Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Masalah Dan Panadol

Tuesday, September 21, 2010


Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Bergantung kepada kita sendiri macam mana nak selesaikan. Selesai cara baik atau berpura-pura masalah tu tak wujud. Dulu waktu bercinta sakan, senang ja aku setel masalah hati. Dah puas gadoh, nangis dua tiga round, telan panadol, tidoq. Pagi esok sure dah lupa semua. Penyelesaian cara paling senang iaitu lari dari masalah. Makin laju dikejar masalah, maka makin lajulah aku perlu berlari. Tapi tu masalah diri sendiri. Tak sangkut paut dengan orang lain. Boleh la buat macam tu.
Masalahnya sekarang, ni masalah orang lain! Pun begitu aku turut terkena tempias. Apa penyelesaian yang terbaek? Mula-mula aku malas nak pikiaq. Malas nak ambik port. Malas nak masuk campoq. Bila aku mula pikiaq, otak mula serabut. Sebab tu la aku malas nak pikiaq.

Cuma aku harap, tak dak la bunyi-bunyi sumbang yang akan kaitkan aku dengan masalah itu. Jangan sebab nila yang dua tiga titik tu, habih semua susu sebelanga tak boleh minum! Aku nak jadi susu yang boleh di minum. Kalau ada sekoq semut pun boleh minum lagi bila buang semut tu. Tu pun kalau ada yang sanggup minum. Tapi kalau dah bercampoq dengan nila, boleh curah kat tanah je la. Rugi.

Masalah tak boleh selesai bukan sebab tak dak orang bijak. Tapi masalah tetap jadi masalah bila orang bijak tak mau bersuara.


Semoga apa yang berlaku itu adalah yang penghabisan. Oh Tuhan, kau berikan aku segala kekuatan untuk meneruskan perjalanan. Lindungilah seluruh keluarga ku dari sebarang kemungkaran Ya Allah. Amin ya Rabbal'alamin

************

Dah lama tak buat perangai ketagih panadol. Malam ni nak try telan panadol sepapan. Kot-kot bangun esok ok sket kepala otak serabut ni. Semoga masih ada esok untuk aku.

3 komen:

diriku said...

jgn mkn panadol byk sgt..bahaya tu..he2

CikSpek said...

hehe..dulu je suka mkn panadol byk2..skrg dh insaf.. ;p

NER said...

wa..siap ada ketagihan panadol dulu2? mujur skang dh insap..baguih2