Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Awat Tepon Anak Saya Ada Kat Awak?

Sunday, February 27, 2011

Masa : 1.45 pagi

Lokasi : dalam bilik aku


 

Henset burok aku berbunyi. Berikut antara perbualan yang berlaku.


 

Makcik A : Hello Fizan! Hang pi mana ni tak balik-balik lagi?

Aku : Hello, ya Makcik. Makcik nak cakap dengan sapa?

Makcik A : Ni sapa? Ni tepon anak saya. Pasai pa tepon anak saya ada kat awak?

Aku : saya nama aku. Makcik salah nombor kot. Apa nombor anak makcik tu?

Makcik A : 012-445****. Mana Fizan ni tak balik-balik. Pi mana tak tau.

Aku : Sah la makcik salah nombor. Try call balik.

Makcik A : Eh, saya tak tekan nombor 6 pun. Pasai pa boleh salah nombor plak.


 

Punya la payah nak explain kat makcik tu yang dia salah nombor. Tak percaya-percaya jugak. Ingat aku nak tipu? Ingat aku bersekongkol dengan anak dia si Fizan tu? Tak kuaso la den makcik uii. Kenai pun dak. Layan tidoq lagi baguih.

Tau la risau pasai anak sendiri, tapi kalau orang dah bagitau salah nombor tu tolong la terima. Buat tidoq aku terganggu tu yang bikin aku hangat.

Oh, yang si anak pun kalau keluaq pi mana-mana jangan lupa report kat mak ayah. Jangan buat depa risau. Budak-budak sekarang memang camni ka? Adoi, pening!


 


 

p/s : Next entri kisah pi konsert. Konsert sapa? Hehe. Tungguuuuuuu!!

Shamsul Qamar – Belia Perlu Berani Rebut Peluang

Thursday, February 24, 2011

"Peluang hanya datang sekali seumur hidup. Kalau kita masih takut-takut untuk mencuba dan masih takut-takut untuk ke depan sampai bila-bila pun kita akan berada di takuk lama. Belia harus berani mencuba. Tetapi harus mencuba dan merebut peluang yang terbaik. Tidak boleh lalai dalam melakukan percaturan untuk masa depan," kata Shamsul Qamar.

Bacaan lanjut boleh klik SINI


 

Wah, bangganya! Beliau merupakan senior aku masa kat SAINA. Aku? Hapo pon tak ado!! Tapi tak apo, aku akan amek kato-kato beliau jadi inspirasi dan berusaho memajukan diri.


 

Satu lagi kata-kata beliau yang melekat dalam ingatan aku sampai sekarang,

"diri jagalah diri, kalau diri tak jaga diri, rosak diri kerana diri!"


 

p/s : jaga diri baik-baik ye.

SAYA NAK! SAYA NAK!

Join segmen lagi. thehe~~



 

KLIK ->[[SEGMEN BEST NI]]<- KLIK

Kami Blogger Utagha

Wednesday, February 23, 2011



Mari bekerja keras setelah cuti. Demam dah ok, tetiba batuk pulak mai menyerang. Aduh! Sebab tu la lambat sket nak publish entri ni. (ada aku kesah? -> mungkin ni la kata-kata cik admin kat aku)

Sebenarnya aku terlambat perasan ada syarat-syarat nak join Group Kami Blogger Utagha. Muahahaha! Maafkan aku cik GKSB.

Ok, meh aku nak ceghita. Aku ni memang orang utagha. Dilahirkan di Perlis, membesar dan menetap di Kedah. Bersekolah pun kat Kedah jugak. Matrix pun kat utagha yakni Pulau Pinang. Tapi sekarang aku berada di Putrajaya. Kalau perasan la kan, kat entri pun aku guna loghat utagha.

Masih meragui ke'UTAGHA'an aku? Hm, aku habaq sekali lagi. Aku orang Kedah. Sekian, terima kasih.

