Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Sehari Selembar Benang, Lama-lama Kenyang

Sunday, October 24, 2010


Hoho. Hari sabtu yang sangat best. Jalan-jalan perabih duit kat Pavilion. Konon-konon banyak duit la. Padahal ada berapa ringgit ja dalam beg duit. Niat asal nak pi tengok wayang saja. Ulangan tengok wayang saja! Tapi bila balik ada dua beg plastic kat tangan. Damn! Aku memang susah nak menolak bila nampak tanda peratus (%) yang ada nombor kat depan dia. Lagi besaq nombor tu lagi la jadi macam orang gila nak itu nak ini. Punya la berputar belit nak habaq ada diskaun ja pun. Ceh!

Pusing punya pusing, belek punya belek terjumpa la satu blazer yang sangat smart. Cantik okey. Tak sampai hati nak lepaskan. Takot balik nanti terbawak-bawak dalam mimpi. Hehe. Kalau dah berkenan tu nampak cantik aje. Sama gak macam orang tengah bercinta. Semua nampak elok. Kentut pun bau wangi. Sebab tu la orang guna istilah "sedang mabuk bercinta". Orang mabuk kan otak ting tong. Tak leh nak beza mana elok mana dak. Jalan pun melelong. Pasai tu la depa jalan berkepit-kepit. Bukan apa, takot jatuh.

Woi, hang dok merapu apa ni? Apa kaitan hang shoping dengan orang bercinta??!

Woot! Woot! Sapa kata tak dak. Time shoping la buleh buat pemerhatian trend bercinta antara manusia. Pompuan-pompuan, pompuan-laki dan laki-laki pun ada! Anda masuk kategori mana? =p

Sudah-sudah tu. Melalut sket-sket sudah.


Berbalik kepada kisah blazer smart tadi. Memang ditakdirkan dia jadi milik aku. Al-kisahnya, aku dah nak blah menuju kedai lain. Tetiba terpandang plak seraut patung sexy tanpa kepala menggayakan blazer itu. Perghhh! Terus kaki tak leh melangkah pergi selagi tak cuba-try-test blazer tersebut. Kalau dah aku usha tak lepas tu memang aku nak la tu. Tapi tak dak saiz S. Sedikit kecewa. Bukan sedikit sebenarnya. Sangat kecewa. Kecewa banyak sangat.



Kemdian, otak geliga aku mula terpikiaq mungkin yang ada pada patung sexy tu saiz S. Dan memang tepat sekali!! Tersengih la aku buat beberapa saat. Akhirnya berjaya jugak aku habihkan duit di situ. Yes! Yes!


Lepas ni kalau ada orang tanya,

"Hang beli kat mana blazer tu?"

Buleh la aku dengan bangganya jawab,

"I beli kat Pavilion okey. Hahaha"

Lepas ni kalau tak dak duit nak makan, hang makan la blazer tu ye Anie. Sehari selembar benang, lama-lama kenyang. Heh!



Cantik di mata aku tak semestinya cantik di mata orang lain. Cuba kaitkan dengan orang bercinta. Haha.

 


 


 

Hepi Besday Sayangku

Friday, October 22, 2010

Hari ni 22 Oktober 2010, merupakan hari ulang tahun kelahiran Puan Siti Zaliha binti Mahmood yang ke-67!

Aku doakan semoga beliau panjang umoq dan bahagia selalu. Aku akan berusaha sedaya upaya aku untuk memberi kebahagiaan kepada beliau.

Janji aku kepada diri sendiri:

  1. Jangan biaq ada ayaq mata kesedihan merembes keluaq dari mata sayu beliau walaupun setitik sebab aku!
  2. Jangan buat beliau terasa hati, susah hati, marah atau sebagainya.
  3. Tak melawan cakap beliau lagi. (T_T)
  4. Sayangi beliau sepenuh hati.
  5. Tunaikan permintaan beliau selagi termampu.


 

Ya Allah,

sesungguhnya aku banyak berbuat dosa dengan insan ini. Kau ampunkanlah dosa-dosa ku ya Allah.




