Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Majlis Pertunangan Ekin & Firdaus

Tuesday, November 24, 2009

22Nov2009

Bahagia tengok kawan aku bahagia. Bila la giliran aku plak. Huhu. Tapi aku tak mau tunang-tunang ni. Nak kawen terus. Hehe~ Gilos gedik..!!

Aku, Leen, Ecah, Noni & Faiq pagi-pagi dah sampai rumah Ekin. Tapi sebelum nak sampai tu, sempat jugak la Ecah bawak kami jalan-jalan tengok keindahan alam (padahal sesat!). Huhu. Jenuh cari jalan. Finally, hampir pukul 9 kami sampai rumah Ekin. Sampai ja rumah Ekin masing-masing tak tau nak buat apa. Tengok ja orang lain sibok-sibok buat keja.

Yang sebanarnya kitorang lapar time tu. Sebab tu la macam tak dak tenaga ja nak tolong pape yang patut. Hehe. Nak hias hantaran aku tak pandai sangat. So, tengok ja la Leen n yang lain-lain buat. Si Faiq plak sibok dengan Cik Nelly dia je la. Punya la excited nak tengok sapa la gerangan Cik Nelly tu, rupa-rupanya kamera dia. Cis!

Posesini pose sana tak sedar jam dah pukul 11. Majlis start pukul 12. Ekin boleh buat relax je padahal, siap pun belum lagi. Bak kata Ecah 'nak make up pun sejam tau..!'

Dalam masa sejam tu, kami bertungkus lumus make up kan si Ekin. Dengan tangan terketaq-ketaq (sebab lapaq) akhirnya selesai jugak make up kan dia.



Tepat pukul 12, rombongan sampai. Aku plak yang berdebar-debar. Macam la orang nak mai meminang aku.

Kitorang lepak dalam bilik ja. Tak tau pun apa yang berlaku kat luar tu. Ada balas-balas pantun ke tak? Heh! Ingat zaman dulu-dulu ka nak pantun-pantu bagai. Sekarang ni sume express. Jap je dah selesai majlis. Tiba saat yang ditunggu-tunggu. Upacara menyarungkan cincin. Sungguh aku excited time tu. 'Macam ni la agaknya kalau aku jadi tunang dulu..' Opss!

Neway,selamat berbahagia kawan ku...!!!!


~pasangan merpati dua sejoli ekin n firdaus di hari pertunangan~

Mohd Iqmal Atif & Siti Nurul Iman

Thursday, November 19, 2009


Mohd Iqmal Atiff. Nama anak sedara aku yang lelaki. Mohd Iqmal lahir awal bulan puasa (25/o8/09)

Yang girl plak Siti Nurul Iman. Nurul Iman plak lahir pada pagi hari raya ke-2.


Special sket Nurul Iman ni. Dia lahir masa kandungan mama dia (kak aku la tu) baru 7 bulan. Pagi-pagi buta kak own (ank sulung kak aku) call gtau mama dia dah nak bersalin. Terkejut + excited sebab pagi raya tu baru ja aku ngan kak own dok sembang-sembang nak bagi nama apa la kat baby baru yang di jangka lahir pada hari raya haji. Maybe nama yg ada kaitan ngan "adha" tapi awal plak baby tu nak kuar tengok dunia. Alhamdulillah kak aku selamat melahirkan Nurul Iman secara pembedahan. 1st time bagi dia. Sebelum ni senang je dia bersalin. Tapi kali ni ada sket masalah. Baby tu tak cukup bulan, so terpaksa dijaga dalam inkubator. Degupan jantung dia lemah n  tak cukup oksigen ke otak. Kak aku plak mengalami kekejangan n sesak nafas. Berdebar aku bila dpt berita dari abg ipar aku. Tak penah lagi ahli keluarga aku yang ada masalah camtu masa bersalin. Cuak..!! Tapi akhirnya sume selamat.





Nurul Iman lahir dengan berat 1.3kg je. sekarang dah 2 bulan, berat Nurul Iman dah 2.4kg. Cumil sgt! Asyik tido ja keja dia. Susah betol nak tengok dia celik bijik mata. Ye la, dia dah biasa hidup kat hospital. Tengah nak sesoikan diri dengan persekitaran baru.







Dulu Nurul Iman minum susu dengan tiub. Kesian dia. Tapi sekarang tengah belajar minum dengan botol. Seksa tengok muka dia time minum. Minum sat dah penat. Kak aku cakap, Nurul Iman ni ada masalah sket ngan otak dia. Lambat berkembang n mungkin slow sket dari budak-budak len bila dah besar nanti. Yang penting Nurul Iman sihat. And one more thing 'bout Nurul Iman, dia tak nangis..!! Good girl. Hehe. Tapi hari raya haji hari tu ada dia nangis sket. Baru dengar suara dia. Sekali je. Saja nak bagi aku dengar suara dia la tu. Tu la 1st time aku tengok n cium dia. Nak dukung aku tak berani. Kecik sangat budaknye. Iqmal je aku berani dukung. Hehe. Iqmal ni baru 3 bulan tapi berat dia dah 5kg! Cepat sungguh dia membesar. Dan dah pandai senyum. Sweet!





Semoga anak-anak sedara aku membesar dengan sihat dan aku bakal dapat anak sedara baru lagi tahun depan. Bukan sorang tapi dua orang! Hehe. 

Sabah....Here i Come..!!!

Wednesday, November 18, 2009

2 jam setengah dalam flight memang membosankan. Setiap kali toleh ke arah tingkap, kepulan awan putih je yang aku nampak. Takdak tanda-tanda nak mendarat pun. Dalam hati aku berdoa ‘YaAllah, cepat la masa berlalu’. Bosan sungguh..!! Baca novel pun tak khusyuk. Tak sabar rasanya nak pijak bumi Sabah yang tak pernah aku singgah. Menambahkan keterujaan aku bila terbayangkan kerlipan dan kilauan manik-manik kristal dan mutiara di pasar Filipina. Hehehe.

Finally, kami selamat sampai di Kota Kinabalu International Airport. Cantik..!! Konsep aerofoil digunakan dlm reka bentuk bangunan airport. Memang kreatif..!! Teringat plak bangunan Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu yang berbentuk penyu bila dilihat dari pandangan atas. Macam besa kami dari BPK bergerak ke setiap zon di Malaysia untuk membuat kurikulum baru (Transformasi Kurikulum). Kali ni giliran zon Sabah dan Sarawak. Kak Non (Bos @ Ketua rombongan) selalu cakap kami 4 orang ni macam sarkis. Ke hulu ke hilir bawak anak beranak. Kak Non as a mother, Kak Adzwa jadi kak, En. Hashimi jadi abang n aku plak of coz la adik..!!

Sampai je kat airport, Kak Zohaidah (Pegawai JPN Sabah) dah menunggu. Kesian dia kena tunggu lama sebab flight delayed sket sebab cuaca tak ok sangat. On the way nak ke hotel, tiba-tiba plak perut aku ni memulas-mulas. Angin agaknya. Padahal sedap je melantak nasik lemak dalam flight tadi. Atas keprihatinan Kak Zohaidah, dia bagi aku ubat. Lega la sket. Thanx kak..!!

Sampai hotel. Check-in. Simpan beg. Keluar balik. Destinasi tujuan…..Pasar Filipina..!! Serbu..!!! Aku macam ada kat taman Kristal n mutiara. Tengok yang tu cantik, tengok yang ni lawa. Rasa macam nak beli semua. Tapi ada satu kedai ni, gelang-gelang kristal tu dia main longgok je. Rantai-rantai plak bergantungan seluruh ruang kedai dia. Naik pening aku tengok. Susah sangat nak wat pilihan. Last sekali apa pun aku tak beli. Hahaha. Tapi aku beli kat kedai lain. Sebelum tinggalkan pasar Filipina, aku dapat satu gelang untuk diri sendiri. Cantik dan murah.

Dah habis merayau, perut pun terasa lapar. Kak Adzwa belanja makan ikan bakar. Ada spesis ikan baru. Ikan ayam..!! Ikan tapi rasa macam ayam. Sedap!! Alhamdulillah, kenyang.
Perut kenyang, kami menapak blk hotel. Penat siot..!! Laju je kak-kak aku ni berjalan. Aku yang muda remaja ni pun hampir-hampir nak semput. Tapi depa relax je. Aku memuji dalam hati. Power..!! Hahaha.
Balak bilik, bersiap-siap untuk mesyuarat pada sebelah malamnya. Keja jangan tak keja…!!!!