Zizan & Dina Pulak

Monday, February 21, 2011

Zizan selalu dikaitkan dengan Diana Amir. Tak pun Juliana Evans. Tapi kali ni aku nak gosipkan cik abang dari Terengganu kite ni dengan Dina! Hehe. Best jugak gandingan Zizan-Dina ni. Gandingan suara dalam lagu Selamat Tinggal. Kalau yang selalu tengok Raja Lawak tau la kot lagu ni. Aku tak pernah tengok. Dengar-dengar la yaw!!


 



 

Dina:

(*) Selamat tinggal kawan ku

Tak mudah aku pergi ohho

Bila wajah mu sentiasa di hati ini


 

Zizan:


 

Ok, dan memang

Bukan mudah untuk ku menerima hakikat

Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat

Apa yang ku harapkan

Kasih sayang yang suci murni

Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi (pergi pergi)

Dulu hari

Hari ku berwarna warni

Kini kian mendung

Kian tinggal satu memori

Jangan, jangan lepaskan genggaman ku ini

Hidup ku hanya bermakna jika kau di sini


 

Mana janji mana erti

Kenapa gembira ku kini menjadi sedih

Musnah segala apa yang ku impikan

Tetapi ku tetap tabah

Kerna Tuhan yang menentukan

Kau telah pergi apa kan daya

Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya

Ku harapkan ini sesuatu yang kekal

Nah, terpaksa melepaskan mu kini

Selamat tinggal


 

Ulang (*)

Tiada ertinya kau tinggalkan aku

Sedangkan teramat ku mengasih diri mu

Cuba ingat semua yang kita pernah lalui

Sayang bukalah fikiran mu kembali

Ku tak mahu hidup tanpa mu di sisi

Hanya kamu seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi, jangan pergi

Jangan tinggalkan aku begini

Jika aku yang kau cintai

Kenapa semua ini?

kenapa semua ini?

Mengapa semua ini?

Jika aku yang kau cinta

Mengapa semua ini?


 

Dina:


 

Kenapa semua jadi begini?

Kenapa oh mengapa?

(Jangan pergi, jangan pergi)

(Jangan tinggalkan aku begini)


 

Selamat tinggal kawan ku

(usah pergi)

Tak mudah aku pergi

(jangan biar kan ku menderita)

Bila wajah mu sentiasa di hati ini

(aku sentiasa di dalam dakapan mu sayang)


 

Walau ku pergi sayang ku

(usah pergi)

Dalam jiwa ku ini

Kaulah cinta ku yang kekal

Selamat tinggal

(Jangan biarkan ku menderita di sini)

(Jangan biarkan ku terseksa di sini sayang)

Selamat tinggal kawan ku

(usah pergi)

Tak mudah aku pergi

Bila wajah mu sentiasa di hati ini

(aku sentiasa di dalam dakapan mu sayang)


 

Walau ku pergi sayang ku

(jangan pergi)

Dalam jiwa ku ini

Kaulah cinta ku yang kekal

Selamat tinggal

(aku menyintai dirimu sayang)

(jangan biarkan aku sendiri di sini sayang)


 

Kaulah cinta ku yang kekal

Selamat tinggal


 


 

(monolog dalaman)


 

Wohhooooo!! Menarik jugak suara si Zizan ni rap ye.

Woit, rap je kot. Bukannya mengaji pun!


 

p/s : Kalau ada rakaman suara Zizan mengaji, share la dengan aku. Okey?

Senyum Tak Nampak Gigi

Pagi-pagi masuk ofis, usha blog dulu. Nah, cik Kdee ada tag aku untuk join contest. Contest Senyum Tak Nampak Gigi. Maklumat lanjut boleh tengok kat blog cik penganjur.

Nah, jelling-jeling la gambar yang aku pilih!




Senyum-Tak-Nampak-Gigi

Senyum-Tak-Nampak-Gigi



 

Cukup la tu ye. Banyak-banyak kang, menyampah pulak. Aku time bergambar je senyum cenggini. Waktu lain aku lebih terdorong ke arah sengih-sengih. Heeee~~~~

Tak nak tag boleh tak? :p


 

p/s : Senyum tak nampak gigi nak cover gigi buruk. Hahaha!

