Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Bilik Dikunjungi Rakan (III)

Thursday, May 31, 2012

Selang beberapa hari selepas bilik dikunjungi kak Adish Shida dan Ekmi, bilik ku ada pelawat lagi. Rakan blogger terkenal jugak ni. Selalu berhubung dalam telefon saja. Tak pernah bersua muka. Tapi naluri hati dapat mengenal beliau berdasarkan gambaran sipi-sipi yang ada di dunia maya. Hehe.

Beliau adalah Shameera Aimaa. Sapa tak kenal cikgu tadika KBU yang sorang ni. Bersuara lunak merdu plak tu. Ohsem! Terserlah kecintaan beliau dengan kerjayanya sekarang. Banyak jugak ilmu pasai kanak-kanak yang dikongsikan. Semoga diberkati dan terus berjaya ya! 

Sempena kedatangan beliau ke Putrajaya kali ni, aku turut sempat bertemu Nadh, Atiq dan kak blogger terkenal sorang lagi yang aku maksudkan dalam entri ini. Cantiknya kak Lydia Miza! Si baby pun sangat comey. Yang aku perasan, si baby nya kak Lydia tu suka pink. Auw, so sweet!

Hari last sebelum bertolak balik sempat jugak berjumpa Eva Natasha dan sorang lagi kawan Aimaa. Dan paling tak sangka boleh plak terserempak dengan blogger retis Ben Ashaari itu. Huhu.

p/s : Semakin ramai aku kenal geng blogger nampaknya. Menarik. 





Bilik Dikunjungi Rakan (II)

Wednesday, May 30, 2012

Pada hari yang sama kedatangan kak Adish Shida ke bilik ku, ada sorang lagi rakan datang melawat. Beliau adalah Ekmi, jiran katil dorm Co2/B-Saina. Sanggup beliau datang dari Johor semata-mata nak melepak bersama ku. Terharu sebentar.

Waktu pagi aku ditemani kak Shida dan sebelah petangnya aku ditemani Ekmi. Tak putus-putus bilik dilawat rakan. Bukan selalu berkeadaan begini.

Aktiviti di malam hari asalnya mau menonton bareng. Sementara tunggu show time sempat la melalak sejam. Pergh, perit gila tekak berkaraoke kerap. Tak dapat aku bayangkan penyanyi yang dok nyanyi lebih seploh tahun tu. Impian nak nonton terpaksa dibatalkan berikutan suhu di dalam panggung ketika itu sangat panas. Maka aktiviti malam diganti dengan pusing-pusing Putrajaya tengok lampu jalan.

Esoknya, kami meluru ke Port Dickson! Seterusnya, hayati secebis gambar kami di sana. Terima kasih.

Indah ciptaanNya. Subhanallah!

Camwhore itu harus!

Berjalan membasahkan kaki di malam hari

p/s : Hobi baru ku, kumpul towel banyak-banyak. Sume nak warna hijau =.='

Bilik Dikunjungi Rakan (I)

Wednesday, May 23, 2012

11hb yang lepas, saya dilawati kakak blogger yang terkenal. Kedatangan beliau bertujuan untuk ke majlis perkahwinan sahabatnya. Sebagai seorang insan yang baik hati saya menawarkan bilik saya yang semak dan panas tanpa kipas untuk beliau berehat pada pagi tersebut. Dapatlah beliau merehatkan diri sebelum berjumpa dengan kakak blogger terkenal yang sorang lagi. Semua femes ni. Saya ja blogger picisan.

Pagi itu seperti dijanjikan menapaklah saya ke Putrajaya Sentral untuk menjemput beliau. Kesian beliau terpaksa menunggu saya buat seketika. Hehe. Dah masuk tol Putrajaya baru saya dimaklumkan, kelam-kabut saya bersiap ala kadar. Sah-sah nampak muka baru bangun tidur.

::saya takdak gambar nak titipkan::

Sampai di bilik saya, kakak blogger yang terkenal tersebut berhajat nak tidur. Tapi, tak dapat. Haha. Meralit bersembang sampai pukul 10 lebih jugak la rasanya. Terima kasih kepada beliau kerana sudi bawakkan saya ketupat (untuk bekfes pagi itu) dan kek lapis karamel (untuk dinner saya hari berikutnya). Sedap sungguh!

