Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Pelamin Anganku Musnah

Sunday, March 27, 2011

Terima kasih daun keladi kepada yang respon dengan entri Lelaki dan Cinta Lama, lain kali silalah komen lagi.

Tadi ada baca entri kat blog Puteri Katek pasal Kenduri Bekas Kekasih. Patut pi or tak payah pi? Nak komen kat entri beliau rasa macam banyak plak nak bebel. Maka, tertulis la entri ni.

Aku penah berhadapan dengan dilema nak pi kenduri ex-bf ka dak. Niat asal memang aku nak pi tengok bekas kekasih bersanding. Nak jugak tengok pengganti diri aku ni. Cun ka orangnya? Gempak ka majlisnya? Baju glemer habih ka? Pelamin melethop ka dak? Dalam marah-marah tu teringin jugak nak amek tau. Untung-untung boleh tolong merenjis. Orang tabur beras kunyit, aku baling batu-batu kat depa. Lempaq kuat-kuat sket baru puas hati. Huh! Boleh jugak bergambaq dengan bekas kekasih. Buat-buat mesra sket. Ya la, dah lama tak jumpa katakan. Silap haribulan ada yang menjeling tajam. Aku suka! Huhu.

Tapi akal waras aku kata tak payah pi la. Sebab aku tau akan ada yang sakit hati nanti. Kehadiran aku sedikit sebanyak akan menggangu emosi pengantin. Hati tengah gumbira mesti akan tersentap bila nampak aku. Biaq aku yang sakit hati tak pa dari aku sakitkan hati orang lain. Walaupun orang tu yang buat pelamin anganku musnah. Walaupun kau bina mahligai dari airmata ku. Sobsobs~

Lagu tema.



 

p/s : Berharap bekas kekasih mai kenduri aku nanti.

Lelaki dan Cinta Lama

Wednesday, March 23, 2011

Hazreen (memang nama sebenar) seorang suami dan mempunyai anak berusia setahun. Perkahwinan Hazreen dengan isteri bakal menginjak usia 2 tahun. Tapi apa yang menyedihkan, Hazreen masih menghubungi bekas kekasihnya, Hanie (nama samaran) tanpa pengetahuan si isteri. Alasan yang diberi hanya menjalin hubungan kawan dengan bekas kekasih. Malang tak berbau. Akhirnya perbuatan Hazreen sampai ke pengetahuan si isteri. Apa yang berlaku kepada hubungan Hazreen suami isteri?

Entah, aku tak tau! Apa yang aku semangat nak tau sekarang ni adakah lelaki tak boleh lupakan cinta lama walaupun dah beristeri??

"Dah bekas kekasih tu gatai dok melayan, mesti la yang si lelaki tu lagi syok menggatai"

Ok, tolong respon dengan kata-kata selain kata-kata di atas. Maklumbalas dari anda sekalian aku hargai.


 

p/s : Aku mengarut lagi~

Anggun ~ Zizan feat Zain Ruffedge & Altimet

Saturday, March 19, 2011

Zizan rap lagi. Kali ni dengan Zain Ruffedge dan Altimet. Pagi ni baru aku dengar. Nice jugak lirik dia. Anggun gitu.





 

p/s : Anggun di luaran saja tak cukup. Dalaman pun mau anggun jugak.

Bila Mak Mau Menantu

Wednesday, March 16, 2011

Pengumuman :

Guwa sekarang berada di fasa tiada perasaan nak menulis.


 

Kasi tambah semangat sket!




 

Tanda-tanda mak guwa mau menantu :


 

#1    Bila ada kenduri sedara-mara or anak-anak orang kampong, mak guwa akan mula berbicara

    "Muda lagi dia tu noh dah nak kawen. Hang tu ja yang tak kawen-kawen. Haishhh…"

    atau

    "Depa dah nak kawen. Hang bila lagi?"


 

#2    Kalau pi shoping sama-sama, kedai wajib singgah adalah kedai emas. Usha-usha barang kemas. Dah pueh belek, mak guwa buat-buat nak tengok bunga kat kedai barangan perkahwinan. Arghhh, tension guwa tengok barang-barang cenggitu!!


 

#3    Mula plan nak buat kenduri. Begitu begini. Itu ini. Macam-macam plan. Guwa yang dengar ni naik gerun. Mak oh mak!


 

#4    Part paling menakutkan, hal guwa jadi perkara berbangkit dalam meeting family. Ada manusia dalam bahaya. Ada manusia dalam bahaya. Ini serius! Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku~


 

Dengan tanda-tanda diatas, guwa kira kata-kata 'ala emak, kawenkan aku' dah tak valid untuk situasi guwa. Otomatik bertukar kepada 'ala abang, walikan aku'. Hahaha! (Tak lawak pun ~ ayat feberet budak gemok)


 

p/s : Kalau ada suami/isteri, buat cara ada suami/isteri. Samja?

