Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Seronok La Raya Korang Ye

Thursday, August 26, 2010


25/08/2010

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.


"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.



Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama 


 

Putrajaya : Seronok la kamu-kamu semua ye. Raya sakan la tahun ni. Tapi aku? Termasuk ke dalam 1.24 juta petugas awam yang berGred 1 hingga 54 tu? Pesara kerajaan tu memang tak la.

Memang boleh diterima akal la kakitangan awam dan pesara kerajaan je yang perlu dapat bantuan sebab nak sambut raya. Tengok la macam mana diorang sambut raya. Meriah gila kot! Baju raya paling kurang 3-4 pasang. Langsir mesti nak baru. Tak dak beribu riban tak sah la. Persiapan untuk anak-anak lagi. Nak bagi duit raya lagi. Pekerja taraf kontrak yang special ni tak perlu bantuan belas ihsan pun tak pa kot. Sambut raya pun ala kadar je. Munasabah la tu. Logik! Logik!


kWSP pun sama kes. Bagi je la kat orang keja part-time. Tak pa, geng keja kontrak (macam buruh binaan plak bunyinya) boleh simpan duit sendiri. –hanisaad



kau bukan milikku..sobs sobs (T_T)

 

Hati kecil ku berkata : Mana aci!! Nak jugak duit raya. Banyak tu 5ratus!!
Suara sengal pulak berkata-kata : Aci kat India la beb! Huhu.
Hati kecil ku berkata lagi : Shilaka kau sengal!

 

Entah kenapa beberapa sejak ni asyik salah je. Otak dah pikiaq nak raya barangkali. Argghhh!!!

0 komen: