Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Suka Duit Tapi Tak Kenal Sepenuhnya

Wednesday, December 1, 2010


Lepas makan, mata mula la mengantuk. Jadi sebagai langkah keselamatan supaya tak terkantoi tidoq berdengkur kroh kroh, maka bermula lah sesi bergosip-gosipan. Hehe. Dah puas ber-pokpetpokpet pasai filem kontroversi dari label tersohor Malaysia (tersohor ke?), tiba-tiba Haslina bagi soklan cepumas.

"Ada gambar apa kat belakang duit seploh ringgit?" tanya beliau dengan angkuh sekali sambil meng-cover duit kat tangan dia takot-takot aku intai tengok.

"Errr…….," aku buat-buat pikiaq cari jawapan padahal memang tak tau pun.

Sumpah aku tak tau! Selama ni pandai guna duit ja. Tapi tak pernah pun amek peluang belek-belek apa ada kat duit kertas mata wang ringgit Malaysia kepunyaan negara kita. Lepas terkena begitu, barulah kelam kabut buka wallet tengok duit. Dan hasilnya, baru ku tau rupa-rupanya…






Owh, duit lima ploh ada dua versi. Gambaq kat belakang duit pun tak sama. *Sila ketuk kepala sendiri. Ngek~!*

Geng, tolong lah ngaku korang pun tak amek tau pasai gambaq kat belakang duit ni. Jangan biaq aku malu sensorang. Oh~~ =.=!


 

p/s: Boleh la mula mengenali duit. Kan ada pepatah kata Tak Kenal Maka Tak Cinta. Moga-moga dah kenal nanti, anda lebih sayangkan duit??

Hari Terakhir


AKU:
Hari terakhir KAMU katakan semua yang bukan-bukan
Bukannya permainan
Bicara tentang percintaan, cobaan, rintangan, halangan
Yang ku hadapi
Untuk menebuskan dosa lalu pada dirimu
Tapi ku pasrah harapan tuk bersamamu
Terus musnah
Naluri lantas menjadi tidak tentu arah
Hatiku bergelora
Bibirku tergamam
Pabila kau lafazkan kata-kata yang menusuk jiwa
Diriku kini terasa sepi
Yang pasti
Sudah kau nyatakan diriku kini tidak dihargai
Air mukamu keras tabah
Ku di usir dari hidupmu ku rebah
Tapi ku akur dengan takdir
Jangan khuatir
Kerana hubungan kita sudah menemui
Hari terakhir...


AKU & KAMU:

Hari terakhir kita bersama
Musnah segala impian dibina
Hari terakhir cukuplah sudah
Lupakan saja detik bersama

Hari terakhir...

AKU:


Ku makin tabah untuk menempuh
Ku tak lagi rebah
Takkan jatuh
Ke alam sengasara ku upaya
Untuk menjadi insan yang berguna
Menemui DIA buat ku sedar
Dirimu dan diriku tiada yang benar
Tertulis dalam coretan hidup ku
Tiadanya lagi engkau dan aku..

DIA:


Hey KAMU, bukan niat ku untuk kebas kekasihmu
Dude, believe me
Ku tak tahu pun she's with u
Dia telah memikat hatiku
Gadis jelita penawar sepi jiwaku
Fahamlah
Kalau ku tahu kau masih cintainya
Langsungku tak pandang
Tentu ku kira perasaanmu kawan
So listen, be cool right
Janganlah ambil hati
Kan ku jagakan Hunny coz she's the one for me...

KAU:


Tiada maaf bagimu
Hancur sudah
Diari cinta kita
Akan ku tempuhi dengan kesabaran
Daku kan lupakan ukiran hidup
Dihari terakhir...

AKU:


Itulah dia coretan hidupku
Hubungan 3 segi
AKU, DIA dan KAMU
Namun semuanya sudah berlalu
Diriku dan DIA sudah pun bertemu
Ku jabatkan tangan persahabatan
Come on KAMU jangan lupakan kawan
Dan janganlah renggangkan hubungan ini
Let's make a new day
For u and me...


DIA:

Walaupun sudah tiba hari terakhir
Lupakan segala duka hari terakhir
Maafkan segala dosa hari terakhir
Ingatlah kisah manis hari terakhir



Yaw~~!!

 

p/s:Versi asal tengok lah kat SINI :)

p/s: Hunny tu nama manja i..hehe..(eh,sama plak macam kat FB..lantak lah!)