 

Ya Allah Ya Tuhan ku,

Kau cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil.




 

Aku sayang beliau. Sayang sangat-sangat!! Beliau adalah mak kesayangan aku dunia akhirat.

Patut La Berbunyi!

Sunday, October 17, 2010




Korang tau tak apa benda alah ni? Rasa macam pernah nampak tak? Sebab benda ni aku terpaksa melangkah ke Alamanda tanpa rela! Pelik tapi itulah hakikat. Serius aku malas nak keluaq, tapi disebabkan keinginan untuk *menerai baju baru maka aku gagahkan jugak melangkah.


Boleh pulak akak cashier tu tak buka benda ni. Patut la sensor berbunyi waktu aku melangkah keluaq dari Parkson semalam. Memandangkan aku tak dak buat salah, aku abaikan saja bunyi itu. Dah sampai rumah baru perasan ada benda tu tergantung elok ja kat baju.




Buang masa dan duit aku ja. Bila dah sampai Alamanda tu, tak sah la kalau tak membeli. Tak pasai-pasai aku memborong barang dapur konon-konon nak masak asam pedas ayam. Tapi akhirnya asam pedas jadi nasik goreng ja. Hahaha!!
Tu ja nak ceghita. Chow! Oh, lupa. 

Menerai = Mencuba dengan penuh keciwi
Keciwi = tak tau nak explain

*****

Buat sesi Mari Belajar Istilah Loghat Utagha pun syok gak ni ya.

 

Sepenuh Hati

Wednesday, October 13, 2010


Separuh hati + Separuh hati = Sepenuh hati


 

Bagaimana harus kau luahkan
Perasaan mu pada ku
Yang selama ini kau pendamkan
Dalam diam mu

Sukarnya kau berterus-terang
Tentang perasaan itu
Bimbang seandainya tak ku terima
Musnahlah harapan mu itu

Bagaimana harus engkau menghadapi
Semua ini
Sedangkan kau menyintai ku sepenuh hati
Tak mudah untuk kau melupakan diri ku
Aku bagi mu
Segala-galanya

Pada yang Maha Kuasa
Kau panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hati ku
Kan kau buktikan kejujuran cinta mu
Jangan biarkan keraguan
Menghantui jiwa ku
Dalam kau menanti semua kepastian
Dari bibir ku oh kasih

Kasih dan sayang
Cinta dan rindu
Tersemat di jiwa mu
Usah biarkan kau kecewa
Membalut luka
Agar ku mengerti
Yang selama ini
Kau menyintai ku


 

[nak muntah hijau!!]

Bersabarlah!

Ku nanti saat itu.



Pasti!


 

Mungkin belom tiba masanya.

Bersabarlah!

12.10.1986 – 12.10.2010

Tuesday, October 12, 2010


"Hepi Besday Anie! Semoga panjang umoq, murah rezeki, bahagia dunia akhirat & cepat dapat jodoh"

Tu la antara isi penting ucapan dari kawan-kawan. Terima kasih untuk semua! Tak tau pasai apa rasa terharu sangat. Kira ayaq mata bertakung la.

Harapan aku ~ jadi lebih baik dari semua aspek. Di ampunkan dosa-dosa sepanjang hidup di dunia ni. Berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Mendapat jodoh yang di redhai. Semoga masih berkesempatan sambut ulang tahun kelahiran yang ke-25 dan seterusnya. Amin.

*****

Sampai ja opis pagi tadi, belom pun sempat aku duduk. Tiba-tiba bos dah jerit

"hepi besday Siti!"

Time tu beliau sedang bertungkus lumus nak buat nasik ulam. Special for my besday! (Perasan sendiri) Haha. Bos aku memang suka masak dan aku suka makan. Kena sangat la tu. Simple je resipi nasik ulam ni. Nak try boleh la.

