya, Amran pun turut sama mendiamkan diri dan memberi tumpuan pada tugasan yang belum siap. Sesekali dia menjeling ke luar. Ada satu ketika, terasa bagai nak luruh jantung bila kelihatan seperti kelibat Roslan di blok bertentangan dengan blok kelasnya. Akibat terlalu terkejut dengan apa yang dia nampak tadi, pen yang dipegang terlepas dari tangan dan terjatuh di bawah meja. Dia mula terasa tak sedap hati. Dengan penuh berhati-hati dalam debaran, Amran kembali mengutip pen yang terjatuh.

Untuk mengesahkan andaian yang bermain di fikirannya ketika itu, dia menoleh ke arah Roslan. Alangkah terkejutnya dia bukan kepalang. Roslan yang berada dengan dia sekarang adalah Roslan yang tidak berkaki! Amran terlebih dahulu menasihati diri sendiri supaya bertenang dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Dia tanpa membuang masa terus berkemas untuk pulang ke bilik.

"Ok, dah siap! Aku balik dulu"

"Dah siap ka dah tau? Hehehehe..."

Hilaian panjang dari 'Roslan' membuatkan Amran membuka langkah seribu.

p/s : Macam tu la lebih kurang kisahnya. Banyak dah unsur aku tokok tambah ni. Tapi tak seram pun kan? Aku memang tak reti buat karangan kisah seram. Chill-lah!

0 komen: