Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Sehari Selembar Benang, Lama-lama Kenyang

Sunday, October 24, 2010


Hoho. Hari sabtu yang sangat best. Jalan-jalan perabih duit kat Pavilion. Konon-konon banyak duit la. Padahal ada berapa ringgit ja dalam beg duit. Niat asal nak pi tengok wayang saja. Ulangan tengok wayang saja! Tapi bila balik ada dua beg plastic kat tangan. Damn! Aku memang susah nak menolak bila nampak tanda peratus (%) yang ada nombor kat depan dia. Lagi besaq nombor tu lagi la jadi macam orang gila nak itu nak ini. Punya la berputar belit nak habaq ada diskaun ja pun. Ceh!

Pusing punya pusing, belek punya belek terjumpa la satu blazer yang sangat smart. Cantik okey. Tak sampai hati nak lepaskan. Takot balik nanti terbawak-bawak dalam mimpi. Hehe. Kalau dah berkenan tu nampak cantik aje. Sama gak macam orang tengah bercinta. Semua nampak elok. Kentut pun bau wangi. Sebab tu la orang guna istilah "sedang mabuk bercinta". Orang mabuk kan otak ting tong. Tak leh nak beza mana elok mana dak. Jalan pun melelong. Pasai tu la depa jalan berkepit-kepit. Bukan apa, takot jatuh.

Woi, hang dok merapu apa ni? Apa kaitan hang shoping dengan orang bercinta??!

Woot! Woot! Sapa kata tak dak. Time shoping la buleh buat pemerhatian trend bercinta antara manusia. Pompuan-pompuan, pompuan-laki dan laki-laki pun ada! Anda masuk kategori mana? =p

Sudah-sudah tu. Melalut sket-sket sudah.


Berbalik kepada kisah blazer smart tadi. Memang ditakdirkan dia jadi milik aku. Al-kisahnya, aku dah nak blah menuju kedai lain. Tetiba terpandang plak seraut patung sexy tanpa kepala menggayakan blazer itu. Perghhh! Terus kaki tak leh melangkah pergi selagi tak cuba-try-test blazer tersebut. Kalau dah aku usha tak lepas tu memang aku nak la tu. Tapi tak dak saiz S. Sedikit kecewa. Bukan sedikit sebenarnya. Sangat kecewa. Kecewa banyak sangat.



Kemdian, otak geliga aku mula terpikiaq mungkin yang ada pada patung sexy tu saiz S. Dan memang tepat sekali!! Tersengih la aku buat beberapa saat. Akhirnya berjaya jugak aku habihkan duit di situ. Yes! Yes!


Lepas ni kalau ada orang tanya,

"Hang beli kat mana blazer tu?"

Buleh la aku dengan bangganya jawab,

"I beli kat Pavilion okey. Hahaha"

Lepas ni kalau tak dak duit nak makan, hang makan la blazer tu ye Anie. Sehari selembar benang, lama-lama kenyang. Heh!



Cantik di mata aku tak semestinya cantik di mata orang lain. Cuba kaitkan dengan orang bercinta. Haha.

 


 


 

3 komen:

NURULekmiRabat said...

sehari mkn selembar ja? makan la 3 lembar, baru kenyang..

NURULekmiRabat said...

sehari mkn selembar ja? makan la 3 lembar, baru kenyang..

Un Phat Lee said...

buurrrp.(tetiba gua rasa kenyang)haha XD