Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Cerpen di Peram : Perasaan atau Perasan?? (Part I)

Monday, January 24, 2011


Pagi Isnin tiba lagi. Setelah dua hari bercuti, rasa malas hendak ke kuliah memang sudah sebati dengan Hani. Dan dia yakin, pelajar lain turut merasakan hal yang sama. Dalam keadaan separa sedar dengan tuala pink kesayangannya disangkut ke bahu, baldi yang berisi alatan mandi dicapai lalu terus menuju bilik mandi. Seperti selalu, sudah ramai yang sedang menunggu giliran masing-masing.

"Mak ai, ramainya manusia. Ni yang aku malas nak bangun awal-awal ni. Nak kena tunggu turn pulak. Baik aku sambung tido dulu," bebel Hani sambil melangkah menuju ke biliknya.

"Cepatnya kau mandi Hani. Mandi kerbau ke langsung tak mandi ni?" rakan sebiliknya, Lia yang sememangnya terkenal dengan mulut bising telah memecah keheningan pagi di bilik A12 dengan soalan yang seakan-akan memerli.

"Aku dah mandi la, semalam. Hehehehe. Ramai sangat la manusia kat bilik air tu. Malas aku nak tunggu kat situ. Biar la dorang mandi dulu. Lewat sikit masuk kelas pun takpe kan. Macam tak biasa pulak."

"Kau tu memang. Asyik lewat je. Mentang-mentang la dah ada orang sediakan tempat untuk kau."

"Alahai, ada orang jelous la pulak. Tu la kau, lain kali buat macam aku ni. Gunakan kesempatan yang ada."

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi Hani masuk kelas agak lewat sejak minggu lepas. Sebelum ini pun memang selalu lewat, tapi sejak minggu yang lepas semakin melampau-lampau lewatnya. Shafiq yang menjadi mangsa Hani telah diarahkan untuk menyediakan tempat duduk baginya kerana bilik kuliah tersebut sangat sempit. Tempat pilihan Hani mestilah kat belakang sekali. So, siapa cepat dapat la tempat duduk. Siapa yang lewat tu, pandai-pandai la menyelit. Tak pun, kena duduk kat depan betul-betul mengadap skrin. Sikit inci lagi dah boleh cium skrin putih tu.

"Wei Fiq, ada awek cun la. Kau tak mau try ke?"

"Ni Shafiq Iqbal la. Baru buka mulut je perempuan dah jatuh hati tau! Tu aku belum keluarkan ayat-ayat cinta aku lagi."

"Blah la kau. Tak pernah pulak aku jatuh hati kat kau walaupun kau selalu je ternganga kat depan aku."

"Kau tu perempuan yang tak macam perempuan. Sebab tu la kau tak pernah rasa macam tu kat aku. Perangai mengalahkan lelaki. Kasar nak mampus!"

"Sengal! Mulut kau tu ada insurans tak, sedap je mengata aku ek. Silap haribulan, senget mulut kau tu kena lempang dengan aku."

"Betul apa aku cakap. Cuba la jadi ayu sikit. Kau tengok Shira tu, sopan je orangnya. Sejuk mata aku memandang."

"Tak kan nak pandang je kot. Bila lagi nak aplikasikan koleksi ayat-ayat cinta kau tu. Kalau si Shira tu layan kau, aku sanggup belanja kau selama sebulan. Kalau dia tak layan, kau kena ikut apa je yang aku suruh. Ada berani?"

Shafiq memang pantang dicabar. Tanpa berfikir panjang terus je dia terima cabaran Hani. Penuh gaya Shafiq berjalan mendapatkan Shira yang berada tidak jauh dengan tempat mereka berehat. Dalam hati Hani gelak besar. 'Siap la kau Fiq. Jadi kuli batak aku la pasni. Mampus Shira tu nak layan kau. Dia tu isteri orang la bodoh!' Hani tersengih sendirian. Tepat jangkaan Hani. Shafiq hampa kerana cubaan mengayat Shira tidak berhasil. Shafiq baru tersedar dia dalam cubaan mengurat isteri orang. 'Kenapa la aku tak ingat Shira tu dah kahwin. Laju je terima cabaran si Han tu. Kan diri sendiri jugak yang kena. Terkena aku! Tak pe, ada lori ada bas sikit hari lagi aku balas.' Shafiq memarahi diri sendiri sambil menepuk dahinya.

"Hahahahaha…. Dah bersedia nak terima arahan dari aku?"