Resipi nasik ulam:
Nasik yang dah sejuk
Macam-macam jenis ulam (ikot suka la nak letak ulam apa pun)
Bawang merah/bawang besaq
Kerisik
Ikan masin /udang kering
Garam

Cara nak buat:
Gaulkan sume bahan-bahan di atas sampai sebati yakni tak dak nasik yang berketul. Oh, ya. Ulam dan bawang tu sila hiris halus dan mulus ya. Tak la tercekik bila makan. Ikan masin tu jangan pulak hantam bubuh sekoq. Tumbuk biaq hancoq. Udang kering pun sama. Kalau masih tak masin, tambah garam sket. Siap untuk di makan!

Selamat mencuba =)


Tak sempat nak jamah nasik ulam tu, Ina ajak pi bekfes plak. Melantak roti teloq + teh tarik. Makan-makan, sembang-sembang, gosip-gosip tengok jam dah pukui 8 lebih. Haha! (pada hal masa keja mula pukui 7.30 pagi)



Balik dari bekfes, tengok atas meja, ada plak hadiah. Dari kak Adzwa rupanya. Hehe. Ada jugak yang sudi bagi hadiah.


Tak sampai tengahari, perot dah lapaq balik. Nafsu makan saya tengah membuak-buak sekarang ni. Tanda-tanda cik P nak mai melawat. Kemudian, Haslina bagi cadangan yang tak mampu saya tolak. Pi cari makan kat Alamanda. Cari waffle A&W yang saya mengidam dua tiga hari ni. "Macam orang mengandung plak Anie ni" komen Ina dan Haslina. Saya hanya mampu tersengih.


Inilah dia 7frutti wonder waffle A&W yang aku idamkan. Kena plak dengan root beer float. Gandingan ideal yang buat aku terpaksa tahan muntah sepanjang jalan nak balik opis. Muak gila kot makan banyak sangat eskrem!

 
Inilah dia coretan hidup di hari lahir aku yang ke-24.

 
Apa rasa umoq dah bertambah?
Saya rasa tua. Serius!

*****

Awat dok pulun tunggu besday wish dari orang tuh?? Macam *&^%$$%^^ la hang ni Anie oiiii~~!!

Mitos Muka Sama

Sunday, October 10, 2010


Pada tarikh 5 hingga 7 Oktober yang lepas, aku berada di Aloq Setaq. Warga unit Sains Teras BPK berkampung di Hotel Starcity untuk mesyuarat terjemahan yang tak habih-habih.

 

Info: Mulai tahun depan matapelajaran Sains sekolah rendah di panggil Dunia Sains dan Teknologi (DST). Murid Tahun 1 tahun depan akan belajaq dalam bahasa ibunda yakni bahasa Melayu (SK), bahasa Cina (SJKC) dan bahasa Tamil (SJKT).
Nak info lagi? Kalau ada permintaan, nanti aku buat entri khas. Hehe.

 

Bila dah sampai Aloq Setaq, tempat wajib singgah mesti la Pekan Rabu. Setelah dua tahun lebih gak kot tak jejak kaki kat Pekan Rabu tu. Nostalgia woh! Lokasi pertemuan aku dan dia di zaman dahulu kala. Lokasi yang merakamkan episod suka duka hidup aku. Lokasi yang jadi saksi baik buruk tingkah laku aku. 

[Siot! Apsal nak ungkit-ungkit??]

Kagum gak la tengok Pekan Rabu dah ada escalator. Nasib baik dah baca kat blog Sha, kalau tak mesti jakun gila babey tengok ada escalator. Haha. Makcik pakcik yang dok lepak tadah bekas kosong kat atas jejantas pun dah tak nampak kelibat. Tu la perubahan yang aku nampak. Yang lain masih sama.

Cendol pulut dan laici kang masih sedap seperti dulu. Tapi terkilan jugak tak sempat nak makan nasik ayam kegemaran. Menu wajib time dating. Nasik ayam + Nescafe O ais. Rindu Abang Long (ceh, tetiba!)


Ok, gambaq pulak! Hehehe…



"kami orang Kedah"
[aku dan bos]


Kepenatan tapi masih mampu tersenyum =)



Dan tetiba ada cikgu cakap muka aku sama dengan cikgu ni. Ya ka??

