Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Mohd Iqmal Atif & Siti Nurul Iman

Thursday, November 19, 2009


Mohd Iqmal Atiff. Nama anak sedara aku yang lelaki. Mohd Iqmal lahir awal bulan puasa (25/o8/09)

Yang girl plak Siti Nurul Iman. Nurul Iman plak lahir pada pagi hari raya ke-2.


Special sket Nurul Iman ni. Dia lahir masa kandungan mama dia (kak aku la tu) baru 7 bulan. Pagi-pagi buta kak own (ank sulung kak aku) call gtau mama dia dah nak bersalin. Terkejut + excited sebab pagi raya tu baru ja aku ngan kak own dok sembang-sembang nak bagi nama apa la kat baby baru yang di jangka lahir pada hari raya haji. Maybe nama yg ada kaitan ngan "adha" tapi awal plak baby tu nak kuar tengok dunia. Alhamdulillah kak aku selamat melahirkan Nurul Iman secara pembedahan. 1st time bagi dia. Sebelum ni senang je dia bersalin. Tapi kali ni ada sket masalah. Baby tu tak cukup bulan, so terpaksa dijaga dalam inkubator. Degupan jantung dia lemah n  tak cukup oksigen ke otak. Kak aku plak mengalami kekejangan n sesak nafas. Berdebar aku bila dpt berita dari abg ipar aku. Tak penah lagi ahli keluarga aku yang ada masalah camtu masa bersalin. Cuak..!! Tapi akhirnya sume selamat.





Nurul Iman lahir dengan berat 1.3kg je. sekarang dah 2 bulan, berat Nurul Iman dah 2.4kg. Cumil sgt! Asyik tido ja keja dia. Susah betol nak tengok dia celik bijik mata. Ye la, dia dah biasa hidup kat hospital. Tengah nak sesoikan diri dengan persekitaran baru.







Dulu Nurul Iman minum susu dengan tiub. Kesian dia. Tapi sekarang tengah belajar minum dengan botol. Seksa tengok muka dia time minum. Minum sat dah penat. Kak aku cakap, Nurul Iman ni ada masalah sket ngan otak dia. Lambat berkembang n mungkin slow sket dari budak-budak len bila dah besar nanti. Yang penting Nurul Iman sihat. And one more thing 'bout Nurul Iman, dia tak nangis..!! Good girl. Hehe. Tapi hari raya haji hari tu ada dia nangis sket. Baru dengar suara dia. Sekali je. Saja nak bagi aku dengar suara dia la tu. Tu la 1st time aku tengok n cium dia. Nak dukung aku tak berani. Kecik sangat budaknye. Iqmal je aku berani dukung. Hehe. Iqmal ni baru 3 bulan tapi berat dia dah 5kg! Cepat sungguh dia membesar. Dan dah pandai senyum. Sweet!





Semoga anak-anak sedara aku membesar dengan sihat dan aku bakal dapat anak sedara baru lagi tahun depan. Bukan sorang tapi dua orang! Hehe. 

1 komen:

Ekmi said...

Sedap nama siti nurul iman tuh. comey jerr..