Walaupun Aku Bukan Anak Murid, Tapi Dia Tetap Cikgu

Thursday, February 17, 2011

Aku balik kampong hari tu. Tapi tak ingat hari tu yang mana satu. Sebab bulan satu, aku balik kampong tiap-tiap minggu kot. Anak sedara aku yang sulung a.k.a Kak Own bagitau ada sorang cikgu SAINA masuk hospital. Cikgu sekolah dia, cikgu sekolah aku jugak. Sebab? Ya, kami satu sekolah dulu. Malah penah menginap di dorm yang sama masa aku form 5.

"Cikgu Khairuddin masuk hospital. Sakit ulser mulut kalau tak silap"

"Hah? Cikgu Khairuddin Fizik tu ka?"

"Bukan. Yang sorang lagi"

Kalau ikut popularity, memang dapat kat Cikgu Khairuddin Fizik. Tapi yang buat aku ingat sangat Cikgu Fizik tu sebab aku suka gila kelas dia. Bersemangat sungguh! Kadang-kadang terkena gak tempias dari mulut cikgu. Takpa, berkat semua tu. Hehe.

Jadi berbalik kepada Cikgu Khairuddin yang sakit tu. Beliau mengajar BM dengan Sejarah. Nasib beliau memang baik sebab tak pernah mengajar aku yang terlebih rajin dan tak pernah mengantok dalam kelas. Pagi tadi ada baca kat blog Kdee, terkejutnya aku dapat tau cikgu dah meninggal. Walaupun aku bukan anak murid yang dia pernah ajar, tapi dia tetap cikgu yang berjasa mendidik anak bangsa!

Al-fatihah. Semoga roh cikgu dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin~~


 

p/s : Fizik, aku suka kamu!

Sekali Tengok Geram, Dua Kali Tengok Seram!

Monday, February 14, 2011

Haaa, agak-agak apa yang geram apa yang seram? Kata-kata tu ditujukan kepada kaum hawa. Yang berkata-kata pulak dah tentu kaum adam. Kata-kata tu bukan rekaan tau. Memang terluah dek mulut orang lelaki.

Mesti ada yang kata,

"eeiiiii, gelinya laki ni!!"

"orang laki memang camtu, gatai!!"

Tapi, jangan terus salahkan orang laki 100%. Kalau dah orang pompuan tu sendiri yang tergolek-golek, tergedik-gedik di khalayak ramai, mata yang tak nak tengok pun terpaksa tengok. Jadi kaum hawa, jagalah etika berpakaian. Jangan terbonjol-bonjol sangat ye. Syukur la, Islam mewajibkan pemakaian tudung. Pakai tudung elok-elok, cover la apa yang patut. Labuhkan baju, tutup sket yang kat belakang tu. Patut la mak aku selalu bising kalau aku pakai baju singkat sket. Hudoh rupanya. Ni kisah zaman awal remaja dulu-dulu la. Hehe.

Jom muhasabah diri. Adakah anda benar-benar menutup aurat atau membungkus aurat? Renung-renungkan dan selamat berubah.

Tak boleh berubah banyak, kita berubah sket-sket. Perubahan drastik ni kadang-kadang tak berkesan. Takot-takot kita tak ikhlas dan jadi lebih teruk dari asal. Pengalaman mengajar.



 

p/s : Lebih rela orang tak lalu pandang aku, dari di usha penuh bernafsu. Tak rela u!!!! Abang-abang dan kakak-kakak RELA pun belum tentu rela tau. Auwwww!!

Suka-suka Sukaneka

Lama jugak aku berdiam diri ye. Banyak luahan jiwa yang nak aku hamburkan kat sini, tapi aku pendam dulu. Tunggu sampai ada perasaan nak menulis semula. Menulis tanpa perasaan, akibatnya jadi entri sampah. Ada ke orang suka sampah? Kalau sampah boleh kitar semula ok la kot. Kalau sampah buat menyemak pandangan mata, buat sakit jiwa raga, baik tak yah ada kan?

