Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Selamat Hari Raya dan Selamat Bertunang

Wednesday, August 13, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya tak lambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua. Raya tahun ni tahun paling malas aku nak beraya. Awal pagi bangun dok bersilat kat dapur. Sampai nak tengahari baru bersiap pakai baju raya. Baju raya yang gigih jahit border lace dan manik dari Sabtu sampai la pagi raya. Tu la padahnya lambat sangat ambil baju dari tukang jahit. Terima kasih kepada anak menakan kesayanganku yang gigih. Lepas ni boleh la main jahit-jahit lagi.

Dah siap masak dan bersiap, sesi bersalam dengan ahli keluarga bermula. Gambar raya kami sekeluarga harus la tak ada. Seingat aku raya 2008 ja berpeluang bergambar kami 10 beradik. Maklumlah semua dah ada keluarga sendiri. Jadinya geng bujang ja la yang bergambar. Kihkihkih.

Bujang Trang-Tang-Tang
Lepas sesi bergambar, melangkah malas beraya rumah sanak saudara sekeliling rumah. Selesai beraya, balik melepak kat rumah sampai malam. Tu ja la kisah raya pertama.

Pada hari raya ke-5, majlis pertunangan anak menakan berjalan dengan lancarnya. Majlis perkahwinan akan diadakan pada bulan 12 nanti. Tasabarnyaaaaa!!

Aku dan sepertiga cucu mak aku :)
p/s : Sebagai mak menakan yang baik, aku bagi anak-anak menakan lepas dulu. Kahkahkah. #PrayForHanieSaad

1 komen:

Ekmi Rabat said...

#prayforhaniesaad kelakaq