Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Kisah Sang Pembolehubah

Thursday, October 11, 2012

Sekarang ni aku sedang berbengkel bersama guru-guru Sains di Melaka. Objektif mengikut perancangannnya adalah nak hasilkan Modul Kemahiran Proses Sains (KPS). 

Antara kemahiran yang aku cukup suka dari zaman belajar dulu sudah semestinya mengawal pembolehubah. Atas permintaan Naim, aku hasilkan entri ni. Nak terangkan persis seperti cikgu memang la aku tak mampu. Aku bukan cikgu pun.

Lazimnya, ada tiga jenis pembolehubah yang terlibat dalam bidang ilmu Sains ni. Pembolehubah dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan.

Pembolehubah dimanipulasi atau dulu semasa zaman PPSMI disebut sebagai what to change. Aku nak terang maksud dari segi istilah, malas nak karang ayat buku. Secara kasarnya pembolehubah ni bermaksud apa benda yang kita nak ubah dalam sesuatu penyiasatan tu. 

Pembolehubah bergerak balas plak adalah apa benda yang berubah jika pembolehubah manipulasi berubah. Ni kira ayat paling mudah la. 

Pembolehubah dimalarkan adalah apa benda yang tetap sepanjang tempoh penyiasatan tersebut. Tujuan dia adalah untuk mendapatkan hasil penyiasatan yang valid dan bermakna.

Contohnya, aktiviti nak menyiasat perubahan suhu cecair dengan masa. Hipotesis yang dibuat adalah semakin bertambah masa, semakin bertambah suhu cecair. Makanya pembolehubah yang dimanipulasi adalah masa dan yang bergerak balas plak sudah tentu suhu. Untuk dapatkan hasil akhir yang valid, cecair yang sama digunakan. Nah, itulah yang dimalarkan!

Dalam realiti kehidupan plak, mana satu pembolehubah yang mewakili kita? Adakah kita insan yang mudah dimanipulasi atau dengan rela hati membiarkan diri dimanipulasi untuk kepentingan pihak lain? Adakah pula kita ini insan yang berubah mengikut faktor lain yang turut berubah seperti pembolehubah bergerak balas? Ataupun kita ini insan yang tetap dan tak berubah dalam setiap situasi untuk menjadikan hidup pihak lain bermakna?

Sama-sama la kita renungkan.

Kemudian aku terfikir apa kisahnya plak masalah dengan kita. Hipotesis aku, semakin rumit masalah semakin kita menjadi tabah. Hipotesis anda?

p/s : Hipotesis ~ satu penyataan yang menghubungkan dua pembolehubah dan boleh diuji. Boleh jadi benar atau sebaliknya.

1 komen:

H Y D E said...

tak tau nak jawab macam mana, tapi nak jadi pembolehubah yang bergerakbalas lah dalam kehidupan ni.

apa pun, maceh for this meaningful entri :)