Jadi hari ni aku nak cite kisah Sukaneka BPK. Kami menumpang kat padang Sekolah Sains Alam Shah (SAS), Putrajaya. Aku dengan giatnya join acara Ketam Kembar, Susun Bata & Project Runway.

Ketam Kembar ~ Jalan mengiring macam ketam sambil kepit bola. Bapak besar bola tu! Acara ni kena berpasangan. Aku berganding bahu dengan Kak Aida. Strategi baik punya. Akhirnya, Rumah Biru menang. Yeah!!

Susun Bata ~ Acara paling seksa. Kena susun 4 biji bata sambil berjalan. Rumah Biru kalah teruk. Hahaha.

Project Runway ~ Menghias model menggunakan suratkhabar, tisu, tali dan lain-lain berdasarkan tema ETNIK. Masih ada ciri-ciri etnik, maka dapat la tempat ketiga. Ok la tu kan dari penat-penat mereka dan memperaga dengan gediknya, tapi tak menepati tema. Kesian!

Secara keseluruhan, Rumah Biru dapat tempat kedua. Saja bagi ruang dan peluang kat Rumah Hijau yang bersemangat waja a.k.a gigih. Kalau tak menang, memang aku nak gelak besar. Gelak besar punyaaaa!!!





 


 

p/s : Best jugak sekali-sekala bersukan ala-ala budak tadika ni.

Diam

Thursday, February 10, 2011

Diam lebih baik

Lebih baik dari banyak cakap/tulis

Banyak cakap/tulis banyak salah

Banyak salah banyak dosa

Banyak dosa??


 

Diam lebih baik

Lebih baik dari cakap/tulis merapu

Cakap/tulis merapu orang kutuk

Orang kutuk aku suka

Suka??


 

Suka hati aku laaaa!!


 

Kegigihan



 



 


 

p/s : Marah bukan sifatku <---- KLIK JANGAN TAK KLIK! Hehe :)

Blog Bersenam

Wednesday, February 9, 2011

Best weh layan rokok hari ni. Sebab makcik tu tak dak. Hehe. Leh la lepak dalam toilet dengan aman. Kalau tak paham, boleh rujuk entri lepas untuk gambaran yang lebih jelas. Terima kasih.


 

Ada sedikit pesanan:

"Bersenam ikut kemampuan, bukan dengan tujuan nak bersaing dengan orang lain"


 

Na haih, memang kena kat batang hidung sendiri la! Bukannya aku bersenam apa sangat pun. Takat jogging 3 4 round pusing tasik. Ok, tipu. Jogging berselang-seli dengan berjalan melenggang kangkung.

Nak dijadikan kisah, ada la sorang mamat kasut merah ni. Penjogging setia la kiranya kat tasik tu. Asal aku pi, mesti ada muka dia.


 

Anon : Hensem ke?

Aku : Weh, aku pi bersenam laa derr. Bukan nak usha orang.


 

Suci murni kan niat aku? Hahaha. (Tak lawak pun!) Mamat kasut merah tu kalau nak tau, aku belum habih pusing tasik tu dia dah masuk second round. Panas je rasa hati tiap kali dia berlari memintas aku. Sejak itulah dah tanam azam nak bersungguh-sungguh bersenam supaya dapat bersaing dengan mamat kasut merah tu.

Tapi,

Bila baca pesanan kat atas tu, aku mula bermuhasabah diri. Hmmmm.. Aku mula bandingbezakan kasut aku dengan kasut dia. Memang jauh beza. Kalau kasut pun dok bau kedai lagi, takyah berangan nak bersaing dengan otai. Slow-slow la kan. Mamat kasut merah tu pun bukannya terus bermula dengan larian 20 pusingan tanpa henti. Ye dak?

Sama la jugak dengan dunia blog ni. Isyk, pikiaq sendiri laaa. Aku nak pi usha mamat kasut merah tu. Eh, tersasul pulak. Eh Eh!