Peristiwa Hari Hujan...

Adoi, malunya aku!!!

Situasi :

Hari Isnin
Hari hujan. Hujan lebat yang sangat lebat. Payung share ngan kak Ayu. Ondaway nak balik keja. Kuar ofis berlari-lari nak kejor bas. Habis basah!! Tunggu bas kat bus stop. After 5minutes, bas sampai. Kelam kabut naik bas nak elak kena hujan (padahal dah memang basah pun)

Dalam bas
Ramai plak manusia dalam bas. Tertinjau-tinjau cari tempat duduk. Tudia aih. Kat belakang sekali. .!! Jauh btol perjalanan nak sampai tempat duduk. Tengah khusyuk mengatur langkah dengan penuh ayu dan sopan santun, tiba-tiba bas bergerak n kaki tak dapat langkah yang betul. Kemudian, maakkkk…!!!!! Terjerit aku bila aku hampir-hampir nak tertiarap dalam bas tu. Nasib baik ada payung yang bertindak selaku penyelamat. Luv u la payung..!

Tak semena-mena aku jadi perhatian ramai. Malu sungguh..!! Kalau jeritan aku tu sedap telinga mendengar tak pa la jugak. Ni bunyi maccm kambing tercekik rumput je bunyinya. Tapi macam biasa lah, aku wat cool je. Konon-konon tak da pape yang berlaku. Tapi aku rasa muka aku ni dah tebal lebih dari tembok besar Cina time tu. lebih memalukan bila aku jatuh betul-betul kat depan sorang mamat ni. Kebetulan kat sebelah dia plak yang ada tempat duduk kosong. Dengan muka yang blushing (takyah pakai blusher dah!) dan hidung yang kembang kempis cover malu, aku pun duduk la kat sebelah mamat tu. Nasib la mamat tu tak hensem sangat. Kalau tak, terjejas imej aku. Hahaha.

Tapi sesungguhnya aku sangat malu time tu...!!!!!

Shoping Time

Monday, November 2, 2009

Hujung miggu lepas aku n kak Harliana memang enjoy shopping habis-habisan. Plan asalnya nak kuar KL hari Ahad. Tapi aku dah bosan sangat, kuar la g jalan-jalan kat Alamanda kesayangan ramai tu. Tiba-tiba dalam bas, dapat satu idea nak ajak kak Harliana sekali. Seperti yang di jangka kak Harliana dengan semangatnya bagitau nak join jugak. So, terpaksa la aku menunggu dia. Sementara kak aku tu nak sampai, sempat jugak aku melilau n merayau kat Alamanda. Dari dalam sampai ke luar aku tunggu. Tapi tak jugak sampai-sampai. Kebosanan telah membawa kaki ku menuju MPH. Hehe. Macam besa novel baru menjadi sasaran. Akhirnya dapat jugak novel yang dicari, MIKAIL by Ramlee Awang Murshid..!!



Dah habih 3 chapter pun tak nampak lagi batang hidung cik Harliana tu. Penat menunggu! Padahal Serdang dengan Putrajaya bukan jauh sangat pun. Tapi bas yang lambat. Camni ni la nasib orang-orang yang tak dak keta sendiri. Sangat bergantung harap pada bas yang lambat bertindak. Aku plak terus sabar menunggu, menunggu dan menunggu.

Setelah hampir 2 jam, akhirnya terlihat jugak kelibat kak Harliana. Tersenyum sambil melambai-lambai ke arah aku. Lega! Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan! Tanpa membuang masa, aku terus ajak g makan. lapar siot! Tempat tujuan aku adalah pizza hut. Bila dah boleh makan, aku melantak macam orang kebulur. Dalam masa bape minit je dah habih pizza tu aku belasah. Hahaha. Alhamdulillah, tersenyum aku kekenyangan.



Kak Harliana plak asyik sibok ngan camera dia. Snap sana snap sini. Aku tak kira dah janji leh makan. Ramai orang ingat aku n kak ni adik-beradik. Sama ka muka kami ni? Pape pun kak Harliana macam kak aku sendiri dah aku rasa. Love u kak!