Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Entri Khas Buat Nur Aisyah Nadzira

Friday, December 31, 2010


Morning all!!

Masih lagi pasal bola ye. Tahniah skuad Malaysia!! Tahniah atas aksi cemerlang anda. Pujian harus diberikan kepada satu pasukan. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Terima kasih jugak buat anak buah RajaGopal. Kerana kemenangan mereka, hari ni diumumkan cuti umum. Yuuhuuuuu!!!

Hari ni jugak tanggal 31 Disember 2010 adalah ulang tahun kelahiran sahabat baik ku (rujuk nama beliau kat tajuk entri) yang ke-24. Ketapi lambat sket. Orang lain dah nak masuk 25 daa. Tapi tak mengapa, dia tetap sahabat aku dunia akhirat.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan

"Selamat hari lahir yang ke-24. Umur tu sekadar angka je. Yang penting hati kita. Semoga ko peroleh bahagia dunia dan akhirat. Aku doakan ko bertemu jodoh yang kau redhai. Sayang ko banyak-banyak!!"



Kita kawan sampai matahari jadi warna pink ye :)

Dan hari ni jugak ada plan baik punya. Main masak-masak bersama beliau dan Leen. Hehe. Hasil dari main masak-masak itu akan di update kemudian. Ok, nak pi terjah dapur sat. Lapaq laaa pulak.


p/s: Oh, dah hari terakhir 2010! Cepatnya masa berlalu.

Cari Bola, Khairul Fahmi Jugak Yang Aku Nampak

Wednesday, December 29, 2010


Mana taknya. Tv aku ni dah kelabu asap. Jenuh usha baru nak perasan bola dok kat kaki sapa. Nasib la goal keeper si Fahmi tu pakai baju oren. Tu yang asyik nampak dia tu. Hehe. Aksi beliau malam ni memang terbaik. Tak dapat dinafikan lagi. Kagum! Ok, nak sambung cari bola.




 

Nama penuh : Khairul Fahmi bin Che Mat
D.O.B : 07 januari 1989 (muda lagi ye)
Status : bujang ber-awek (sila jangan keciwa)

 
Gambar tu aku cilok dari fanpage beliau.
http://jejariruncing.blogspot.com <-------- ini blog si gadis bertuah :)





keputusan : Malaysia menang!! hooyeah~~