Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Gelagat ‘Cucuk’ Duit

Friday, August 27, 2010


Benda ni dah lama aku perhati. Tapi baru sekarang tergerak nak tulis. Kena pulak tadi baru je terjadi sekali lagi. Kisah bermula bila aku, Haslina dan Ina keluaq menuju ke Presint 2. Ada karnival jualan apa benda ntah. Usha duit dalam wallet pun ada RM12.50 je. Terpaksa la pi 'cucuk' duit dulu ye. Kot-kot ada benda yang berkenan di hati. Berlagak nak shopping macam baru dapat gaji. Hampeh! Lagi tak awai bulan depan, tak yah berangan la nak dapat gaji.

Melangkah masuk je dalam bank, mak ai! Punya ramai maknusia beratur. Time dok beratur tu la aku mula buat pemerhatian. Perhati orang withdraw duit.

******

Pemerhatian aku masa tu, ada yang salah pilih jenis akaun. Pastu kompom la tak leh amek duit. Sebagai manusia normal, mesti la mesin ATM tu yang disalahkan. Kemudian buat muka blur tak hingat. Terkebil-kebil depan mesin tu ada la lebih kurang beberapa saat.

"Try la sekali lagi kak"
"Hm, tak pa la"

Dah ditegur camtu baru reti nak blah. Kalau tak, dok terkulat-kulat sampai tulat kot.

Time tu jugak ada yang buat lawak katun. Beratur lama dah, bila sampai giliran dia mesin tu habih duit 50ringgit plak. Tak semena-mena dia terus blah pi line up kat line lain plak seraya berkata

"Mesin ni tak dak duit 50 la"

Aku gelak ja dalam hati. Awat duit 10ringgit tu bukan duit gak ka? Aku dok pikiaq gak berapa riban la yang dia nak withdraw tu. Hahaha. Macam-macam perangai manusia kan?

*****

Hah! Kalau hampa perasan la, ada macam-macam spesis manusia yang withdraw duit ni. Kalau tak perasan, meh aku bagi hampa semua perasan. Ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. Kalau kena kat batang hidung sapa-sapa aku mintak maap la ye.
  1. Spesis terhegeh-hegeh
    Manusia spesis ni boleh jadi laki, pompuan atau lain-lain jantina (kalau ada la). Dia boleh buat-buat tak perasan berlambak orang dok beratur belakang dia, tapi dia dengan slow motion tahap siput sedut baru la terhegeh-hegeh nak bawak keluaq card dia. Kena plak kad tu dok terselit, terkial-kial nak bawak keluaq. Kan dah bazir masa kat situ. Jangan lupa, orang kat belakang dok tunggu wei. Dah tu boleh pulak dok pikiaq lama-lama nak pilih bahasa pa. Nak masuk no pin pun teragak-agak. Hello! Tak penah amek duit ka?? Atau bank card curik yang hang guna tu??!

     
  2. Spesis slow
    Bukan takat tu saja. Part nak masukkan amount duit tu lagi la macam haram! Orang dah cipta siap-siap dah cara cepat. Nak jugak buat cara slow. Pilih je la PENGELUARAN WANG SEGERA (ni versi bahasa melayu) kalau nak withdraw duit jumlah gandaan seratus cthnya 100,200,300,…. Ni dak, pulun jugak dok tekan satu satu angka. Kalau jumlah yang tak dak dalam senarai tu tak pa. Paham la. Memang kena tekan gak satu satu macam mana cara pun.

     

    Jangan tak tau, ada gak spesis yang baru nak pikiaq nak withdraw berapa duit kat depan ATM tu. Memang kepala hangguk kau la!! Tak dak orang tunggu kat belakang tak pa la wei, buat slow and steady. Ni punya la ramai dok ada, dok buat slow camtu plak sah-sah la kena maki dengan orang belakang.




     
  3. Spesis kelam kabut
    Haha. Yang macam ni pun ada. Nak cepat la konon. Last-last salah masuk no pin. Tak pasai-pasai kena start balik. Yang laju terlebih kalut, yang lambat serupa siput sedut! Yang dok beratur tunggu ni, jenuh melangut.

     
  4. Spesis apa nama tak tau
    Aku tak tau nak bagi nama pa kat spesis yang macam ni. Pernah tak hampa jumpa orang yang sibok-sibok dok belek slip penyata baki duit dia lepas withdraw duit?? Aku paling hangin spesis macam ni. Tak boleh ka pi jauh sket tuan-tuan dan puan-puan oiii. Pastu belek la puas-puas. Paling tak leh blah siap dengan mimik muka sekali tu. Muka tak puas hati seolah-olah nak kata "aik, awat duit aku tinggai sikit?"
Ada lagi spesis laen yang hampa pernah jumpa? Share la dengan aku.

 

Hehe. Tadi pi bazar Ramadhan Presint 2, ada Maher Zain………..


ralat: ringgat = ringgit =)
gambar : ihsan google

Seronok La Raya Korang Ye

Thursday, August 26, 2010


25/08/2010

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.


"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.



Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama 


 

Putrajaya : Seronok la kamu-kamu semua ye. Raya sakan la tahun ni. Tapi aku? Termasuk ke dalam 1.24 juta petugas awam yang berGred 1 hingga 54 tu? Pesara kerajaan tu memang tak la.

Memang boleh diterima akal la kakitangan awam dan pesara kerajaan je yang perlu dapat bantuan sebab nak sambut raya. Tengok la macam mana diorang sambut raya. Meriah gila kot! Baju raya paling kurang 3-4 pasang. Langsir mesti nak baru. Tak dak beribu riban tak sah la. Persiapan untuk anak-anak lagi. Nak bagi duit raya lagi. Pekerja taraf kontrak yang special ni tak perlu bantuan belas ihsan pun tak pa kot. Sambut raya pun ala kadar je. Munasabah la tu. Logik! Logik!


kWSP pun sama kes. Bagi je la kat orang keja part-time. Tak pa, geng keja kontrak (macam buruh binaan plak bunyinya) boleh simpan duit sendiri. –hanisaad



kau bukan milikku..sobs sobs (T_T)

 

Hati kecil ku berkata : Mana aci!! Nak jugak duit raya. Banyak tu 5ratus!!
Suara sengal pulak berkata-kata : Aci kat India la beb! Huhu.
Hati kecil ku berkata lagi : Shilaka kau sengal!

 

Entah kenapa beberapa sejak ni asyik salah je. Otak dah pikiaq nak raya barangkali. Argghhh!!!