Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Orang Kata Jangan Bergelak Sakan, Nanti Kau di Landa Kedukaan

Wednesday, January 5, 2011


Jam dah tunjuk pukul 12. Tengah malam. Bergegas nak mengejar ERL konon-konon. Padahal aku dah agak last tren pukul 12 dari KL Sentral. Sampai je kaunter, dah tutup. Nice! Macam mana aku nak balik rumah ni. Hah, mesti Ecah tak jauh lagi ni. Terus sms dia. Seperti yang ku jangka terjadi. Bateri phone kong. Nice lagi! Time tu mula la gelabah bewak (biawak). Tapi buat cool. Cari public phone. Alamak, nombor phone plak tak ingat. Yang paling tragis nombor pakwe sendiri pun tak hafal. Memang rasa nak hentuk kepala kat dinding la time tu. Gelabah tak dapat selesaikan masalah. Aku perlu berfikir dengan tenang. Tarik nafas. Lepas. Aku tekad. Apa nak jadi, jadi la. Tu je pilihan yang ada.

Kan orang dah kata, jangan banyak gelak. Nanti mesti ada benda sedih jadi. Orang tu termasuk la aku sekali. Aku memang dah perasan aku banyak gelak semalam. Terlebih gelak sampai nak muntah. Tak tipu punya cerita ni tau. Penghujung cerita, aku selamat sampai rumah selepas terpaksa berhabih 60 RINGGIT untuk perjalanan dari KL Sentral ke Putrajaya. Padahal kalau naik ERL kena bayar RM9.50 je okey. Kira la sendiri berapa kali aku boleh ulang-alik KL Sentral-Putrajaya. Manyak lugi woooo. Padan muka aku! Gelak sakan lagi lain kali.

 

Anon : Tapi ketawa tu kan penawar duka. Camne tu?
Aku : Erk? Tetiba konpius dengan kata-kata sendiri. Kata korang camne plak?

 

p/s: Permulaan cerita aku tak mau habaq. Macam la ada yang nak tau kan? Huhu.

5 komen:

My Little Diary said...

salam,

hehehe... ok lah tu sampai gak rumah, w'pun terbang rm60...

ketawa is the best medicine.
tapi kalau dah ketawa berlebih2 tu, tak elok sebenarnya... kawan iblis.

peace no war...

::Miss Pikon:: said...

wsalam.hehe.redah je janji sampai rumah.tp sungguh la rasa gelak melampau kot semalam.kan dah padan muka sendiri. :P

Phat Lee said...

gua rase kalau lu menangis mungkin tak terbang rm60 tu.ehe....

::Miss Pikon:: said...

tu la pasai phat lee uii. klu gua nangis sensorang kat bilik, sure selamat duit gua tu. uhuss~

aisyah nadzira said...

pehhhhh..mmg la byk gile gelak sakan beb..hahahahahahaha..sian kt hang weh..