Features Title Here. Consectetur adipisicing

Features Content Here. Sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Hindari Amarah

Wednesday, May 15, 2013

Ada hari aku mampu bersabar dan bertenang. Ada hari aku boleh jadi baran, rasa nak marah semua orang. Ah, kerusi meja pun sama. Paling kerap jadi mangsa sumpah seranah aku adalah komputer di pejabat. Di saat kita nak cepat, time tu la dia nak lembap. 

Ada ketika terasa nak cari pasal, nak cari gaduh. Sampai satu tahap rasa nak lawan bertumbuk. Bertumbuk dengan perasaan marah sambil berjujur air mata. Itu hanya impian yang tak pernah tercapai.

Selalunya bila dalam keadaan marah, aku akan maki dalam hati. Biar sampai hati sakit. Lebih mudah nak menangis. Menangis tersedu sedan bersama lelehan air hingus. Puas! Kemudian berlari ke bilik air, basuh muka. Kekonon boleh cover la mata merah tu.

Tapi aku kekadang terlupa, marah tu adalah hasutan syaiton yang direjam. Cara paling mudah untuk menyejukkan api kemarahan adalah dengan air. Ya, wuduk. Berwuduklah untuk hilangkan kemarahan. Hati akan jadi tenang dan mampu tersenyum semula.

Sabar. Sifat sabar juga perlu dalam usaha nak kawal marah. Ingat ya kawan-kawan, jangan biarkan diri anda dikawal oleh sifat marah. Sebaliknya kita yang perlu kawal kemarahan itu. Ada orang marahnya terjerit-jerit sampai merah muka. Ada pula yang marahnya dalam diam seribu bahasa. Pokok pangkalnya diri kita.

Beristighfar. Biasakan diri dengan menyebut Astaghfirullahhal'azim. Semoga hati kita terhindar dari sifat mazmumah.

p/s : berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran :)

2 komen:

Ekmi Rabat said...

Selalu ja marah dalam hati sbb takdak sapa nak dimarahkan. Marah sampai nangis pun pernah. Dah siap marah kecewa dengan diri pulak..

Anonymous said...

Selagi ada sakit hati marah la..mkin cara tu leh buat ati tenang