"Sedang menikmati makan malam, bersembanglah seorang lady boss bersama anak-anak buahnya. Dari satu topik berubah ke satu topik yang lain. Masa rehat-rehat beginilah baru berpeluang bersembang kencang soal peribadi. Kalau tak, asyik urusan kerja saja. Dari soal anak sampai la ke kisah kucing. Topik anak tu tak dapat la aku nak menyampuk sangat. Tapi bila saja masuk bab kucing, ingatan aku terus kembali ke zaman kanak-kanak. Zaman sekolah rendah. Kurang pasti umur yang tepat ketika itu.
Di sekolah, murid-murid selalu
diterapkan dengan amalan murni dan sangat dituntut untuk mengamalkan sifat-sifat
murni seperti yang selalu diketengahkan dalam buku teks. Aku sebagai murid yang
masih berfikiran suci murni, selalu terdetik untuk meniru sifat baik yang
dibawa oleh watak perempuan dalam buku teks tersebut. Kalau masih ingat la kan,
antara kisah yang femes adalah kisah sorang budak perempuan yang terjumpa
kucing di tepi jalan.
Hah! Makanya aku pun tiru la aksi
watak perempuan tersebut. Kebetulan aku balik rumah jalan kaki pada hari itu.
Sedang berjalan terserempak la aku dengan seekor anak kucing comey berbulu
warna putih melepak. Tanpa fikir panjang terus aku angkat bawak balik rumah.
|
Lebih kurang beginilah kucing yang aku jumpa tu |
Perkara pertama yang aku buat
adalah mandikan kucing tu. Part ni macam sasau jugak la jadinya. Aku hantam jirus
dengan air sejuk. Apa lagi berlari la si kucing tu. Tapi peduli apa aku, aku
nak peluk cium dia jadi aku tak mau la dia busuk. Dah kata mandi kan, haruslah
bersabun jugak. Hahaha. Siap guna sabun Lux lagi!
Dah selesai mandi, aku bagi
makan. Eh, silap. Aku bagi minum. Minum susu. Susu apa yang aku bancuh pun dah
tak ingat. Silap-silap susu tin. Muahahaha! Seingat aku benda yang paling
bangang penah aku buat sepanjang bela kucing tu adalah aku pi potong kuku dia!
Konon-konon tak bagi dia simpan kuku panjang. Punya la sengal kan?
Mulai dari hari tu hari-hari la
aku mandi dan sabunkan. Baru la syok peluk cium. Hehe. Tapi akhirnya ke mana
hilang kucing tu pun dah tak ingat. Ke mati ntah. Sekali tu je la aku bela
kucing dengan semangat sekali. Sekian saja kisah kucingku meow meow."
Muahaha!!
p/s : Entri zaman bila ntah ni baru nak publish. Sila gelakkan ayat penulis yang macam budak malas pi sekolah. Chill!