Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Usha Baju Pengantin

Saturday, September 17, 2011


Alkisahnya pengembaraan tiga sekawan bermula. Niat asal mahu pergi beraya. Kemudian bertukar menjadi aktiviti mengkepoh di butik pengantin. Ristina (sorang lagi Geng Charlie) akan menamatkan zaman bujangnya bulan disember nanti.

Seperti biasa bila ahli geng berjumpa, pasti kecoh pasti hingaq. Walaupun masing-masing dah masuk umoq 25. Kategori lewat remaja dah la tu kan. Tapi perangai ya rabbi malas aku nak habaq.

Sampai je rumah Ristina, terus isi perut dulu. Ada sangat-moist-choc-cake. Sedap! Rugi la hang Yus tak dapat rasa kek kak Ris buat dengan penuh kasih sayang.

Berangkatlah sekawan kawan-kawan ke butik pengantin. Yang nak kawen sorang ja. Peneman yang ramai. Buat ramai orang kata.

 
Belum pun masuk butik,

"Ya Allah, cantiknya merah hitam tu"
"Merah putih tu pun cantik"

 
Dah kat dalam butik lagi la kecoh,

"Cantiknya yang ni"
"Tu pun cantik"
"Yang ni lagi cantik!"

 
Mau berdarah hidung tengok baju pengantin yang cantik lagi menarik. Pastu mula la masing-masing berangan.

Aku nanti nak camni camni bla bla bla bla~~
Mak aku pulak kata bla bla bla bla~~

Lya punya pilihan. Aku pun suka baju labuh camni tapi bukan kala biru.

 
Ok, aku patot stop menulis sekarang. Kepala dah sakit, tekanan memikirkan benda yang belum pasti.

 
p/s : Takpa la, kita berangan sampai jadi kenyataan. Be positive yaw!

 

 

1 komen:

NER said...

haha..dah tak lama dah tu..