******

Betoi ka kalau jumpa 7 orang muka yang sama dengan kita ada makna tertentu? Apa makna dia ya? Aku dah lupa mitos tu.

Soal Jawab

Thursday, October 7, 2010


Sampai rumah, terus capai lappy kesayangan ku. Rindu bangat sih! Maklum lah dah tiga hari berjauhan. Hehe. Niat di hati nak update cerita di Aloq Setaq, tapi tengok ada tag pulak dari diriku. So, layan je la. Next entri aku story kisah di Kedah. =)

 

 
1. Apa yg sedang bermain di fikiran anda sekarang??
Masih teringat-ingat gegaran dasyat ketika penerbangan menerjah awan tebal tadi. Syukur tak dak apa-apa. Tapi sentap jugak la.

 

 

2. Apakah nama samaran anda?
Ani, Siti & Hanie

 

 
3. Senaraikan 3 orang yg anda sayang.
La, apsal 3 orang je? Aiyak! Ok2, demi tak menghampakan yang bertanya, aku senaraikan 3 tersayang iaitu;

 
Mak
Mak
Diri ku (bukan yang meng'tag' aku tu ye.. hehe~)

 

 
4. Panggilan utk si dia..
Si dia?? hmm, bila dah ada panggilan nanti aku update. Atau lebih tepat lagi bila dah ada si dia nanti. ;p

 

 
5. Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa..
Teristimewa pulak?? Andai kata ada yang teristimewa itu, aku impikan cinta yang kekal sampai syurga. Eceh!

 

 
6. Blog mana yang paling suka di 'visit'??
blog yang aku follow & selalu update. Jadi, rajin-rajin la update blog anda ye.


 
7. Tag pada 15 rakan blogger anda...
Malaih! Haha.. Sapa nak jawab, dialu-alukan. Peace!!

Berpisah Jua

Tuesday, October 5, 2010


Selamat tinggal sayang. Berpisah kita untuk sementara. Maafkan daku kerna terpaksa meninggalkan mu. Aku tak mampu untuk membawa kau dan dia. Aku terpaksa membuat pilihan. Maafkan aku sekali lagi kerna tidak memilih diri mu sayang. Tapi jangan tuduh aku curang. Tak, sayang! Aku masih setia. Jangan risau, aku pasti kembali. Aku pasti akan merindui mu sepanjang pemergian ku ini. Selamat tinggal sayang. Jaga diri baik-baik. Aku ingin kau tahu bahawa betapa indahnya memiliki mu.





Kau tetap kesayanganku. Oh, my lappy!

 


 

p/s : Mau pi Aloq Staq. Weehoooooo~~!! \(^_^)/

Keserasian Anda dan Si Dia Melalui Zodiak

Monday, October 4, 2010


Ok, aku ada keja nak buat. Sebelum tu, aku nak curik sket masa untuk mempublishkan benda alah ni. Benda ni dah tersebar lama kot. Tapi layan je la ye.

Mesti hampa semua suka baca pasai zodiak ni kan. Kalau baca REMAJA, tang horoskop besday tu la aku pulun baca dulu. Hehe. Saja suka-suka. Kadang-kadang ada jugak persamaan. Baca boleh, percaya jangan! Anggap saja itu hanya kebetulan. Biasa sangat dah baca rahsia peribadi melalui zodiak kan? Kali ni nah cuba-try-test KESERASIAN HAMPA DENGAN BAKAL ROOMMATE SEUMUR HIDUP HAMPA MELALUI ZODIAK.

p/s: perkataan Bakal-Roommate-Seumur-Hidup tu boleh jugak diganti dengan lain-lain perkataan yang sesoi. Macam aku, aku try dengan Bekas-Bakal-Roommate-Seumur-Hidup-Yang-Dah-Jadi-Roommate-Orang-Lain. Hahahaha!

