Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Sakitnya Gurauan Itu

Tuesday, April 6, 2010

Salam...

Pertama sekali marilah kita sama - sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi yang telah kembali menemui Pemilik Nyawanya.. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang - orang yang soleh.. Amin~

"Harimau mati meninggalkan belang, Manusia pergi meninggalkan nama.."

Nama Din Beramboi lebih kerap diulangsebut selepas kematiannya.. Yang baik, baguslah dicanang - canang.. Tapi yang sedihnya, ada jugak bunyi - bunyi sumbang yang kedengaran.. Di saat ramai yang berduka, saya sangat terkejut bila dapat tau ada jugak hamba ALLAH yang bergumbira di atas kematian arwah.. Astaghfirullahhal'azim.. Kenapa begitu kejam?? Apa salah arwah kepada hamba ALLAH tersebut?? Alasannya ~ Lawak - lawak sengal Din Beramboi itu selain boleh buat orang ketawa + gelak sorang -sorang [termasuk la diri saya sendiri..hehe~], ada jugak yang sakit dengan lawak - lawak tersebut.. Sakit hati!!

Bukannya saya mau mengecam, apatah lagi menyokong tindakan hamba ALLAH itu, tapi sedikit sebanyak dia buat saya terfikir tentang BERGURAU..

Kita semua sedia maklum, Islam tak menggalakkan kita berlebih - lebihan dalam sesuatu hal.. Begitu jugak halnya dalam bergurau.. Kita bebas untuk b'ekspresi dalam lawak jenaka,tapi dengan syarat tidak menyentuh isu - isu yang melibatkan agama dan sebarang gurauan berbentuk cacian, cemuhan, fitnah adalah dilarang!

Sekadar renungan dan panduan, saya kongsikan canda gurau Rasulullah.. =)

Seorang sahabat mendatangi Rasulullah SAW, dan dia meminta agar Rasulullah SAW membantunya mencari unta untuk memindahkan barang-barangnya.

Rasulullah berkata:
“Kalau begitu kamu pindahkan barang-barangmu itu ke anak unta di seberang sana”.

Sahabat bingung bagaimana mungkin seekor anak unta dapat memikul beban yang berat.
“Ya Rasulullah, apakah tidak ada unta dewasa yang sekiranya sanggup memikul barang-barang ku ini?”

Rasulullah menjawab, “Aku tidak bilang anak unta itu masih kecil, yang jelas dia adalah anak unta. Tidak mungkin seekor anak unta lahir dari ibu selain unta”

Sahabat tersenyum dan dia pun mengerti gurauan Rasulullah.
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan At Tirmidzi. Sanad Sahih)

di sini ada lagi gurauan dari Rasulullah..

Fikir - fikirkan...


psttt!! gosip terbaru saya dengar, hamba ALLAH tu dah mintak maaf.. harap - harap gosip tu boleh dipercayai..

Harga Sebuah Senyuman

Friday, April 2, 2010

"senyumlah...
senyumlah ahai cek mek molek..
senyumlah...
senyumlah ahai cek mek molek.."

Rasanya sume leh tau tu lirik lagu.. Ada ka sapa - sapa yang tak tau dan tak pernah dengar lagu nih?? Hatta budak - budak hingusan pun reti nyanyi lagu tu.. Di corong - corong radio pun selalu jugak dikeudarakan.. Dalam iklan kat TV pun ada..

Tak kesah lah kalau tau lagu tu ke tak.. Apa yang nak disampaikan di sini adalah maksud lirik di atas ---> SENYUM :) =) C:

Masih boleh dimaafkan kepada sapa - sapa yang tak tau lagu itu, tapi sangat hairan kalau ada sapa - sapa yang tak tau nak senyum.. Susah sangat ke??

Tak perlu kudrat yang kuat untuk senyum...
Tak perlu bayar sekupang pun untuk senyum...

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi di mana korang lemparkan senyuman ikhlas yang paling manis tapi dibalas dengan muka seposen yang langsung tak dak perasaan..?
Bukannya nak balas senyum balik, tapi buat tak tau je.. Rasa seperti pipi ku lebih tersorong - sorong berbanding hidung ku yang memang tak mancung ini.. Termalu sendiri..!!

Mungkin orang yang tak membalas senyuman saya tadi tu tak tau betapa besarnya hikmah senyum.. SENYUM ITU SEDEKAH.. Senyum adalah sedekah yang paling murah tapi sangat besar pahalanya.. Senyum yang dianggap sedekah adalah senyum yang ikhlas dari hati, bukan dipaksa - paksa dan spontan.. Sebarang senyuman lain (spt senyum sinis, senyum kelat, senyum terpaksa,...) tak dianggap sebagai sedekah..

Senyum juga jalan untuk membuka rezeki, pengubat jiwa, memudahkan urusan dan mengeratkan kasih sayang ~ besar manfaatnya tu!

Hulurkan senyuman wahai teman,
Kerana dari senyuman,
Lahirlah keceriaan,
Terpamerlah kegembiraan,
Wujudlah keyakinan,
Jiwa terasa lega dan tenang,
Segala masalah jadi hilang..

Marilah kita sama - sama menghulur senyuman dan jangan lupa untuk membalas senyuman..

Senyumlah.. Senyumlah ahai cek mek molek! Cek mek yang tak bape nak molek pun selalu - selalu lah senyum ye.. Cek abang yang gagah perkasa pun senyum - senyum la sikit.. Tak jatuh aih martabat anda sebagai lelaki macho!

p/s: jangan dok senyum sorang - sorang sudah.. tak pasai - pasai orang tuduh gila nanti.. tapi percaya atau tak, saya pernah tersenyum sorang - sorang.. :)