Jangan Pernah Berubah

Sunday, March 6, 2011

Pagi-pagi dah ada yang buat lawak (kononnya). Lawak yang bisa buat aku sakit jantung, bukan lawak namanya!! Tapi tak sangka, aku masih cool. Tak cepat melatah. Sekali lagi, pengalaman mengajar. Tahniah untuk diri sendiri.

Maka, marilah melayan lagu untuk hari ini : Jangan Pernah Berubah by ST12



 

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas 'tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas 'tuk bertahan

Kau meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya


 

p/s : Jangan pernah berubah menuju keburukan!

Saya Bangga Ada Ibu

Wednesday, March 2, 2011

Kirin Selama Perak ada buat contest "ANAK MAMA". Jom la join. Maklumat lanjut boleh tengok SINI.

Sapa tak bangga weh ada mak. Dia mak. Dia jugak la ayah bagi aku. Mak je tempat aku nak mencurah kasih sayang. Ingat lagi masa aku kecik, aku pernah sakit teruk. Menangis mak aku jaga aku time tu. Lepas ayah aku meninggal, mak yang amek tanggungjawab ayah. Memang sedih hidup masa tu, tapi mak aku sangat tabah. Sebab tu aku bangga sangat ada mak macam mak aku. Bagi aku, mak adalah hadiah terindah buat seorang anak.

Ok, aku dah tau aku mewarisi hidung sapa. Hakhak!

Lastly, aku tag sapa yang baca ni. Hakhak! (lagik)


 

p/s : Satu yang indah dalam hidup ku, satu itu adalah IBU! :)

First Time Pi Konsert. Maher Zain Pulak Tu!

Tuesday, March 1, 2011

Kisah bermula pada suatu malam. Tetiba henset burok aku vibrate. Dapat sms dari Ekmi yang berbunyi begini,

"Ani, nak tengok konsert Maher Zain tak esok malam. I belanja.."

Wah, apa lagi mau tunggu. Pasti la aku mau. Tapi masalahnya sekarang, tiket ada dengan orang lain. Ekmi dari Johor. Tiket ada dengan kawan kepada kawan dia kat KL. Konsert mula pukui 8.30 malam. Nak tak nak kena sampai stadium seawal yang boleh. Yang penting dapat tiket!

Pada hari yang dijanjikan, Ekmi sampai sekitar jam 5.30 petang gitu. Nak jadikan kisah ini lebih huru-hara, aku masih kat jabbat (baca:pejabat) ketika itu. Sejam terlewat dari masa biasa aku habih keja. Biasa la hari Jumaat. Beban kerja seminggu dihumban pada hari tersebut. Menarik bukan?

Dengan kelam-kabut aku berusaha bersiap cepat yang mungkin. Bergegas ke Putrajaya Sentral. Arghh, terlepas ERL!! Terpaksa menunggu lagi setengah jam untuk tren yang berikutnya. Macam ni la nasib warga kota yang guna kenderaan awam. Ketepatan masa itu penting.

Setelah penat berlari, aku sampai jugak. Pukui 7.15 malam masa tu. Dalam hujan kami meredah tahan teksi. Mahal pun mahal la, janji cepat sampai. Dugaan lagi. Dalam kekalutan nak mengejar masa, pakcik teksi tu boleh pulak tak tau stadium tu kat mana. Bersyukur jugak la pakcik tu sudi menghantar walaupun ada sedikit sifat mengambil kesempatan di situ. Tak pa, boleh diabaikan.

Akhirnya, sampai jugak Stadium Malawati Shah Alam! Tapi. Tapi. Tapi. Tiket belum sampai. Uwaaaaaa!! Punya la penat bergegas. Musnah harapan. Terpaksa la tunggu si pemberi tiket sampai. Memang rasa nak bakor. Nampak Farhan AF depan mata pun buat tak reti je.

"Kite bakor! Kite bakor!"

Nyebok pulak si Ucop ni. Aku bakor betoi-betoi kang?!

Arghh, dah malas nak tulis! Ab ab laut chalen. Chalo!


Cari Maher Zain. Ngeh~


Tepek gambaq dengan BFF lebih okey kot dari tepak gambaq besaq-besaq dengan BF. Oh, kami bukan nak promot diri. Kalau promot pun macam la ada yang sudi. Kahkahkah!!
 


 

p/s : Kya hua hai dengan dunia blog sekarang?