Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Jalan-jalan Johor

Monday, April 29, 2013

Hujung minggu kalau tak balik kampung, aku akan terperuk di bilik sendiri dengan aktiviti menghadap internet, buku, tido, makan dan ulang lagi sampai la lelap mata. Sesekali nak jugak ubah aktiviti. Kemudian aku terfikir elok jugak kalau aku melawat jiran ku yang terbaik, Ekmi di Johor. Pasti dia ada rancangan yang menarik kalau aku p sana. Ya, seperti yang dijangka Ekmi pasti merancang sesuatu. Kali ni percutian ke pantai lagi. Tempat yang sesuai untuk tenangkan fikiran. Menikmati angin sambil berkongsi cerita suka duka. Menarik bukan?

Destinasi kali ini adalah sekitar Desaru dan Sedili Kecil, Kota Tinggi. Kami menginap di Mutiara Motor Resort. Bilik selesa dengan harga berpatutan. Walaupun orang pelik tengok kami cuti berdua saja, itu tak jadi masalah. Asalkan ada pantai dan laut, kami ok. Perjalanan dimulakan pada pagi sabtu. Aktiviti pertama haruslah cari makan dulu. Asam pedas tak dapat rasa kali ni. Mungkin aku patut p lagi lain kali. Ye dak Ekmi? Hihi.

Sebelum ke tempat penginapan, sempat la jugak melawat kebun buah-buahan dan Muzium Nelayan Tanjung Balau yang aku tak tau pun kewujudan tempat ni. Banyak tempat menarik kat Malaysia ni yang aku tak tau sebenarnya. Teruknya la haihhh. Contohnya muzium ni la. Banyak info boleh dapat sambil cuci mata di tepi pantai yang terletak betul-betul di belakang muzium. Kami pun ambil peluang tu berehat sebentar merasa angin sambil menikmati ais krim.

Perjalanan diteruskan ke tempat penginapan. Memang rezeki kami dapat bilik dekat dengan laut. Apa lagi, siap salin baju terus menuju ke pantai. Kebetulan badan aku masih tak berapa nak sihat, aku tak la terjun laut tu. Sekadar acah acah basahkan kaki ja. Ramai orang guna acah acah tu aku pun ikut guna jugak. Maksud sebenar aku tak pasti apadia. Muahaha.

Usai basahkan kaki, berehatlah kami di buaian yang disediakan untuk kanak-kanak. Peduli apa kami, yang penting kami boleh bercerita. Cerita punya cerita baru sedar yang kami langsung tak bawa bekalan makanan. Misi seterusnya adalah cari tempat makan. Jauh jugak perjalanan mencari tu. Tapi akhirnya jumpa kedai makan yang baru nak beroperasi. Terpaksa la tunggu sebentar sebelum dapat melahap dengan gelojoh sekali.

Begitulah hari pertama berlalu dengan kekenyangan dan kemengantukan di penghujung hari. Entri seterusnya nanti aku story aktiviti keesokan harinya.

p/s : Kemain lama aku karang ni haaa. Gambar-gambar boleh tengok kat blog Ekmi (Part I & Part II)

1 komen:

Ekmi Rabat said...

Next time mai, kita pi tempat lain lak. Mersing ka..tudien dah planning. Asam Pedas next time!