"Kau memang sengaja nak kenakan aku kan? Buat malu muka hensem aku ni je la."

"Padan muka! Yang kau terima cabaran aku tu sapa suruh. Ok, tugas pertama kau adalah sediakan tempat duduk aku kat MK selama dua minggu. Deal? Kau setuju atau tak, kau mesti ikut jugak arahan aku ni. Kalau tak, aku hebahkan insiden tadi kat seluruh kolej." Sempat lagi mengugut. Padahal Hani tahu, Shafiq akan sentiasa mengikut apa saja kehendaknya.

"Woi Hani, berangan! Sengih sorang-sorang pulak dia. Pi mandi la. Nak ponteng kelas ke? Kesian Fiq dah susah-susah sediakan tempat duduk kau tu. Aku gerak dulu. Jumpa kat kelas nanti. Bangun tau, jangan sambung tidur pulak," suara halilintar Lia menyedarkan Hani dari lamunannya. Bila masa dia tersengih pun dia tak sedar.

"Mana ada berangan. Pandai-pandai je kau Lia. Kau gerak la dulu, mesti cik abg kau tengah tunggu tu. Jumpa nanti ye. Bye!"

Hani meraba-raba mencari telefon bimbitnya. Satu mesej diterima tertera di skrin telefonnya. Hani sudah boleh mengagak siapa yang menghantar mesej pagi-pagi buta kepadanya. Siapa lagi kalau bukan si Shafiq tu.

'Han,ko ktne? Ak dh sedia kn tmpt ko ni'

Sekali lagi, Hani tersenyum sendiri.

*******************************

"Adoi, ni yang aku lemah ni. Banyak pulak tugasan nak kena buat," Hani membebel tidak puas hati dengan Prof.Ahmad, pensyarah kesayangan ramai. Tapi tidak baginya. Setiap minggu paling kurang satu tugasan mesti disiapkan.

"Kau ni kenapa malas sangat? Buat je la apa yg prof suruh tu. Untuk kebaikan kau jugak," seperti biasa Shafiq akan menjadi penasihat tak bergaji kepada Hani. Dan seperti biasa jugak Hani buat–buat tak dengar apa yang dinasihatkan oleh sahabat baiknya itu. Tangannya sengaja ditekapkan ke telinga sambil mulut terkumat kamit mengajuk cakap Shafiq.

"Dah habis bersyarah Prof. Shafiq Iqbal? Sudah–sudah lah tu, dalam kelas tadi pun dah naik berbulu telinga aku dengar ceramah prof. Sekarang kau pulak nak bagi tazkirah? Simpan je la tazkirah kau tu. Aku tak nak dengar," Hani cukup bosan bila Shafiq jadi sangat serius menasihatinya. Dia akan cari jalan supaya Shafiq tak meneruskan memberi nasihat yang langsung tak membantunya.

Bagaikan ada mentol menyala kat atas kepalanya. Hani tiba–tiba teringat perjanjian antara dia dengan Shafiq yang kalah dengan cabarannya tempoh hari. Hani tersengih–sengih menampakkan gigi siungnya. Sengihan yang membawa maksud tersirat. Shafiq faham benar maksud sengihan tersebut.

"Sengih–sengih. Macam kerang busuk! Nak aku buat apa pulak kali ni? Buat assignment kau?" Shafiq berbasa–basi. Dia sudah boleh mengagak.

"Perghhh…hebat la kau! Aku belum cakap pun kau dah tau. Hehehe. Boleh ek? Kau kan dah janji nak jadi orang suruhan aku," sengihan Hani berlarutan. Shafiq mencebik. Serentak itu jugak bibir Hani ditampar lembut. Hani mengaduh sambil mengusap bibirnya.

Shafiq memerhatikan kelakuan Hani. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. 'Comelnya bibir budak banyak cakap ni' Shafiq berbicara di dalam hati. Dia menumpukan sepenuh perhatian pada bibir Hani yang dirasakannya sangat comel. Baru sekarang dia perasan hakikat tersebut. Kalau ikut hati, nak je bibir kecil yang banyak bercakap tu diciumnya. 

'Astaghfirullahhal'azim..' Shafiq beristighfar dalam hati.. 'Apa benda yang aku mengarut ni. Kalau Han tau, mesti teruk aku kena belasah..' Tanpa sedar, Shafiq menggeleng–gelengkan kepalanya.