Cara-cara:
1. Mesti tau zodiak masing-masing.
Aries (21 Mac – 20 April)
Taurus (21 April – 20 Mei)
Gemini (21 Mei – 20 Jun)
Cancer (21 Jun – 20 Julai)
Leo (21 Julai – 21 Ogos)
Virgo (22 Ogos – 22 Sept)
Libra (23 Sept – 22 Okt)
Scorpio (23 Okt – 22 Nov)
Sagitarius (23 Nov – 20 Dis)
Capricorn (21 Dis – 19 Jan)
Aquarius (20 Jan – 18 Feb)
Pieces (19 Feb – 20 Mac)

2. Tengok nombor apa yang bertembung antara zodiak hampa dengan si dia itu.
        Cth: Aquarius + Libra = 1 = sehati sejiwa!(konon)

3. Baca pengertian nombor tersebut. Sekali lagi aku pesan. BACA BOLEH, PERCAYA JANGAN. Okey?

Bakal Roommate Hampa
HampaAriesTaurusGeminiCancerLeoVirgo
Aries452617
Taurus545261
Gemini254526
Cancer625452
Leo162545
Virgo716254


Bakal Roommate Hampa
HampaLibraScorpioSagiCapriAquaPieces
Aries371625
Taurus737162
Gemini173716
Cancer617371
Leo261737
Virgo526173


Bakal Roommate Hampa
HampaAriesTaurusGeminiCancerLeoVirgo
Libra371625
Scorpio737162
Sagi173716
Capri617371
Aqua261737
Pieces526173


Bakal Roommate Hampa
HampaLibraScorpioSagiCapriAquaPieces
Libra452617
Scorpio545261
Sagi254526
Capri625452
Aqua162545
Pieces716254


 


 

NOMBOR 1? SEHATI SEJIWA..
Perghhhh, cayalah! Hampa dua memang sehati sejiwa. Kalau nak hubungan berkekalan dengan jayanya, perlulah bijak atur strategi. Apa yang penting? Kerjasama! Hampa ni sependapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan sangat penting untuk jujur sesama sendiri. Banyak persamaan antara hampa dua. Sedikit sebanyak membantu membantu dalam keharmonian hubungan hampa.

Tapi! Barang diingat, yang indah itu hanya sementara. Pasti akan ada masalah yang melanda. Pandai-pandai la guna kematangan hampa supaya tak terpengaruh dengan orang sekeliling yang berpotensi menggugat hubungan hampa. Dengan kematangan fikiran, hampa pasti boleh menangkis segala fitnah atau khabar angin dengan mudah. Go baby go! Hampa pasti boleh!

 

NOMBOR 2? SALING MEMAHAMI
Bertuahnya hampa! Bukan semua orang boleh mengamalkan sikap seperti ni. Sikap saling memahami ni dapat mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Ye la, kalau masing-masing dok buat perangai penting diri sendiri macam mana nak kekal ye dak? Kalau ya pun hampa ada prinsip sendiri, tapi tu bukan alasan untuk mementingkan diri sendiri.

Dua-dua pihak perlu tau untuk memainkan peranan masing-masing. Jangan harap pasangan je yang paham hampa, tapi hampa tak pulak cuba nak paham si dia. Mungkin komunikasi yang baik dapat memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Andai kata ada yang tak puas hati, luahkan. Jangan simpan dalam hati.



NOMBOR 3? SALING MEMBANTU
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pepatah ni sangat sesoi dengan hampa. Baguih kalau macam ni. Tak rugi saling membantu. Tapi kalau si dia mintak bantuan sampai boleh menjejaskan diri sendiri, baik pikiaq lapan belas ratus kali dulu. Contohnya si balak mintak tolong bayaq hutang-hutang dia padahal si makwe tak berkemampuan. Tak kan nak tolong gak kot. Agak-agak la kan. Sama gak si makwe pun. Jangan terlalu mengharap pertolongan macam tak reti nak berdikari sendiri. Selalunya orang yang saling membantu ni ada sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tak mau orang tau kelemahan dia (ya ka?). Orang yang saling membantu ni jugak dikatakan pandai membaca isi hati. Apa lagi, guna kan kelebihan ni untuk luahkan apa saja yang terbuku di hati.

