Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Kerana Nama Sama, Habih Aku Meluat Semua

Tuesday, November 30, 2010


Kalau orang tua tua dulu guna peribahasa kerana nila setitik rosak susu sebelanga, aku pulak guna peribahasa itu (rujuk tajuk entri).

Nampak sangat muda mudi zaman sekarang (aku terutamanya) tak reti nak berbudi bahasa. Reka peribahasa pun macam tak dak nilai. Tak macam tok nenek moyang kita dulu. Cipta peribahasa yang ada kaitan dengan kehidupan harian depa tapi masih mengekalkan keindahan bahasa.

Contoh: mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Sopan je bahasa kan? Hah, satu lagi! Ibarat melepaskan batok di tangga. Aku baru tau rupa-rupanya batok tu adalah benda alah ni




Selama belajaq kat sekolah, aku ingat batuk uhuk uhuk tu. *Dusyhhhh!!* Baru la indah perumpamaan tu kalau batok adalah seperti rajah di atas. Rumah zaman dulu kan ada tempayan kat tangga. Sila basuh kaki sebelum naik rumah. Kemudian batok tu sila letak balik kat tempat asal. Jangan main campak je batok tu kat atas tangga! Haaa, maka terciptalah perumpamaan itu. Bijak la orang dulu. Cheq kagum habaq hang! =]

Eh eh, ni segmen mari belajaq peribahasa ka apa. Tak! Aku nak tulis benda lain tadi. Tapi dah lupa la. Ok la, nanti dah ingat aku sambung tulis. Chow!

 


 

*andai saja semua yang tak indah boleh luput dengan buat-buat tak ingat, ahhh bahagianya jiwa terasa*

Kaitan Makan, Semangat & Bahagia

Monday, November 29, 2010


"…sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki…"

 
Aku akan bersabar untuk kedua-duanya; mengawal dan mengejar!!

 
Go Ani, Basyahhh!!!
[kata aku dengan penuh semangat sambil melagakan penumbuk seperti yang selalu di buat oleh watak JU YOO RIN dalam drama MY GIRL; drama yang buat aku sat gelak sat nangis macam orang tak betoi]


JU YOO RIN ~ sumber inspirasi

 
Tetiba jadi semangat lepas melantak nasik RM9.50


Bahagia rasanya boleh makan.
Alhamdulillah, kenyang.