 

p/s : Baru perasan aku pun dapat email dari PM. Rasa bangga sat. Ngeh!

Hujan Lagi Hati Ini

Tuesday, February 8, 2011

Letih malam kelmarin baru terasa hari ni. Berniat nak MC tadi. Alasan, mengantuk tahap nak pengsan. Tapi bila pikiaq balik kes kelewatan masuk keja yang sama banyak dengan bilangan cuti yang dah habih, maka aku gagahkan jugak melangkah. Nak bagi hilang sket rasa mengantuk yang menyerang, aku lepak kat toilet hisap rokok barang dua tiga pam dulu. Baru nak layan, kantoi pulak dengan makcik yang menguruskan hal ehwal toilet. Potong stim betoi.

Apa lagi, berdesup lari pi duduk kat tempat buat keje diam-diam. Hilang jugak rasa mengantuk aku. Benarlah kata pepatah ~ "hujan emas di negeri orang, hutan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri" (cuba kaitkan jugak!)

Tapi kalau hujan di hati? Layan je la lagu ni. Aku nak pi usha rokok aku yang tertinggal tadi. Ntah-ntah makcik tu dah sapu habih.




 


 

p/s : Baca boleh, percaya jangan! Araso??

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG! ANDA BAGAIMANA??


 

p/s : Jika huruf 'a' di akhir perkataan diganti dengan 'eww', maka ayat di atas akan berbunyi lagu mana? Try laaa. Comey kot. Haha!

Kawen Muda

Monday, February 7, 2011

Sambungan entri lepas...

05 Feb 2011, kenduri sedara aku. Nak harap kenduri aku memang tak la. Belum sampai masanya. Sabaq dulu noooo.

Aku malas nak tulis panjang-panjang. Tengok je la gambaq yang ada ni. Pun malas jugak nak letak banyak-banyak.



Pengantin baru, Hafiz & Aznida.


Pengantin muda. Muda dari aku kot. Tercabar i tau.


Ala omak, kawenkan den. Ahaks!



 

p/s : Izinkan aku berangan sat. kelopak kelopak kelopak kelopak cantum cantum cantum cantum kelopak kelopak cantum cantum kelopak cantum kelopak cantum!! (ada bunyi kompang tak?) :P

Nak Jugak Update~

Thursday, February 3, 2011

Debaran kian terasa.




Nantikan acara kemuncak pada 05 February 2011.

Dupdapdupdapdupdap.


 

p/s : Pulun!!!

Di Gigit Toyol. Adoiii!!!

Tuesday, February 1, 2011


Update terus dari kampong halaman. Nyaman sungguh angin sepoi-sepoi bahasa kat kampong. Kesejukan menggalakkan aku memerap dalam bilik, tidoq dan terus bermimpi. Hari pertama je la dok layan tidoq sampai petang. Letih weh. Penangan naik bas persiaran yang macam kuda. Dah la dok belakang. Memang menarik la terhentak-hentak. Bergegar kepala otak!! Tapi alhamdulillah selamat sampai Kedah jugak. 

Selama 3 hari di kampong, dah macam-macam aku masak. Tak perlu la aku senaraikan. Masak simple je. Tapi aktiviti yang paling best setakat ini adalah aktiviti bermain dengan si toyol hijau. Aku bagi dia makan, sebagai balasan bukan nak ucap terima kasih pun. Bagi gigitan cinta lagi ada la. Habih lebam tangan aku. Hampeh punya toyol.

Tunggu la. Ada ubi ada batas. Kalau kau muncul lagi, siap kau aku libas. Tunggu kau toyol. Tungguuuu!!!




Ni ha si toyol hijau. Semangat gila memburu belalang.


Konon-konon dia la yang cabut bulu burung tu. Ceh! Tau makan ada laaa.

 
p/s : Seram gila cite toyol yang dulu-dulu tu. Pueh pikiaq tak ingat pulak nama watak dalam cite tu.