::juga tiada gambar sebab dah melahap dulu baru teringat tak ambil gambar rupanya::

Tengaharinya berangkatlah kami ke Alamanda untuk berjumpa tiga orang blogger lagi yakni Suhaili, Iffah dan Qaseh. Mereka merancang untuk berjumpa dengan kakak blogger terkenal yang sorang lagi jugak. Saya tak dapat turut serta berikutan kawan saya dari UTM akan datang melawat. 


Pertemuan kami sampai di situ saja. Selepas makan dan jalan-jalan sekitar Alamanda, kami pulang ke rumah saya untuk mengambil barang kakak blogger terkenal tersebut dan beliau terus berangkat ke rumah kakak blogger terkenal yang sorang lagi.

Terima kakak blogger terkenal untuk kesempatan itu. Semoga berjumpa lagi! Kakak blogger terkenal yang saya maksudkan adalah kak Adish Shida.


p/s : Bila segan, gua terus jadi pemalu. Ahaks~



Karangan Budak : Kucingku Meow Meow

Wednesday, May 9, 2012

"Sedang menikmati makan malam, bersembanglah seorang lady boss bersama anak-anak buahnya. Dari satu topik berubah ke satu topik yang lain. Masa rehat-rehat beginilah baru berpeluang bersembang kencang soal peribadi. Kalau tak, asyik urusan kerja saja. Dari soal anak sampai la ke kisah kucing. Topik anak tu tak dapat la aku nak menyampuk sangat. Tapi bila saja masuk bab kucing, ingatan aku terus kembali ke zaman kanak-kanak. Zaman sekolah rendah. Kurang pasti umur yang tepat ketika itu.

Di sekolah, murid-murid selalu diterapkan dengan amalan murni dan sangat dituntut untuk mengamalkan sifat-sifat murni seperti yang selalu diketengahkan dalam buku teks. Aku sebagai murid yang masih berfikiran suci murni, selalu terdetik untuk meniru sifat baik yang dibawa oleh watak perempuan dalam buku teks tersebut. Kalau masih ingat la kan, antara kisah yang femes adalah kisah sorang budak perempuan yang terjumpa kucing di tepi jalan.

Hah! Makanya aku pun tiru la aksi watak perempuan tersebut. Kebetulan aku balik rumah jalan kaki pada hari itu. Sedang berjalan terserempak la aku dengan seekor anak kucing comey berbulu warna putih melepak. Tanpa fikir panjang terus aku angkat bawak balik rumah.

Lebih kurang beginilah kucing yang aku jumpa tu

Perkara pertama yang aku buat adalah mandikan kucing tu. Part ni macam sasau jugak la jadinya. Aku hantam jirus dengan air sejuk. Apa lagi berlari la si kucing tu. Tapi peduli apa aku, aku nak peluk cium dia jadi aku tak mau la dia busuk. Dah kata mandi kan, haruslah bersabun jugak. Hahaha. Siap guna sabun Lux lagi!

Dah selesai mandi, aku bagi makan. Eh, silap. Aku bagi minum. Minum susu. Susu apa yang aku bancuh pun dah tak ingat. Silap-silap susu tin. Muahahaha! Seingat aku benda yang paling bangang penah aku buat sepanjang bela kucing tu adalah aku pi potong kuku dia! Konon-konon tak bagi dia simpan kuku panjang. Punya la sengal kan?

Mulai dari hari tu hari-hari la aku mandi dan sabunkan. Baru la syok peluk cium. Hehe. Tapi akhirnya ke mana hilang kucing tu pun dah tak ingat. Ke mati ntah. Sekali tu je la aku bela kucing dengan semangat sekali. Sekian saja kisah kucingku meow meow."

Muahaha!!


p/s : Entri zaman bila ntah ni baru nak publish. Sila gelakkan ayat penulis yang macam budak malas pi sekolah. Chill!


