Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

1 Ramadhan Ku

Wednesday, August 11, 2010


Salam Ramadhan.

 
Perhatian! Anda sedang membaca entri emo. *Sila buat-buat sedih sekarang*

 
1 Ramadhan ku sungguh syahdu. Tanpa sebarang persiapan untuk sahur, aku pasang niat posa. Tanpa teman jugak pastinya. Sensorang di kamar ku yang gelap, aku hanya meneguk air suam sebagai juadah. Terkenang suasana sahur di kampong halaman.

Pagi-pagi buta mak akan kejutkan aku. Goncang-goncang kaki aku. Kalau tak berkesan digeletek-geletek tapak kaki aku. Oh, mak! Sungguh unik cara mu itu. Mak aku cukup pantang kalau orang buat hingaq waktu pagi cenggitu (kalau dia yang hingaq tak pa). Selalu aku kena sound sebab bunyi pinggan berlaga antara satu sama lain ketika basuh pinggan.

 
"Pelan sikit!"
"Ya mak"
(ini dialog versi ciput. Dialog versi panjang berjela, aku tak larat nak taip.)

 
Dalam hati aku berkata.

 
'Mak, time ni sume orang mangkit soq. Orang leh paham la kalau bunyi hingaq sket. Lagipun anak mak ni bukan la pompuan ayu macam anak makcik Ah kat sebelah umah tu'

Aku memang tak puas hati dengan makcik tu. Ops! Bulan posa beb. Jangan mengata orang. Hehe.

 
Yang bestnya mak aku ni, dia kejutkan aku bila dia dah siap hidang sume atas meja. Aku bangun makan dan basuh pinggan mangkuk saja. Selesai membasuh segala, aktiviti menonton rancangan tazkirah di pagi hari pun bermula. Seandainya aku masih mampu bertahan, aku teman mak aku. Kalau tak, aku sambung membuta. zzZZZzzz~~

 

Di rumah sewa ini, tak dak sapa nak tolong masak kat aku. Tak dak sapa pun nak tolong kejut aku.

 
'Banyak cikadak ye, ingat hang tu sapa orang nak masak kat hang?!'

 
Boleh jadi buka posa pun aku sensorang jugak.
*Sobs sobs*

*****
1 Ramadhan jugak buat aku sentap!

 
Dulu pintu hati saya pernah terbuka. Saya sediakan satu ruang je dalam hati saya untuk diisi. Suatu hari, ada seseorang yang telah mengetuk pintu hati saya dan dengan penuh kesopanan dia meminta izin untuk menghuni ruang tersebut. Tanpa berfikir panjang, saya terus izinkan. Kerana saya sangat SAYANG sama dia. Tapi akhirnya ruang tu dibiarkan kosong!! Walaupun saya sudah berusaha untuk memaksimumkan kebahagiannya sepanjang berada di ruang tersebut, dia masih terasa tersepit dan terhimpit. Bila sudah bosan, ruang yang luas pun terasa sempit. Mungkin sebab itu, dia pergi. Pergi mencari ruang yang lebih selesa, lebih bahagia. Oh, air mata saya sudah mula bergenang!! Saat dia pergi, ruang di hati saya dibiarkan kosong. Dan semalam dia kembali. Terasa bahagia buat seketika. Ya Tuhan, adakah saya masih belom bisa melupakan dia? Akhirnya saya tido berteman air mata.

 
* sengaja aku guna 'saya' untuk kesan yang lebih melankolik. huhu *

 
Part yang buat aku sentap, bila dia tiba-tiba dok buat ayat menusuk kalbu.
"Saya sentiasa ingat awak"
"Saya pun teringin nak jumpa awak"
(Ngek betoi! Aku tak kata pun nak jumpa dia)
"Nak selalu mesej or call awak, tapi saya takut"
Betoi-betoi mengganggu emosi aku sepanjang hari ni. Sabarlah hati.

 
Bak kata pepatah "YANG PATAH TUMBUH, YANG HILANG BERGANTI" Bersedia terima cinta baru walaupun yang tumbuh tak kan sama dengan yang dah patah dan yang berganti tak kan sama dengan yang dah hilang. Insya-ALLAH, aku cuba.



En.Hazreen Khairi, berbahgialah anda selalu ye. Kerana bahagia mu bahagia ku jua. Ahaks!

4 komen:

hana said...

anie, tu gmba sape? :P ex-bf ke..still bf tp diam menghilang ke cmne? hehe..

Hanie Saad said...

haha.. ye,itulah x-bf aku yg kejam! dh b'gelar bapak budak dh pun..

aDisH.sHidA said...

awat muka dia mcm budak2...huhu

aDisH.sHidA said...
This comment has been removed by the author.