Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Mitos Muka Sama

Sunday, October 10, 2010


Pada tarikh 5 hingga 7 Oktober yang lepas, aku berada di Aloq Setaq. Warga unit Sains Teras BPK berkampung di Hotel Starcity untuk mesyuarat terjemahan yang tak habih-habih.

 

Info: Mulai tahun depan matapelajaran Sains sekolah rendah di panggil Dunia Sains dan Teknologi (DST). Murid Tahun 1 tahun depan akan belajaq dalam bahasa ibunda yakni bahasa Melayu (SK), bahasa Cina (SJKC) dan bahasa Tamil (SJKT).
Nak info lagi? Kalau ada permintaan, nanti aku buat entri khas. Hehe.

 

Bila dah sampai Aloq Setaq, tempat wajib singgah mesti la Pekan Rabu. Setelah dua tahun lebih gak kot tak jejak kaki kat Pekan Rabu tu. Nostalgia woh! Lokasi pertemuan aku dan dia di zaman dahulu kala. Lokasi yang merakamkan episod suka duka hidup aku. Lokasi yang jadi saksi baik buruk tingkah laku aku. 

[Siot! Apsal nak ungkit-ungkit??]

Kagum gak la tengok Pekan Rabu dah ada escalator. Nasib baik dah baca kat blog Sha, kalau tak mesti jakun gila babey tengok ada escalator. Haha. Makcik pakcik yang dok lepak tadah bekas kosong kat atas jejantas pun dah tak nampak kelibat. Tu la perubahan yang aku nampak. Yang lain masih sama.

Cendol pulut dan laici kang masih sedap seperti dulu. Tapi terkilan jugak tak sempat nak makan nasik ayam kegemaran. Menu wajib time dating. Nasik ayam + Nescafe O ais. Rindu Abang Long (ceh, tetiba!)


Ok, gambaq pulak! Hehehe…



"kami orang Kedah"
[aku dan bos]


Kepenatan tapi masih mampu tersenyum =)



Dan tetiba ada cikgu cakap muka aku sama dengan cikgu ni. Ya ka??

******

Betoi ka kalau jumpa 7 orang muka yang sama dengan kita ada makna tertentu? Apa makna dia ya? Aku dah lupa mitos tu.

2 komen:

diriku said...

ada mitos jgk ke?

CikSpek said...

haha.. tak tau la mitos ke apa nama dia.. pernah dengaq tak pasai tak elok amek gambaq bertiga? ha,mcm tu la lbh kurang.. ;p