Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Itik Oren Comey

Monday, September 26, 2011




Comey kan? Senang ja nak buat ni. Cewah, senang la sangat! Ok, mari kita lihat apa yang diperlukan untuk membuat seekor itik oren yang cute ini.


 

Bahan:

3 biji oren

Sebiji anggur hitam

Carrot

Beberapa bilah toothpick

Pisau


 

Cara membuat:

Sebiji oren diperlukan untuk membuat bahagian kepala itik. Buang sedikit bahagian kulit limau untuk membentuk mata putih seperti dalam gambar diatas.

Sebiji anggur tadi dibelah dua untuk buat mata.

Sebiji oren lagi untuk buat bahagian badan.

Sebiji oren untuk buat sayap dan jambul itik. Guna bahagian kulit saja.

Paruh dia guna carrot. Pastikan carrot tu saiz dia tak gedabak sangat. Kang jadi macam bibir terlebih kolagen plak.

Gabung bahagian-bahagian tersebut guna toothpick. Tapi sayap dan jambul sila guna kaedah selit-selit. Tengok la gambar kat atas untuk gambaran jelas. Kalau tak jelas, tanya ja la. Aku malas nak menaip.


 

p/s : Ini hasil usahasama aku dengan boss. Boleh la guna idea ni time kenduri aku nanti nih. Haha. Bila tahun pun tak tau laaaa.

Jatuh Terduduk


Bila orang yang kata cinta kasih dan sayang tiap masa tapi haram tak ingat apa satu pun pasal kita. Jangan la tanya nombor ic, nak ingat tarikh hari jadi pun belum tentu lagi. Aku kecewa ok.

 

p/s : Tak ingat atau tak tahu?

Kisah Dongeng


Kisah dongeng dulu-dulu perenggan pertama kisah akan dimulakan dengan once upon a time dan ending dia mesti happily ever after. Watak pompuan a.k.a heroin dalam kisah dongeng tu pulak haruslah cun.

Tapi dalam kisah kehidupan yang nyata ni, tak semua kisah berakhir dengan babak-babak bahagia. Watak-watak yang pegang peranan pun sangatlah bervariasi.

 
Cintai aku dengan seadanya, cintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu, dalam waktu hiba ku harapkan dia rela
Cintai aku dengan seadanya, sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja
-Kisah dongeng, Stacy

 
Lirik ni memang tepat aku kira. Ada satu slot kat tv3 kalau tak silap. Kisah para wanita yang mengalami masalah berat badan, keguguran rambut dan masalah kulit.

Ada satu kakcik ni yang ada masalah berat badan. Normal la berat bertambah lepas melahirkan anak. Masalah berat badan tu jugak menyebabkan masalah bau badan. Nangis-nangis dia bercerita macammana dia mendapat layanan dari suami. Kalau dulu jalan berkepit-kepit, tapi sejak dia bermasalah camtu suami dah tak nak jalan dekat-dekat.

Aku yang dengaq ni pun rasa sedih. Dan yang paling menyampahkan aku bila kakcik tu dah slim melim, pandai pulak si suami nak memelok mencium isteri dia.

Kalau kau cantik, aku suka. Tak cantik, boleh pi main jauh-jauh! Cilakak jugak la kan. Atau mungkin jugak aku yang terlalu beremosi. Ntah la. Bila baca balik lirik lagu Kisah Dongeng Stacy tu, aku rasa penyataan tu betul. Semua tu kisah dongeng ja! Bagi kes kakcik ni la.

 
p/s : Paras rupa tak penting, janji poket tebai. Kahkahkah!

Ke Mana Bihun PAMA Menghilang?

Monday, September 19, 2011


Dua tiga hari ni aku asyik lapaq waktu malam. Rasa nak makan sesuatu yang pedas masin lagi sedap. Sejak bergelar pelajar ni, poket terasa macam nipis ja. Mau tak mau terpaksa la melahap mi segera yang jenama Maggi tu.

Tapi, tekak mau kan sesuatu yang pedas masin lagi sedap versi bihun plak. Tau dak aku melilau cari bihun PAMA tu tak jumpa! Kat kedai bawah flet aku pun tak dak juai. Dan hari ni dengan penuh harapan aku pi cari kat Carrefour Alamanda. Alangkah kecewanya aku kat situ pun tak dak!!

Pasaipa semua tempat tak juai bihun PAMA ni?! Aku mengidam tau dak??!!! Mujuoq la mengidam yang tak dak isi.

 
p/s : Aku baru tau, mengidam tu pun antara tanda-tanda nak period.

Usha Baju Pengantin

Saturday, September 17, 2011


Alkisahnya pengembaraan tiga sekawan bermula. Niat asal mahu pergi beraya. Kemudian bertukar menjadi aktiviti mengkepoh di butik pengantin. Ristina (sorang lagi Geng Charlie) akan menamatkan zaman bujangnya bulan disember nanti.

Seperti biasa bila ahli geng berjumpa, pasti kecoh pasti hingaq. Walaupun masing-masing dah masuk umoq 25. Kategori lewat remaja dah la tu kan. Tapi perangai ya rabbi malas aku nak habaq.

Sampai je rumah Ristina, terus isi perut dulu. Ada sangat-moist-choc-cake. Sedap! Rugi la hang Yus tak dapat rasa kek kak Ris buat dengan penuh kasih sayang.

Berangkatlah sekawan kawan-kawan ke butik pengantin. Yang nak kawen sorang ja. Peneman yang ramai. Buat ramai orang kata.

 
Belum pun masuk butik,

"Ya Allah, cantiknya merah hitam tu"
"Merah putih tu pun cantik"

 
Dah kat dalam butik lagi la kecoh,

"Cantiknya yang ni"
"Tu pun cantik"
"Yang ni lagi cantik!"

 
Mau berdarah hidung tengok baju pengantin yang cantik lagi menarik. Pastu mula la masing-masing berangan.

Aku nanti nak camni camni bla bla bla bla~~
Mak aku pulak kata bla bla bla bla~~

Lya punya pilihan. Aku pun suka baju labuh camni tapi bukan kala biru.

 
Ok, aku patot stop menulis sekarang. Kepala dah sakit, tekanan memikirkan benda yang belum pasti.

 
p/s : Takpa la, kita berangan sampai jadi kenyataan. Be positive yaw!

 

 

Aku Nak Cakap

Thursday, September 15, 2011



 

Selamat Hari Malaysia

Peace No War! ^^v

Ok, babai~


 

p/s : SPM sejarah dapat 5C. So, diam-diam sudah la.

Pengubat Rindu

Saturday, September 10, 2011


Bagi yang penah kehilangan pasti paham apa itu rindu pada yang telah tiada. Hampir 15 tahun arwah pergi. Tapi aku beruntung masih punya Long Mat yang memang seiras dengan arwah ayah. Long Mat la tempat mak dan aku adik-beradik mengubat kerinduan pada arwah. Long Mat ni abang sulung ayah aku.

Mak selalu cakap,

"kalau rindu ayah, tengok la Long Mat"
"kalau nak tau camna muka tokwan, tengok la muka Tok Long Mat"

Memang seiras arwah ayah aku. Rindunya :'(

 

p/s : Untung la sapa yang masih ada ayah.