 

NOMBOR 4? TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA
Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap anda berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, anda masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan anda, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan anda. Susah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perasaan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, anda perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk anda boleh memberi kesan pada diri anda sendiri.

 

NOMBOR 5? SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO
Mahu tapi EGO! Itu yang membuatkan anda berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan anda berdua sanggup berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin anda boleh menipu orang lain yang anda tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan anda yang terlalu kuat mengatakan yang anda sayangkannya.

Jika anda benar-benar sayangkannya tak salah kalau anda tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana anda sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan sendiri dan terimalah hakikat yang anda berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.

 

NOMBOR 6? KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN
Walaupun anda masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan perang mulut kerap terjadi kerana anda berdua saling tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi anda kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan hubungan anda berjalan baik dan tak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah anda bertolak ansur dan memahamisi dia. Bukannya apa…anda tentu tidak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja. Dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun anda sentiasa bersikap panas hati bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar. Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia. Jadi kenalah siram dengan air. Pandai-pandailah anda ye..

 

NOMBOR 7? TIDAK SERASI LANGSUNG
Huwaaaaaa…. Janganlah menangis. Tak serasi langsung mungkin sebagai kekasih tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesoi kot. Jangan pula anda berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declare war! Isyk..sekurang-kurangnya anda masih boleh bersahabat dan manalah tau kalau jodoh anda kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan? Jika anda benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta anda itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu. Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiran anda. Mungkin anda berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesoi untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup anda. Bukankah anda mahu si dia menemani anda sepanjang hayat anda?



Apa macam? Serasi kah anda dengan si dia? Semua ni rekaan semata. Jangan percaya sangat. Selamat mencuba…

Hadiah Mee Goreng Versi Bajet Ciput

Saturday, October 2, 2010


Salam. Selamat pagi!

Hm, semalam BPK adakan perhimpunan bulanan. Sekali dengan jamuan raya. Wah, makan free lagi ye! Tak nak cakap pasai makan. Makanan tak best sangat pun. Kecewa!

Buat pertama kali nya aku dapat bertentang mata dengan pengarah baru BPK iaitu Datu Dr Hj. Julaihi Hj. Bujang. Bertentang mata di sini bermaksud aku buleh tengok anak mata beliau, beliau pun buleh tengok anak mata aku dalam jarak dekat. Selama dia mula bertugas sejak Julai lepas, sekali pun aku tak pernah nampak rupa paras beliau. Sekali dah jumpa, nah hambek! Siap lawan usha lagi. Hahaha.

Sebagai bos baru, banyak pembaharuan yang beliau rancang. Dari integriti, cara kerja sampai la ke penampilan penjawat awam. Kata-kata beliau buleh tahan jugak berapi nya. Penuh sinis. Banyak benda yang dia komen. Tapi ni je point penting:
  1. Amalkan 3E – Economy, Efficiency and Effectiveness
  2. Elakkan 3P – Pembaziran, Pemborosan dan Penyelewengan
Dah cukup. Aku nak tayang gambar pulak.




Taraaaa!! Aku suka cd itu. Hadiah besday ku yang bakal tiba. Time amek hadiah ni la aku bertentang mata dengan beliau. Huhu.


Beliau.

*****

Dan pagi ni aku terlebih rajin. Aku masak mee goreng versi bajet ciput untuk sarapan. Hehe.



Curahkan mee kuning ke dalam bahan-bahan perasa (bawang putih, cili boh, kiub ikan bilis, kicap, garam) + sayur-sayuran (kubis + sawi) + fishball (ni je yang mampu)


Kacau sebati sampai masak.


Dah siap! Telur mata kerbau sebagai pelengkap.


Juadah sarapan aku pagi ni. Jom makan!

******

Hari ni cukup 14 tahun aku kehilangan ayahanda tercinta. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.

:'(