Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Pantun Sayang Anai-anai Makan Buku

Thursday, September 30, 2010


Salam.
Aku mula kan entri kali ni dengan serangkap pantun.

Sayang anak hang tangan-tangankan,
Sayang isteri hang ditinggal-tinggalkan,
Sayang kekasih pulak hang biaq anak mati kena pijak pun tak pa,
Lepas tu hang buat statement, saya masih sayang dia.

Kepala hot-ak kau la pompuan! Sayang la sangat. Tak sampai mana pun sayang hang tu.
Eh, nak berpantun lagi la. Hehe.

Nasik lemak buah bidara,
Sayang selasih hampa lurutkan,
Buang anak merata-rata ikut suka saja,
Cara nak cegah pi sekolah kat Melaka.

Jangan cemuih noo. Tak tau pasai pa aku suka sangat guna pantun nasik lemak ni.
Sudah. Aku dah habih berpantun. Hampa ada nak berpantun? Silakan. Pantun sapa best, aku bagi hadiah. Hehe.

 

********

 

Kalau biawak dengan cicak buat aku meremang bulu roma, anai-anai plak haiwan kecik yang paling pandai buat aku hangin.


 

Nampak kecik. Tapi bila seluruh kaum kerabat depa bersatu padu, habih nak reban rumah aku. Maklum saja la rumah orang susah. Rumah papan. Sedap la depa kekoh. Tak cukup dengan papan, sekali buku-buku aku pun dia balun. Tu memang buat aku hangin. Sangat!


 

Kat bahagian rumah atas ada satu bilik. Bilik tu kira macam bilik bacaan la. Tapi aku tak baca kat dalam bilik tu pun. Panas. Buku-buku khazanah kesayangan aku pun ada la tersimpan kat situ. Yang paling aku sayang adalah kamus bergambar. Hadiah aku dapat masa darjah 4 kalau tak silap. Nak beli sendiri memang tak dapat la.
Pernah satu ketika aku perlu meraung terguling-guling kat lantai baru leh dapat buku Tom and Jerry. Nak dapat majalah KAWAN pun macam tu jugak. Punya la susah nak dapat buku. Sebab tu aku sayang gila buku-buku tu. Tapi sayang beribu kali sayang, anai-anai si kecik tu dah musnahkan semua buku aku tu! Buku-buku cerita yang kak-kak aku songlap dari perpustakaan sekolah pun habih lenyap. Selamat la depa takdak bahan bukti. Haha.


 

Tiap kali ada jualan buku kat sekolah, aku mampu tengok dan berangan ja untuk dapat buku yang menarik tu. Tengok tajuk buku pun dah cukup buat aku teruja. Apatah lagi bila tengok buku depan mata. Yang tu nak. Yang ni pun nak. Eh, yang sana pun nak jugak. Nak! Nak! Cukup cakap dalam hati saja la. Kesabaran aku ada had nya. Sampai satu tahap, aku buat perangai nak jugak jugak beli buku. Siap tak mau pi sekolah kalau mak tak bagi duit buat beli buku. Alasan takut cikgu marah sebab tak beli. Bila pikiaq balik rasa macam nak sekeh-sekeh kepala sendiri.


 

Demi nak aku pi sekolah, cari lah mak aku ni duit. Selok poket seluaq abang aku, ada seringgit. Gagau poket seluaq ayah aku plak ada lagi seringgit. Cari punya cari cukup la RM3.20. Ingat lagi aku harga buku tu. Alhamdullillah, ada lagi buku tu sampai sekarang. Bila tengok buku tu, terkenang masa susah payah dulu. Budak sekarang buku berlambak depan mata pun tak mau amek baca.


 

Ini mukhadimah saja. Hehe. Aku nak tayang satu buku ni sebenaqnya. Jatuh cinta pada pandangan pertama. Dari mata turun ke hati. Hati berkenan terus beli. Tapi tak tau lagi nak bagi kat sapa.



Ni ha rupanya. Buku nak belajaq ABC. Memang sah-sah aku tak layak jadi pemilik buku ni.


Bila buka, ada 25 buku kecik kat dalam. Aku teruja plus jakun. Siap ternganga mulut tengok. Dalam hati, "wah! Mesti beli ni"

Comey kan? Suka betoi aku. Ya la, kecik-kecik tak berpeluang ada buku macam ni.

 

Teruja tak tengok buku tu? Apa lagi tunggu, dapatkan segera di pasaran. Sementara stok masih ada.

 

*****
Banyak banyak buku, buku apa orang takot?



3 komen:

Un Phat Lee said...

bukulima.betul en?ehe

Hanie Saad said...

bijok mu Un Phat Lee. tapi aku baru tau rupanya buku lima tu adalah benda.

NURULekmiRabat said...

me likey2 u'r pantun..tajam penuh tradisional~