"Kau tak nak tolong aku, Fiq? Sampai hati. Kau je tempat aku bergantung harap. Kalau kau pun tak sudi nak tolong aku, kat sapa lagi aku nak mintak belas kasihan Fiq?" ayat–ayat sedih poyo macam tu lah yang buatkan Shafiq lemah.

"Eleh, nak buat drama pulak. Ingat ni drama pilih kasih ke hape. Ada ke aku cakap aku tak nak tolong kau? Tak de pun kan?"

"Memang aku sayang kau lebihlah. Sentiasa membantu di kala aku kesusahan. Macam wonderpets! Agak–agak kau watak yang mana satu?"gurauan yang memang tak asing lagi daripada mulut Hani.

Dalam seminggu ni, lawak tulah jugak yang diulang–ulang. Shafiq hanya tersengih mendengar gurauan tersebut. Namun kepala otaknya ligat memikirkan sesuatu. Bukan lawak poyo Hani yang menjadi perhatian, sebaliknya khayalan tak senonohnya sebentar tadi. Selama tiga tahun berkawan baik dengan Hani, tak pernah sekali pun dia perhatikan betul–betul raut wajah sahabat baiknya itu. Tapi hari ini baru dia sedar yang dia terlepas pandang ciptaan yang indah di depan mata. Sungguhpun Hani taklah secantik artis Korea yang menjadi pujaan hatinya, tapi raut wajah yang sentiasa ceria itu ada tarikan tersendiri. Shafiq tertarik pada bibir kecil milik Hani. Comel. Lama Shafiq merenung wajah Hani. Hani mula rasa pelik dengan kelakuan Shafiq. Tapi idea nakalnya sentiasa bertindak pantas. Tanpa melengahkan masa, Hani terus menyergah Shafiq yang kelihatan seperti tersesat dalam alam khayalannya sendiri.

"Woi!" kuat sergahan Hani mematikan lamunan Shafiq sebentar tadi. Tanpa sengaja Shafiq tersebut 'comel'.

"Apa dia Fiq?" Hani menyoal penuh rasa ingin tahu. Rasa–rasanya dia dengar apa yang disebut Shafiq, tapi sengaja nak menduga sahabatnya itu. Dia sengaja buat–buat tak dengar.

'Alamak! Terkantoi pulak. Relaks Shafiq, relaks. Buat macam biasa je. Cool bro! Harap–harap Han tak perasan apa yang aku sebut tadi' Shafiq cuba menenangkan diri sendiri bila tersedar yang dia sudah terlepas cakap. Mukanya diraup beberapa kali untuk menutup rasa gugupnya yang sangat ketara. Shafiq kalut mencari jawapan yang dirasakan logik bagi soalan Hani. Hani hanya mampu menahan gelaknya daripada berderai melihat gelagat Shafiq yang tak keruan.

"Aku kata jom. Kau tak mau balik ke. Dah pukul berapa ni. Petang ni aku nak main bola pulak. Jom la," Shafiq menjawab ala kadar. Dalam hati, dia menyumpah diri sendiri kerana keterlanjurannya tadi. Demi menghalang khayalan tadi berulang lagi, Shafiq lekas–lekas mengajak Hani pulang ke asrama. Mereka menapak dari kolej ke asrama yang berjarak kira–kira 500meter. Sepanjang perjalanan, masing–masing mendiamkan diri.


 

****** bersambung ******


 

p/s: Kalau rajin aku sambung. Kalau tak, aku peram sampai jadi pekasam.

8 komen:

Nur Aisyah Nadzira said...

best22..sambung la lg..kasi gempak sket citenye ek..=)

Anonymous said...

FYI: cerpen tu adalah CERita PENdek.. kalo dah panjang, org panggil novel... adeh.. penat aku bace...

::Miss Pikon:: said...

ecah: sila bg buah fikiran. aku dah malas nak pk jln cite.

anonymous: alololo, kesiannya dia penat bace. hahahahaha. sapa pun kamu, tq la sudi jugak bace :)

Anonymous said...

bestnye jd anonymous... lalalala...

kdee said...

uikss ani..cpat smbg..best ni cite ni.hahaha..

::Miss Pikon:: said...

kdee : tq sudi baca. penat x? hehe. akan disambung, tp tak pasti bila. ngeh!

kella said...

wah... tak sangka.. macam panjang tapi kejap je baca.. pahtu.. nak lagi! boleh? :)

Ujang9897 said...

wei lu leh jdi pengarah ek..hehe