Air Mata Hari Jadi

Friday, May 4, 2012

Sangka Hanie, aku tak suka. Sangka Hanie itu semua tiada makna bagi ku. Tapi ternyata sangkaan  Hanie meleset. Ternyata Hanie salah mentafsir. Andai masa lalu itu pahit, jangan terus menghukum masa depan yang belum berlaku. Bak kata Ukays, yang pahit akan manis jua akhirnya :)

***

"Hepi besday sayang!" menjerit kuat Hanie di telinga aku. Maximum volume Hanie kasi. Dia ingat aku pekak barangkali. Kadang-kadang perangai kanak-kanak dia tu la yang buat aku terhibur. Boleh buat aku tersenyum sendiri. Siapa sangka Hanie si gadis kasar yang aku kenal itu juga berhati tisu. Pantang ada salah sikit bukan main panjang muncungnya. Nak dipujuk selalu katanya.

Dan hari ini 1 Mei cuti sempena Hari Pekerja juga hari istimewa buat aku. Cukup 29 tahun. Cukup matang aku rasa untuk membina masa depan. Misi hari ni mahu manfaatkan masa yang ada sebaiknya. Tiada makanan mahal di restoran mewah. Cukup sekadar mengisi perut dengan nasi campur bersama ikan bakar di warung tepi jalan. Sekali sekali Hanie mengelap peluh yang membasahi dahi. Kesian plak aku tengok. Sengaja aku pilih kedai di situ. Sambut birthday dengan ikan bakar bersama insan tersayang. Ok jugak kan?

Usai makan. Aku mengajak Hanie berjalan-jalan sekitar ibu kota mencuci mata. Melewati gerai menjual bunga segar. Terpaku Hanie di situ melihat-lihat ros merah. Jangan harap aku nak beli dengan dia. Aku lebih suka buat kejutan. 

"Kak, ambil la. Segar lagi ni" anne kedai mempelawa.

"Tak pa, saya dah ada! Hehe.." Hanie membalas. Aku tersenyum.

***

Imbas kembali

"Tq ye awak. Hari ni birthday awak tapi saya plak yang dapat hadiah" 

"Sama-sama. Saya suka tengok awak gembira. Kalau boleh tiap kali jumpa saya nak bagi bunga tau. Tapi sedih la saya tak dapat hadiah. Orang tu tak nak bagi pun kan"

"Alaaa....."

Aku sengaja usik Hanie. Nak tengok muncung dia panjang mana. Padahal aku tak kisah pun semua tu. Yang penting dia ada dengan aku di hari jadi.

***

Sebelum pulang, singgah sebentar di restoran kegemaran di KL Sentral. Membasahkan tekak setelah penat mengharungi panas. Apa yang aku perasan setiap kali melepak di situ pasti ada ja benda yang Hanie nak bahaskan dengan aku. Sambil makan sambil gaduh. Ni lagi satu perangai Hanie yang buat aku geram. Dia punya mulut kalau boleh membebel, mengalahkan mak nenek! Tapi kalau dah habis modal nak kenakan aku, mula la nak merajuk. Oh my Hanie!

"Ok. Kalau camni selalu lain kali tak nak dah la datang kedai ni" aku cuba mematikan hujah Hanie. Lagi dibiarkan lagi panjang dia nak berdebat.

"Hm, ok. Orang diam la. Tapi pejam mata sat please"

"Ada apa ni?"

"Orait, 1...2...3...taraaaaa!"

Terkedu aku seketika. Terdiam tak mampu terkata apa. Sekeping kad ucapan hari lahir mampu buat aku menitiskan air mata. Terasa aura keikhlasan di sebalik usaha buatan tangannya itu. Aku terharu.

"Terima kasih sayang..." hanya itu terluah dari mulut ku. Dan air mata terus mengalir.


p/s : Ternyata usaha sendiri kali ini lebih berbaloi. Usaha yang ikhlas pasti menyentuh hati. Selamat hari lahir kamu yang selalu ku rindu :)

p/s : Susah jugak nak menulis dari mata seorang lelaki. Muahaha! Errr, ok ka?

Kedua Kalinya

Wednesday, May 2, 2012

Ini kali yang kedua. Aduh, kalau begini tiap kalinya mau jadi kebun bunga bilik aku ni. Hehe. Tapi apa-apa pun aku hargai usaha beliau untuk menggembirakan aku. Lain padang lain belalang. Lain orang lain caranya. Yang pasti, aku selesa dengan cara beliau. Terima kasih yang tak terhingga.

Usaha yang berhasil buat aku terkejut lagi

p/s : Tiga kata untuk mu :)