Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Suka-suka Sukaneka

Monday, February 14, 2011

Lama jugak aku berdiam diri ye. Banyak luahan jiwa yang nak aku hamburkan kat sini, tapi aku pendam dulu. Tunggu sampai ada perasaan nak menulis semula. Menulis tanpa perasaan, akibatnya jadi entri sampah. Ada ke orang suka sampah? Kalau sampah boleh kitar semula ok la kot. Kalau sampah buat menyemak pandangan mata, buat sakit jiwa raga, baik tak yah ada kan?

Jadi hari ni aku nak cite kisah Sukaneka BPK. Kami menumpang kat padang Sekolah Sains Alam Shah (SAS), Putrajaya. Aku dengan giatnya join acara Ketam Kembar, Susun Bata & Project Runway.

Ketam Kembar ~ Jalan mengiring macam ketam sambil kepit bola. Bapak besar bola tu! Acara ni kena berpasangan. Aku berganding bahu dengan Kak Aida. Strategi baik punya. Akhirnya, Rumah Biru menang. Yeah!!

Susun Bata ~ Acara paling seksa. Kena susun 4 biji bata sambil berjalan. Rumah Biru kalah teruk. Hahaha.

Project Runway ~ Menghias model menggunakan suratkhabar, tisu, tali dan lain-lain berdasarkan tema ETNIK. Masih ada ciri-ciri etnik, maka dapat la tempat ketiga. Ok la tu kan dari penat-penat mereka dan memperaga dengan gediknya, tapi tak menepati tema. Kesian!

Secara keseluruhan, Rumah Biru dapat tempat kedua. Saja bagi ruang dan peluang kat Rumah Hijau yang bersemangat waja a.k.a gigih. Kalau tak menang, memang aku nak gelak besar. Gelak besar punyaaaa!!!





 


 

p/s : Best jugak sekali-sekala bersukan ala-ala budak tadika ni.

3 komen:

kella said...

rumah biru! isshhh masa sekolah dulu pun pernah masuk rumah biru! eiii.. terkenang kenang sukaneka dulu dulu..

::Miss Pikon:: said...

1st time rumah biru. time sekolah dulu asyik rumah kuning je.

Ekmi said...

biru rumah jati, kuning angsana. hihi
bestnya bersukaneka!