Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Blog Bersenam

Wednesday, February 9, 2011

Best weh layan rokok hari ni. Sebab makcik tu tak dak. Hehe. Leh la lepak dalam toilet dengan aman. Kalau tak paham, boleh rujuk entri lepas untuk gambaran yang lebih jelas. Terima kasih.


 

Ada sedikit pesanan:

"Bersenam ikut kemampuan, bukan dengan tujuan nak bersaing dengan orang lain"


 

Na haih, memang kena kat batang hidung sendiri la! Bukannya aku bersenam apa sangat pun. Takat jogging 3 4 round pusing tasik. Ok, tipu. Jogging berselang-seli dengan berjalan melenggang kangkung.

Nak dijadikan kisah, ada la sorang mamat kasut merah ni. Penjogging setia la kiranya kat tasik tu. Asal aku pi, mesti ada muka dia.


 

Anon : Hensem ke?

Aku : Weh, aku pi bersenam laa derr. Bukan nak usha orang.


 

Suci murni kan niat aku? Hahaha. (Tak lawak pun!) Mamat kasut merah tu kalau nak tau, aku belum habih pusing tasik tu dia dah masuk second round. Panas je rasa hati tiap kali dia berlari memintas aku. Sejak itulah dah tanam azam nak bersungguh-sungguh bersenam supaya dapat bersaing dengan mamat kasut merah tu.

Tapi,

Bila baca pesanan kat atas tu, aku mula bermuhasabah diri. Hmmmm.. Aku mula bandingbezakan kasut aku dengan kasut dia. Memang jauh beza. Kalau kasut pun dok bau kedai lagi, takyah berangan nak bersaing dengan otai. Slow-slow la kan. Mamat kasut merah tu pun bukannya terus bermula dengan larian 20 pusingan tanpa henti. Ye dak?

Sama la jugak dengan dunia blog ni. Isyk, pikiaq sendiri laaa. Aku nak pi usha mamat kasut merah tu. Eh, tersasul pulak. Eh Eh!


 

p/s : Baru perasan aku pun dapat email dari PM. Rasa bangga sat. Ngeh!

2 komen:

Anonymous said...

merapu... penat je aku bace...( luahan yg jujur)

::Miss Pikon:: said...

anon : meleleh hingus aku baca komen hang (jujur gak ni)